Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Nov 9, 2011

5 MINIT | KELIP2, BAKAR IKAN & MANCING DI KUALA SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, amacam raya korban tahun ni, berapa ekor lembu, kijang, kibas, unta yang dikorbankan di tempat korang?

Aktiviti kami disini seperti korang jugak kalau waktu siang pada hari raya neh, pagi g mesjid, lepas tu lapah daging lembu, balik berehat. Cuma malam kami aktif sikit. Jom tengok aktiviti kami malam aidiladha lepas..

Aktiviti I : Melihat Kelip-Kelip di Kuala Selangor.
Jam : 6ptg
Crew : Moq & Zali

Ok, disebabkan ketidakwarasan dalam berfikir mula menerjah otak, x pasal2 ke Kuala Selangor. Aktiviti yang tidak dirancang sememangnya berbaloi2. Menyusur jalan Kg. Melayu Kundang menuju ke susur masuk lebuhraya LATAR. Lebih kurang 25 minit telah sampai ke Kg. Kuantan.

Hanya terdapat lebih kurang 5-6 biji kereta yang parking di luar kawasan menuju ke jeti. Jika dilihat ia seperti kawasan taman lipur. Segala kemudahan umum disediakan untuk pengunjung yang datang. Ada gerai makanan ringan, kedai cenderamata, tandas, bangku2 ditepi sungai serta tapak permainan.



Kaunter tiket hanya akan dibuka pada jam 7.45mlm hingga 10.30mlm. 1 sampan RM40 dan max 4 org. Terdengar azan dari masjid menunjukkan waktu maghrib telah tiba. Kami bergerak ke masjid dulu.

Lepas je solat maghrib, kami kembali semula ke jeti. Fuhh, tu dia ramai betul yang nak tengok kelip2 neh. Penuh jeti, tu belum yang beratur beli tiket. Disebabkan kami hanya berdua dan kos untuk naik sampan pulak RM40, kami tidak jadi untuk naik. Hanya berlegar2 di sekitar jeti.

Rasanya harga tiket RM40 itu terlalu mahal untuk pengunjung dalam negara. Mungkin untuk pengunjung dari luar negara boleh dikenakan charge sebegitu. Sekadar pandangan sahaja. Dengan pembelian tiket tersebut, ia dibekalkan sekali dengan air mineral. Hermm...

Jangan risau untuk naik sampan ini. Aspek keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan diberikan. Semasa melihat kelip2, dilarang sama sekali menggunakan kamera untuk menangkap gambar kerana cahaya 'flash' akan menganggu kelip2 ini.

Selepas snap 2-3 keping gambar, kami bergerak balik ke Sg. Buloh untuk aktiviti seterusnya.

Tol : RM4
Tiket : RM40
Info : Kelip-Kelip Kg. Kuantan.



**********

Aktiviti II : Bakar Ikan di rumah Amat.
Jam : 10mlm lebih kurang.
Crew : Moq, Zali, Rinto, Shahir, Sharin, Wan, Ipin, Amat, Napie, keluarga amat.

Sebelum aktiviti bakar ikan ni, kami berada di kedai makan sebelah kedai mek (kat paya jaras). Masing2 lapar, tp kedai ni penuh ngan orang, so makanan agak lambat jugak lah. Almaklumlah, ari raya mana ada kedai makan buka ye x.

Lepak2 minum, Sharin ajak pegi mancing kat Kuala Selangor. Ha, bab2 main terjah ni mmg suka betul lah. Lepas minum terus gerak rumah amat. Tau2 pulak perut tengah lapar, ado pulak aktiviti membakar ikan.

Bapak amat balik 30kg ikan talapia hasil menjaring di Puchong. Alhamdulillah, memang rezeki kami sebelum ke Kuala Selangor. So, aktiviti menyiang dan membakar ikan dijalankan. Kena pulak ada menu lemang, kuah kacang ngan sup daging. Fuhh, mengancam beb..

Sila layan gambar tu ye. Hehehe...

**********

Aktiviti III : Mancing di Sg. Kuala Selangor.
Jam : 12mlm lebih kurang.
Crew : Moq, Zali, Rinto, Shahir, Sharin, Wan, Ipin, Amat, Napie.

Perut pun dah kenyang masing2 melantak ikan bakar. Masa untuk menuju ke Kuala Selangor. Menyusuri jalan yang bengkang bengkok dengan hujan yang turun agak lebat
membuatkan Rinto perlu berhati2 ketika memandu.

Destinasi dilencong ke tempat mancing kolam dulu sebab keadaan masih hujan, pulak tu ayah amat dan kawan2nya ada memancing disitu. Untuk mancing di kolam tersebut, charge sebatang joran RM60, ha mancinglah sampai jam 7pg esok. Hehehe...

Tak sampai 15 minit, sekor ikan menyambar umpan. Ntah ikan apa x pasti la pulak. Ini gambarnya.
Lebih kurang 2 jam duduk di kolam tu, hujan pun dah beransur2 berhenti, kami terus bergerak ke jambatan Sg. Kuala Selangor untuk aktiviti mancing.

Ramai jugak yang memancing dari atas jambatan ni. Dinasihatkan kalau nak mancing atas jambatan ni, sila bawak baju sejuk. Soojukkkk weih..

Sharin bawak 4 batang joran. So mari kita memancing ikan. Kot2 la ade rezeki, dapat ikan duyung ke kan. Wallaweeeiii..

Mata pun dah berat, lebih kurang jam 5pg, kami bergerak balik ke Sg. Buloh. Sebelum tu singgah mapley dulu layan roti canai ngan teh tarik. Hasik mancing pagi tu, Sharin dapat 3 ekor ikan.. ^_^

0 comments: