Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 23, 2011

Event | Himpunan Sejuta Belia 2011

Assalamualaikum semua,

Semestinya semua telah maklum dengan program yang akan berlangsung pada Jumaat dan Ahad ini. Yeahh, program 'HIMPUNAN SEJUTA BELIA' di Putrajaya. Kalau nak diikutkan, program ni dah dilancarkan pada 15 Mei 2011 bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tema tahun ni ialah 'Colours Of Youth'. So apa lagi kawan2 diluar, datanglah beramai2.

Pada sesiapa yang berkelapangan, hadir dan meriahkan program ni. Tak rugilah kalau korang datang ke Putrajaya hari minggu ni. Banyak aktiviti yang telah disediakan untuk pengunjung2 yang datang. Antaranya,

* Memancing Sejuta Belia
* Karnival Sukan Air
* Karnival Jom Makan 1 Malaysia
* Pertandingan Mencipta Logo & Slogan Sekretariat Rakan Muda IPT
* 6th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2011

Insyallah, kami dari crew KBK pun akan singgah disana sebentar untuk memeriahkan majlis yg sememangnya meriah punya. Korang juga boleh mendaftar untuk himpunan sejuta belia di [klik sini]. Setakat ini telah ada 6501 belia yang telah mendaftar.

[Klik pada gambar utk lebih jelas]

Info : Web HariBeliaNegara | Senarai Aktiviti | Pendaftaran Himpunan Sejuta Belia