Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Jul 27, 2008

Video LaGi???

GamBaR di GeNting HiglaNd

Ahaks...seronoknya kami disini..rugi ler sape yg tak ikut tu..hehehe..walaupun kami hanya 6 org, tetapi bila dah smpi cna, ramai yg menyambut kami..muahaha..layannn... :)











Video Melampau??

Td aku tgh layan search dlm google video, jumpalah satu video neh..macam kenal.hahaha...So sama2 lah kita layan yer..ekeke..


Jul 20, 2008

Pengumuman

Salam ukhwah buat semua..pada bulan depan, kamibudakkampung ingin mendaki Gunung Nuang yg terletak di Ulu Langat. Kepada sesiapa yg ingin "join" kami..sila-silalah membalas kpd kami di bahagian komen dibawah cna.. :)
tq...

Jul 14, 2008

Salam Takziah Buat Cikgu Hazni Sekeluarga

"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya"
(HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)

Salam kepada rakan semua..sebentar td crew kamibudakkampung terdiri drpd moque, zali, rambo dan nerisma telah pergi kerumah seorang yg kami panggil Cikgu Hazni. Ini kerana kami telah mendapat berita tentang pemergian ayah beliau ke rahmatullah petang td pd pukul 2.30 petang. Disebabkan masing2 kerja dan balik td br kami sempat menziarahi jenazah ayah beliau.

Berita ini telah diwar-warkan oleh Jabir, thanks jabir..kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dgn Ustaz Almutangali. Inilah pertama kali berjumpa dgn cikgu dan suaminya setelah dia berpindah ke Lumut.Apa pun, diharap cikgu sekeluarga tabah menghadapinya..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertakwa..aminn..

Jul 13, 2008

Trip ke Genting Highland

Pada 5 Julai 08 yg lepas, kamibudakkampung telah pergi mendaki satu gunung baru yg dipanggil Genting Highlands..hahaha..bukan gunung..tanah tinggi je..hehe..saja je..setelah xtvt yg memenatkan dengan mendaki dan camping, maka kami pun buat keputusan utk ke genting..ini juga bg memenuhkan impian salah seorang sahabat kami yg tidak pernah kesana..yeahh, moq..gegarkan genting highlands..hahaha..Antara crew kami budakkampung yg pergi ialah moq, amat, angah dan amir..hanya 4 org sahaja..

Kami bergerak dari sg buloh pukul 9.30pg menuju ke perhentian LRT gombak...membe moq, khai kata disana ada kaunter tiket..x pun beli kat kl sentral..so kami decide nak ke gombak shj..lebih kurang pukul 10 kami smpi, penuh org dikaunter..tiket palaing awal pukul 1..oooo..ohh no..lmbt tu..so ada la brother teksi ni meng"offer"kan diri utk menghantar kami kesana dgn bayaran RM 15 seorang..nak naik kereta terus keatas, tayar lak botak..so xde pilihan lain..abg teksi ni pun baik dan peramah..

Perjalanan dr gombak ke genting hanya mengambil masa 1 jam sahaja mengikut pemanduan..hehee..jalan kesana agak membahayakan jika bawa laju..hehehe...akhirnya kami smpi di Genting Skyway Ride ( Cable Car). Tiketnya RM 10 seorang utk pergibalik..Perjalanan menaiki cable car ke puncak mengambil masa kira2 1/2 jam..bajet aku je neh..yelah, kan main jauh lg..kata yg terpanjang di asia..hehehe..yeker??Smpi sahaja di puncak kami terus menuju ke kaunter utk membeli tiket masuk..RM 38 seorang utk outdoor theme park..


Permainan yg kami tak boleh lupa.."Space Shot"..ala, yg satu tiang tu jerk..bila turun berdesup peginyer..huhuhuhu...itu jam semua organ2 dalaman tertinggal kat atas masa dia turun..hahaha..game yg paling hampeh kami masuk umah hantu ngan yg dalam pesawat angkasa lepas..hahaha..lawak giler..dlm pukul 12 lebih Burn ngan kamal smpi..lagi meriah kami kat cni dgn kedatangan mereka..apa pun, kamibudakkampung memang seronok disini..Enjoy la dgn gambar yg kami sempat abadikan semasa disana..:)

Budget kami semasa disana (utk seorang) :
  • Teksi - RM 30 (pergibalik)
  • Cable Car - RM 10
  • Tiket Outdoor - Rm 38
  • Makan - RM 20
  • Jumlah keseluruhan : RM 98..

Kesimpulan : gunakan lah pakej yg disediakan dan jgn bangun lambat.....

Jul 12, 2008

Gunung Datuk - Part 3

huiii..dah smpi part 3 cite pasal ke gunung datuk neh..ekeke..mungkin ni episod yg terakhir..lama2 pending cerita neh, lupa pulak nnti..aku smbung balik..kat mne ye berenti ari tu..ooo..smpi kat checkpoint 1 masa zali nak turun..hehehe..tp semangat dia tinggi..kuat..so dia naik balik..so aku lps dia smpi kat point aku, bg dia rehat jap..dalam 10 minit br kami gerak balik mendaki..

Trek seterusnya tidak spt sebelumnya, ada masa mendaki dan kadangkala trek yg mendatar..setelah berhempas pulas mendaki, akhirnya..aku dan zali smpi ke puncak..lebih kurang pukul 12 tghari...bebudak tgh cbuk masak mggi..ramai betul org kat puncak gunung datuk..ada la dlm 20 org..kami lepak jap makan, lepas ramai yg dah turun, br kami naik ke puncak..

Hilang rasa penat mase mendaki..tp utk smpi ke puncak yg paling tinggi, kami perlu menempuhi beberapa tangga besi yg akan membuatkan hati kecut sedikit..keadaan yg berkabus menyekat sedikit pemandangan sekitar puncak gunung..Sememangnya menakjubkan ciptaan tuhan..indah..sungguh indah..bila kabus hilang ditiup angin dan ditelan cahaya matahari..hahaha..ayat novel la pulak..tp mmg betul..klu korang x percaya, korang leh pegi n hayati sendiri keindahannya..

lebih kurang 1 1/2 jam kami di puncak, kami pun berkemas utk turun..turun ke bawah tidaklah memenatkan sgt tetapi kekuatan kaki dan tumit amatlah penting..ini kerana silap langkah, mungkin kaki akan krem..itu akan membuatkan perjalanan turun kebawah mengambil masa yg panjang..Amat, Napie, Amir, Wan dan lain2 semua berlumba turun kebawah..yg tinggal di belakang aku, zali n rinto..ada lg team lain kat belakang..

Masa turun, kami berselisih dengan team yg br nak naik..melihatkan peralatan yg dibawa oleh mereka, aku mengandaikan mereka akam bermalam di puncak..herm...Alhamdulillah, tiada kejadian aneh berlaku sepanjang kami mendaki, cuma mungkin aku yg dalam ilusi sendiri..kerana semasa aku dan zali sudah hendak smpi dibawah, tiba2 ada seseorang yg memanggil nama aku dibelakang..aku toleh kebelakang xde sesiapa..ada la dlm 3x nama aku dipanggil, tp aku tak menyahut pun..hehehe..paham2 dah lah..:)

kami sampi dibawah lebih kurang pukul 5.30 ptg..berehat dulu dipondok rehat yg disediakan di kolam mandi..perghh..penat bukan main lg..hahaha..lepas hlang penat, kami pun setup khemah..pembahagian kerja dilakukan utk kelancaran kerja..ekeke...aku n amat keluar jap beli ayam..hehhe..mlm neh nak buat ayam bakar @ panggang..yumm..yumm..

Keadaan disini amat menyamankan..dr perjalanan turun td..sudah kedengaran bunyi gong dan alat muzik yg lain..rentaknya menenangkan hati dan jiwa..rupa2nya didewan ini ada latihan caklempong..ada kelab mereka dan mereka membuat latihan di dewan itu..herm..itu salah satu promosi bg org ramai yg ingin mendaki, bukan sahaja mereka dapat mendaki tetapi dapat belajar budaya muzik masyarakat N.9...smpi ke malam..selamat khemah kami dekat dgn dewan..so tak la sunyi sgt..

Mlm tu meriah..hahaha..meriah dengan gelagat zali...ekeke...biarlah hanya kami je yg tahu dan ia mmg tersemat dlm ingatan..:)..pagi tu aku antara yg paling awal bangun..gerak danger utk siapkan sarapan..yeahh..srpn pg ni, sandwish sardin, biskut n ayam bakar mlm td..ehehe..Lepas semua dah bersiap..dlm pukul 11 lebih, kami pun gerak balik...satu kereta menghala ke melaka..dan satu lagi menghala ke sg buloh..sebelum tu sempat lepak minum dulu kat warung..kira last touch n go la..hahaha...

so ...misi kamibudakkampung ke Gunung Datuk berjaya..thanks buat semua rakan2..:)