Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Nov 16, 2014

Bukit Saga aka Bukit Apek

Assalamualaikum,

Jika ingin mendaki secara santai dan menghirup udara segar tanpa perlu memandu berjam-jam bagi sekitar Lembah Klang, Bukit Saga adalah tempatnya. Bukit Saga yang terletak di Taman Saga, Ampang sangat popular di kalangan pendaki sekitarnya. Berketinggian lebih kurang 410m, dengan laluan yg telah sedia ada akan memudahkan pendaki untuk mendaki ke puncak. Di tambah pula dengan adanya Air Terjun Bukit Apeh.

Jom kita tengok apa yg ada disana.

Tarikh : 15 Nov 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Bukit Saga, Ampang, Selangor

Pendakian kami (Moq & Rinto) bermula sekitar jam 10 pagi. Tetapi sebelum itu kami singgah di simpang masuk ke Taman Saga untuk membeli makanan untuk dimakan di puncak nanti. Nasi lemak ayam menjadi pilihan kami. 

Kereta boleh parking di kawasan Taska Kemas atau sepanjang Jalan Saga 28. Sempat juga kami bergambar dengan sorang uncle ni yang nak mendaki. Terdapat tangga besi untuk ke trek masuk ke Bukit Saga dan terdapat gerai dan pondok disediakan. Gerai tersebut menjual air dan buah-buahan.

Kita selfie dulu sblum mendaki yakan..

Nov 10, 2014

Mendaki Bukit Tabur East

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aktiviti mendaki Bukit Tabur yang tidak dirancang sebenarnya. Apapun ia menjadi walaupun hanya berdua sahaja (Moq + Rinto). Rinto dah pernah mendaki Bukit Tabur, so dialah yg jadi guider. Apapun, ini rentetan perjalanan kami.

Tarikh : 8 Nov 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Bukit Tabur, Taman Melawati, Selangor

Bukit Tabur ni terletak di Taman Melawati, Gombak, Selangor juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Bukit Hangus dengan ketinggian 396 meter.

Pergerakan kami bermula pada jam 8.00 pagi dari Sg Buloh. Sampai di kaki Bukit Melawati lebih kurang jam 8.30 pagi. Kalau ada nampak kereta banyak parking tepi2 jalan tu, boleh la cari parking. Tiba2 rasa perut memulas2 tapi diabaikan kerana malas nak patah balik cari toilet.

Jika mengikut info yg dipercayai, laluan kami ini adalah dibahagian Timur (East). Laluan pendek tapi pendakian yg menegak. Kalau yg dah biasa mendaki, cuma ambil masa 1jam 40 minit lebih kurang cmtu. Ok, kita teruskan cerita pendakian.