Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 17, 2014

[Musi Triboatton 2014]Day 3-Kehidupan Di Pinggir Sg Musi.

Bismillahirrahmanirrahim,

Ok, hari ini semua bersiap2 untuk Jambatan Kuning untuk permulaan acara iaitu menaiki Teksi Air (SpeedBoat) dari Tebing Tinggi ke Muara Kelingi sejauh 140km. 

Permulaan perjalanan

Dec 16, 2014

[Musi Triboatton 2014]Day 3-Bermulanya Perlumbaan Rafting & Kayak.

Bismillahirrahmanirrahim,

Lebih kurang jam 6.00 kami telah bersiap. Pagi ni bangun dengan keadaan yang terketar-terketar. Maklumlah, malam td hujan. Tidur pulak di kaki gunung. Belakang chalet pula kebun teh. Maksudnye apa, maksudnya sejuk weihhh.. Siap mandi dan bersiap terus bawak beg semua naik bas. Hari ini bermulanya perlumbaan untuk Musi Triboatton 2014.

Muka semua semangat pepagi

Dec 15, 2014

[Musi Triboatton 2014] Day 2 - Kami Orang Brunei DarulSalam.

Selamat pagi Kota Palembang.

Pagi ni kami bergerak ke airport untuk bersama2 dengan uncle n the team (Uncle aka Cikgu Ismail, En.Md Noor, En.Acad, En. ApiEn. Lan Komando, En. Lan Bomba, DakAbo dan Fitri). Lepas je isi nama dalam borang yg disediakan, dgn rasminya kami adalah warganegara Brunei. :p 

Wakil Brunei Darulsalam

Dec 3, 2014

[Musi Triboatton 2014] Day 1 - Terbang ke Palembang.

Ok, kami bergerak sehari awal daripada tarikh yang ditetapkan kerana tiket Airasia pada hari Ahad itu lebih murah berbanding hari Isnin. (kes lambat beli tiket).

Penerbangan ke Kota Palembang dari KLIA2 mengambil masa 1 jam 45 minit. Masa di Palembang adalah lewat 1 jam berbanding di Malaysia. Makanya flight kami jam 8.45pagi waktu Malaysia dan smpi di Airport Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang jam 9.00pagi waktu Indonesia. Yakan.. 

Sarapan sebelum menaiki kapal terbang

Dec 2, 2014

Musi Triboatton 2014

Assalamualaikum,

Pada 23-30 November 2014 yg lepas, kami (Moq & Rinto) telah berpeluang untuk ke Sumatera Selatan bagi mengikuti acara tahunan negara Indonesia iaitu Musi Triboatton 2014. Ini adalah aktiviti pertama kami di luar negara dan melibatkan negara luar. Terima kasih pada Uncle aka En. Ismail dari dR Forest Camp @ Kem Tasik Biru yang memberikan kami peluang bersama-sama dalam team mereka.