Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 27, 2013

Ekspedisi ke Tasik Kenyir

Assalamualaikum,

Yeah, kali ini KBKCrew bersantai2 ke Tasik Kenyir, Terengganu. Setelah bermacam2 dugaan dan halangan yang menimpa, akhirnya trip kali ni menjadi. Ini antara kos yang agak tinggi bagi kami di KBKCrew. Maklumlah, sebelum2 ni aktiviti semua yang bajet2 je. Antara rentetan perjalanan kami di Tasik Kenyir.

Tarikh : 24 - 26 Mei 2013
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Taman Negara Kenyir, Terengganu

Antara rakan yang mengikuti aktiviti kali ini :
1. Pojie
2. Iwan
3. Ipin
4. Napi
5. Rinto
6. Zali
7. Moque
8. Kwn Zali

Jumaat (24/5/13)

Pergerakan bermula pada waktu malam kerana malam lebih sunyi dan tak banyak kereta. Hanya sesekali terdengar bunyi deruan angin pabila membuka tingkap untuk menghembuskan nafas dan asapnya sekali. Cewah, penulisan nak bergaya novel. :p

Kami berhenti di Petronas Al Muktafi Billah Shah jam lebih kurang 7.00 pagi. Kami melalui laluan Jabor untuk ke Kuala Berang.Keadaan di Petronas agak sibuk sedikit dengan kehadiran konvoi Triton yang agak ramai. Siap setting enjin ke ape kat petronas tu. Lebih kurang 1/2 jam berehat, kami meneruskan perjalanan. Pagi yg sejuk, nyaman dgn dikiri kanan pokok-pokok hutan.