Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 31, 2009

End 2009 - Welcome 2010 (Happy New Year)

Lagi beberapa jam sahaja kita semua akan berada ditahun 2010. Sekejap sungguh masa itu berlalu. Banyak perkara manis dan pahit yang berlaku di KBK Crew pada 2009. Perjalanan masih panjang. Sekali ia berjalan, ia akan tetap terus berjalan dan terus berjalan. Kepada semua rakan2 di Kami Budak Kampung, semoga ukhwah kita semua akan sentiasa bersama. Penutup aktiviti KBK Crew 2009 adalah BBQ di Bagan Lalang bersama rakan radio on9 yakni KCFM dan Lepak.Fm.

Semoga tahun 2010 akan membawa sinar yang baru dan insyallah, semoga apa yg diazamkan dan diimpikan akan terlaksana hendaknya.Thanks to all and see u all next year on 2010 and stay tuned with Kami Budak Kampung.

Yeahh...See u all again ^_^

Dec 26, 2009

Perginya Seorang Sahabat - Firdaus Dauri

Tanggal 24 Disember 2009, seorang rakan daripada kamibudakampung (KBK) telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Allahyarham meninggal akibat kemalangan jalan raya berdekatan bulatan pahang berhadapan Hospital Tawakal.

Firdaus Bin Dauri atau lebih dikenali dengan panggilan Apis @ Danger adalah seorang rakan yang baik dengan sahabat2nya. Beliaulah penghibur kami sekiranya ada camping dimana2. Suka membuat kami ceria dan gembira. Kehilangan beliau ini amat2 dirasakan oleh kami.

Allahyarham Firdaus telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Sg Buloh, Selangor pada hari Jumaat bersamaan 25 Disember 2009 pada jam lebih kurang 10.15 pagi.

Buat keluarga arwah, kami mengucapkan salam takziah dan bersabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.

Kami mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan bertakwa. Amin.

Al-Fatihah.

Dalam Kenangan
Firdaus Bin Dauri (1984 - 2009)

Klik untuk lihat video semasa di Gunung Datuk