Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Apr 25, 2010

XTVT | Rock Climbing di Batu Cave

Salam semua..
Ini adalah pertama kali Geng KBK dapat melakukan aktiviti rock climbing. Ini pun berpeluang sebab salah seorang rakan kami yang mengajak kami. Apa pun, layankan coretan kami ni. :)

Rock Climbing di Batu Caves.
Tarikh : 25 April 2010
Tempat : Batu Caves, Gombak
Crew : Moque, Amat, Rinto, Jai (Jurulatih aka abg bomba)

Kami bergerak dari Sg Buloh menghala ke laluan Gombak. Keadaan cuaca agak gelap dan suam2 terang. Sampai je di Kepong, hujan rintik2 mula membasahai cermin kereta yg menandakan hujan telah pun mengambil alih kerja si matahari.

Kami masih meneruskan perjalanan dengan hati yg tekad dan nekad. Terdengar sayup2 suara dj hot.fm dari corong speaker di belakang yg kadang2 seperti dia syok sendiri.

***** apahal aku tulis ala2 cam nak buat novel ? *****

Brengsek..aku telah disalut dengan satu kuasa yg aneh...

*berehat sebentar smbil mengurut kepala*

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
ok, masa rehat telah tamat. aku sambung balik cerita kami nak ke Batu Caves. Lokasi sebenar kat sebelah petronas jalan gombak tu..Ok, sekarang ni korang bayangkan yg korag sedang memandu kereta melalui jalan gombak dan korang lihat sebelah kiri ada patung beso tu..

IMG_1770

IMG_1777

Yang betul2 berdiri kat tangga kuil batu caves tu..pastu jalan terus dan korang akan nampak stesen petronas sebelah kiri. Betul2 selepas simpang masuk ke Taman Bolton. kan..ok dah nmpk kami main kat mne kan.

Masa kami sampai tu, Jai ngan membe2 dia dah start dah.. aku tengok ada yang dah cm mengkarung ngan cicak je diorang ni. Leh lak melekat kat batu-batu tu..hehehe..

Kat bawah ni antara gambar2 yg sempat di tangkap untuk tatapan korang. Tempat yg korang tgk ni adalah tempat tuk beginner cm kami..hehehe..layankan je lah ye. :)

IMG_1799

IMG_1812

IMG_1831

IMG_1851

IMG_1882

IMG_1884