Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Mar 8, 2011

RECCE | Sg, Batang Kali

Assalamualaikum semua,

Apa bikin tu? Meh la minum2 kopi dulu. Ok, nak start cerita dah ni. Hari minggu lepas KBK telah ke Batang Kali. Batang Kali? Apekah?? Meh ikuti kami dari awal perjalanan ye..

Mandi Manda Sg Batang Kali
6 Mac 2011
Selangor Darul Ehsan

Antara yang mengikuti :

1. Jai aka abg bomba.
2. Amat
3. Rinto
4. Zali
5. Wan
6. Ipin (upin x follow, ade hal)
7. Pojie
8. Moque

Kami kesana bertujuan untuk me'recce' keadaan Sg. Batang Kali untuk dibuat aktiviti 'Tubbing' ataupun Tubing. Korang pernah dgr x apekah itu Tubing? Ni aku amik pengertian Tubing dr encik google.

"Aktiviti tubing adalah menghanyutkan diri menggunakan pelampung tiub getah. Ini sudah menjadi rekreasi air popular di beberapa destinasi ekopelancongan termasuk Taman Negara."

Sumber : Blog 1 Juta Idea.

Tu dia, menghanyutkan diri ye x..hahha..agak2 best x? Mesti best punya..Ok, kami berkumpul di Thaqwa Corner Rahman Putra jam 1230tghari. Sementara menunggu Amat yg mmg selalu lambat tu, kami spam2 dulu smbil makan aiskrim. Tak sampai berapa minit, Amat, Wan dan Ipin (bkn upin & ipin ye..) pun sampai.

Disebabkan ini adalah aktiviti me'recce' dan last minute punye plan, kami perlu mencari pelampung@tiub tayar. Pusing punya pusing smpilah ke Pekan Rawang, Smua kedai tayar tutup. So, alang2 dah gerak, kami teruskan juga perjalanan ke Sg. Batang Kali. Untuk ke Sg. Batang Kali, laluannya amat mudah. Dari Pekan Rawang, hendaklah melalui jalan ke Serendah dan terus sampai nampak simpang ke Batang Kali/Genting Highlands. Hanya lebih kurang 40minit shj masa perjalanan untuk smpi ke Sg. Batang Kali sekiranya jalan tidak sesak.

Keadaan di sungai tidak berapa ramai orang. Terdapat 2 tempat untuk pengunjung mandi disini. Anda boleh naik keatas atau turun kebawah untuk mandi. Ketika melalui trek hutan untuk turun ke air terjun, terdapat beberapa orang asli yg sedang memotong buloh. Sampai je air terjun, ape lagi manndiiiii~!!!


Jangan risau sekiranya anda lapar atau haus. Terdapat beberapa kedai makan disini. Menu juga biasa seperti di kedai2 mkn di bandaraya. ecceh. hahaha..Dari segi fasiliti lain pula, tandas ada disediakan untuk mereka yg ingin membersihkan diri atau menukar pakaian. Parking kereta pun besar.

Insyallah, akan dtg punya aktiviti kita akan layan TUBING!!!! Yeahhh..
Untuk melihat video boleh check disini ---> Facebook | Video Mandi Sungai Budak Kampung.

Mar 6, 2011

SUKAN | Badminton Session (I)

Sesi Bermain Badminton (Mac I)
6 Mac 2011
Sports Planet Sg Buloh

Assalamualaikum semua,

Apa bikin cuti sabtu ahad neh? Harap semuanya melakukan perkara2 yg berfaedah ye..Kalau xde benda yang berfaedah nak dibuat, meh join KBK neh..hehehe.. Kami baru je balik dari aktiviti mengeluarkan peluh. Main badminton kat Sports Planet Sg. Buloh.

Setiap malam minggu jam 11mlm hingga 1pg, kami akan berada di sana So, pada siapa2 yg free nak join boeh je join, tp sewa court ngan shuttle kita kongsi ye..hehehe.. Sedikit gambar yg sempat dirakam. :)


p/s : minggu depan ade lg tau..jom..jom..