Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 27, 2008

:: AweKs ?? ::

salam semua..
hai...hai..hai..mari ke mari geng...ekeke..curi ayat zali..jgn mare..herm, sebelum menjelangnya hari pendakian kami ke gunung datuk, maka blog ini akan dipenuhi dgn cerita2 yg aku pun saje2 letak agar blog ni tak ketandusan atau kekeringan..muahaha...
Semalam nak cerita ni, ni kisah sahabat kami..pojie@pocie@ajie..uikss..ajie?? muahaha...dia dtg kedai dah kul 11, sbb ada interview kat kilang kopok lekor..mlm2 pun interview, x paham aku..pastuh aku ngan rinto ajak la g minum..korang tau ape dia ckp?? dia ckp "nnti kena tarik telinga"..muakaka..abis la, paham2 dah lah yer..ekeke..

macam2 la..(jgn mare ye pojie)..muahahaha...kena tarik telinga..apa pun tak jadi kalau cmtu...
ok..adios..amigos..salam...

kesimpulan : jgn g interview malam2 buta...

May 23, 2008

:: KiSah SeRam Kaki PaNciNg ::

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak-gelak tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa. Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sebab dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, kemudian tiba-tiba Ajis tersedar. Hehehe… Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet. Patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing. Dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya…

May 22, 2008

:: UEFA milik MU ::



Final UEFA Champions League 2008 telah berakhir di Moscow. Manchester United FC akhirnya menang mengalahkan Chelsea FC dengan sepakan penalti selepas seri 1-1 selepas masa tambahan. Gol MU dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo manakala Chelsea oleh Frank Lampard. Secara keseluruhan permainan mereka agak seimbang.

So bg AMAT n tha geng, jgnlah sedih2 apabila Chelsea kalah..muahahha..suka aku..so bg aku n rinto, kegembiraan terserlah..yeahh..Glory..Glory...ekekke..


[ kedai kami selalu lepak kalau ada bola]


Tunggu EURO 2008 la pulak...

May 21, 2008

:: MengGaNaS KemBaLi ::

Salam..ahaks..wahh..sudah lama blog ini tidak di "update"..Last bulan 12/2007..Sekarang bulan 5/2008..muahahhaa...salahkan zali sebab dia wat web tuk kamibudakkampung.tk, tetapi tak active..reramai pukul dia..pulaukan dia..ekekeke...

Setelah sibuk semuanya termasuk aku..Macamana tak ter"update", yg boleh accsess blog ni aku sorang jerk..tu pun berejam jugak aku nak igt balik username n password blog ni..huhuhu..herm, lepas ini aku nak bg zali atau amat atau rinto tau user tuk blog nih, so diorg boleh lah update apa yg patut dlm ni..nak harap bebudak lain..SAL, lagi lah..muahaha...nama pun budak kampung...ekekeke...

Terlalu banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang 2008 ini dari bulan (Januari - Mei) sekarang ni. Aku nak cerita satu persatu pun boleh berbelit jari aku nak taip kan..so aku simpulkan disini sudah ye tak..So pandai2 lah..yang lepas biarlah lepas..yang baru akan mendatang..

Nantikan KAMI BUDAK KAMPUNG menyerang GUNUNG DATUK!!!!

:: Abseiling di Sg PisanG ::


Tempat : Sg Pisang, Gombak
Tarikh : 12 April 08 (Sabtu)
Team Members : Me, Jem, Rinto, Amat, Zali, Amir, Meor, Dila, Napie, Adik Jem
XTVT : Abseiling



Salam..ahaks..ni adalah 2nd trip kami ke Sg Pisang untuk wat abseiling..Boleh tahan ramai jugak yang ikut..Baget2 nak gerak kul 8 pg..tau2 kul 11 br gerak..jem dah tggu kat mcd Hulu Klang..muahaha..panas hati membe..sorry la bro..


Smpi gombak Bt 12, lepak jap kat kedai makan, aku lapo..huhuhu..teruk2 laparnye..hehe..pas makan br gerak terus g sg pisang..kat umah air(kunci air), part kereta kat ctu, tukar pakaian n gerak..Ada 2 jalan yg boleh sampai ke Sg Pisang, melalui jalan bawah (sungai) dan juga jalan higway.so kami decide nak ikut jalan sungai..


boleh tahan juga la jauhnye jalan sungai nih..n byk jugak jmpe kawasan2 yg telah dimusnahi..muahahha.. ..oleh babi..adess.. Ada la dlm 45 minit berjalan br sampai katy air terjunnya..Smpi je atas, lepak jap n terus pasang tali..


Alhamdulillah, semua peralatan ok..Semua org turun kecuali sorang, duk pasang hammock n bantai tido smpi nak balik...bangun makan, pastuh smbung tido balik..amat..amat..huhuhu.. .. Kitorang gerak balik dlm kul 5 ptg melalui jalan highway...