Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Jan 6, 2010

BBQ + New Year 2010

Salam semua rakan2,

Tahun Baru 2010 akan menjelang tidak berapa lama lagi. Bebudak KBK dah plan nak sambut new year + BBQ dan setelah berfikir2 mencari tempat, dapat pula tawaran untuk bersama2 dengan geng2 daripada bebudak radio on9 iaitu KCFM dan Lepak.FM tuk sambut new year + BBQ di Pantai Bagan Lalang.

Aktiviti bermula pada 31 Dis 2009 hingga 01 Jan 2010. Ramai juga yang menghadirkan diri daripada keluarga KCFM dan juga Lepak.FM. Lebih kurang 20 orang semuanya.

Ikuti rentetan aktiviti kami semasa di Pantai Bagan Lalang dalam sesi KBK BBQ+New Year 2010.

KBK, KCFM dan Lepak FM BBQ+New Year 2010.
Tarikh : 31 Jan 09 - 1 Jan 2010
Tempat : Pantai Bagan Lalang, Sg Pelek Selangor
Crew : Rinto, Gmie, Moque, Zali (team KBK), rakan KCFM, rakan Lepak.FM



31 Dis 2009

Bebudak KBK memulakan perjalanan dari Sg Buloh pada pukul 3.00 petang menuju ke kedai Bro Aiman (KCFM) di Bangi untuk mengambil banner dan khemah. Kami semua akan berkumpul di Pantai Bagan Lalang pada pukul 11.00 malam waktu hongkong. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pantai Bagan Lalang. Perjalanan kami rasakan agak jauh. Mungkin disebabkan hujan yang memaksa kami membawa kereta dengan perlahan supaya tidak berlaku apa2 yang memalukan.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1\2 jam daripada Bangi. Bebudak KBK telah mencari port baek punya untuk memasang khemah. Selesai sahaja memasang khemah, terasa perut yang menjerit2 lalu kami pun singgah sebentar di satu restoran ikan bakar untuk makan sementara menunggu rakan yang lain sampai.

"Menjahit ke tu bang? "


"Akhirnya siap pun khemah ini"


Pada jam 1030 mlm, Bro Aiman (KCFM) bersama keluarga pun sampai. Kami mengambil keputusan untuk mengubah port khemah setelah Bro Aiman memberitahu di depan ada lagi port yang lebih baek. Kami pun dengan pantasnya membuka khemah secara ala-ala dan memasukkan kedalam bonet kereta. Keadaa malam di Pantai Bagan Lalang amat-amatlah meriah dan sibuk, seperti sibuknya peniaga-peniaga pada waktu 5 pagi di pasar borong Selayang.

"Sungguh mesra anak dan ayah"

Memang tidak dinafikan kecekapan rinto memasang khemah. Sungguh cepat dan pantas. Sekelip mata sahaja 3 buah khemah telah siap dipasang. Khemah telah siap dipasang dan masih menunggu bara dihidupkan untuk acara BBQ ayam.

Sorang demi seorang rakan2 KCFM sampai dan yang tersesat pun ada. Acara membakar ayam pun dah nak sampai ke kemuncak. Menu malam tu amat2 simple dan sedap. Ayam bakar + cupcake + teh ais + beberapa juadah lain dan yang paling penting sekali dalam banyak-banyak makanan ni ialah cupcake yang ditempah khas oleh bebudak KBK untuk semua. Cupcake ini ditempah daripada bonitocreation ----> Cik Nad. Terima kasih kerana membuat cupcake yg comel ini. Tepat jam 1200 mlm adalah kemuncak acara pada malam itu. Walaupun kami terlupa untuk membawa bunga api, tetapi suasana di pantai tetap meriah dengan dentuman bunga api dari pengunjung yg lain. Cukup2 meriah. First time kami melihat sepanjang di persisiran pantai penuh dengan khemah-khemah yang didirikan. Bukan sahaja kami, malah yang datang bersama keluarga pun ada. Siap bawa tong gas, set karaoke, tv.

Aktiviti kami diteruskan dengan sesi bermain UNO, sesi berborak2 berkenaan hal2 on9 dan macam2 lagi. Kami bebudak KBK terdengar orang berkaraoke dan kami terus kesana. Ramai pengunjung yang berkaraoke disitu dan yang paling unik ialah set karaokenya menggunakan kereta sahaja. Tapi saound yang dihasilkan lebih kurang sama seperti karaoke dalam bilik. 1 lagu RM2 sahaja. Kami pun mengambil lah peluang berkaraoke sebentar.

Selepas itu kami balik ke khemah dan sambung bermain UNO + lepak pekena teh tarik + main UNO balik sampai ke jam 7.00 pagi. Ralat bermain UNO sebab sesiapa yang kalah perlu diconteng mukanya dengan arang yang telah dicampur dengan minyak. Sadis sungguh kepada yang kalah itu.

1 Jan 2010

Alhamdulillah, hari Jumaat ditahun baru. Sarapan kami pagi tu ialah ikan bakar + nasi lemak + lokan bakar + kerang bakar. Chef kami pagi itu ialah Bro Cinan (Lepak.FM)Semuanya berasaskan bakar. Cuma yang kurang sedikit untuk kami makan iala lokan bakar. Kalau nak rasa, g lah beli dan bakar sendiri.

Pagi ni kami bebudak KBK agak kepenatan dan mengantuk sebab semalam tak tidur. Lepas je candid2 gambar sekeliling pantai dan buat sedikit rakaman ala-ala Destinasi Bajet, kami masuk dalam kereta dan ZZZzzzzZzzz. Aktiviti mandi manda dilaut telah disempurnakan oleh bebudak KCFM dan Lepak.FM.

Lepas je packing semua barang dan lipat khemah, kami adakan sesi bergambar untuk yang terakhir kali, disamping itu juga ada sesi menandatangani persefahaman diantara radio on9 KCFM dan Lepak.FM diatas banner. Untuk pengetahuan semua juga, banner ini telah disponsor oleh Sinar Printing. Terima kasih.

"sesi menandatangani memorandum persefahaman ke ?"


Jam 11.00 pagi, kami semua mula beredar meninggalkan kawasan Pantai Bagan Lalang menuju haluan masing-masing.