Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Feb 19, 2011

XTVT | BBQ di Air Terjun Chamang, Pahang

Salam semua,
Rasanya dah lama KBK tak buat aktiviti kan. So untuk pembuka aktiviti luar tahun 2011 ini, kami telah ke negeri Pahang sekali lagi. Aktiviti kali ini agak simple tetapi ianya agak menyeronokkan. Aku tulis dah lama tp la ni br nak post..muahahhaha... :p

BBQ + Mandi Manda di Air Terjun Chamang.
15 - 16 Jan 2011
Bentong, Pahang

Kami memulakan perjalanan dari Tol Gombak lebih kurang jam 730pg mungkin. Wooppss, lupa lak kan nak gtau.. Antara rakan2 yg mengikuti aktiviti kali ini ialah dr geng baru yang menggelarkan diri mereka 'KBB' (Nanim, Nad, Mila & Fitri), sahabat KKS (Arip) dan ahli KBK sendiri (Moque).

Keadaan cuaca yang baik dengan hembusan angin pagi yg menyentuh kulit pipi serta pemandangan yang berkabus di sepanjang jalan ke Janda Baik membuatkan masing2 teruja. Di kiri kanan jalan berkabus sehingga sampai ke Institut Aminuddin Baki. Kenderaan pun tidak banyak. Mungkin mereka masih lena diulit mimpi dengan toto yg tebal.

Eh?

Apahal penulisan aku ni agak kenovelan pulak ni...aargghh, confius..hahaha..lantaklah, janji report ada.ok, aku sambung detik2 perjalanan kami.

Kami bergerak tadi dengan menunggang gajah hitam..Eh, myvi hitam meh. Kereta nanim dan kereta nad. Tapi sebelum sampai ke tol Bentong, kami dah berpecah. Ini kerana kereta nad berhenti di stesen minyak untuk mengisi angin tayar, bukan mengisi minyak sbb minyak masih ada. :)

Daripada tol gombak kami terus menghala ke pantai timur dan exit di tol Bentong East. Dari situ kami terus menghala ke pekan bentong. Sampai di Pekan Bentong, kami pun berhenti sebentar untuk sarapan pagi. Nasi lemak dia mmg terbaek.

Perut pun dah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan ke Air Terjun Chamang. Tidak susah untuk mencari jalan ke sana kerana terdapat signboard di tepi jalan. Dari jalan besar untuk ke air terjun hanya 8km sahaja. Tapi keadaan jalan yang semakin lama semakin kecil membuatkan pemandu kereta perlu berhati2.

Jam lebih kurang pukul 10pg, kami pun selamat sampai ke pintu gerbang Air Terjun Chamang. Disebabkan masih pagi, maka tiada orang yang menyambut kami. hehehe..Memang xde orang sambut pun, kami bukan vip yg dtg melawat kawasan jajahan pun.

Disebabkan Arip dah pernah dtg, kami pun mintak dia buat keputusan untuk campsite kat mana. Tidak perlu berjalan jauh2 untuk pasang khemah. Hanya seberang sungai dan jalan 5 minit dah sampai.

Yang menariknya disini ialah jambatan gantung dan juga air terjunnya yg gagah menyembur2 air dari puncak. So, apa lagi..masa untuk pacak khemah. 3 khemah siap dipasang dan juga fly untuk aktiviti main kad beramai2..hehhe..

Masa pasangh khemah ni pulak datang staf jabatan hutan dan tanya..

"Ada surat? "

kami pun apa lagi... surat???

Rupanya untuk berkhemah disini perlu minta kebenaran dari pejabat hutan dahulu. Tapi disebabkan kami ini main terjah je, mmg xde surat la kan. Disebabkan kami xde surat,kami pun disuruh BALIKKKKK !!!

Eh, xdelah sampai suh balik ye dak. Hanya perlu tulis nama di pejabat jerk. Tapi kalau ada group yg dtg n ada surat n nak pasang khemah kat kawasan kami tapi diorang xnak berkongsi tempat ngan kami, terpakso lah kami pindah tempat lain. Tapi rasanya xde kot org dtg camping hari ini sbb bro tu kata buat masa ni xde surat yg sampai lagi. So, kami bernasib baik lah. Tempat dah cun nih..nak skodeng org mandi pun strategik neh..wakakaka...

Makan tengahari dah siap dimasak dari rumah oleh Chef Nanim dan Chef Mila. Menunya mmg cun habes. Nasi putih + daging masak black pepper + sayur kobis telur kuah jernih + air nescafe. Fuhh, mmg layan aarr...lagi pulak tu dalam hutan kan..

Bunyi air terjun ni mmg tak aarr. Memanggil2 je. Opps, disebabkan malam td hujan, air terjun agak tak kejernihan. Tapi klu nak mandi ok jerk. Sebab dah tak tahan nak mandi, kami pun apa lagi..

Terrjunnnnn.....muahahha...

Fuuhh, mmg best arr.. Air dia sejuk giless. Cam dlm peti ais. Menggeletar beb. Rugi aarr sape yg tak pegi neh. Sapa2 yg tak pernah datang lagi, pakat2 lah datang sini.

Malas nak menaip dah..hahaha..layankan gambar ajo ye...






Apapun, duk 2 hari kat sini mmg best..seyes, best wooo..
Total semua perbelanjaan termasuk tol + minyak + makan lebih kurang dalam Rm50 je sorang.

p/s : ade gmbr yg dicedok dr FB nanim.. :) thanks nanim ye..hehe..

4 comments:

nanimsani said...

last minutes plan yg sgt terbaek and team yg superb! pasni leh plan lagi...wehuu~ ;)

| KBKCrew | said...

halu nanim,

hohoho...lps ni leh buat lagi kan. Kasi mantap itu garlic bread.. :)

Unknown said...

Salam Aidilfitri bro,

Saya n kawan2 ade plan nak g kesungai minggu depan... macam nak buat skali dgn BBQ sume kan... Dalam 20orang @ kuranglah... Tempat yang mane sesuai? Sy ddk area KL... Sbb puas ah cari mcm susah sgt nak jumpe yg best... Chamang ni nmpk best tapi dengar2 mcm bahaya... Betul ke?

| KBKCrew | said...

Wkmslm sufian,

sory lmbt balas, so cane tempat dia? mesti dah pegi kan..mmg merbahaya tp klu mndi kat tengah2, mndi kat tepi2 ok..tempat dia mmg best, terrbaeekk. :)