Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Nov 10, 2014

Mendaki Bukit Tabur East

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aktiviti mendaki Bukit Tabur yang tidak dirancang sebenarnya. Apapun ia menjadi walaupun hanya berdua sahaja (Moq + Rinto). Rinto dah pernah mendaki Bukit Tabur, so dialah yg jadi guider. Apapun, ini rentetan perjalanan kami.

Tarikh : 8 Nov 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Bukit Tabur, Taman Melawati, Selangor

Bukit Tabur ni terletak di Taman Melawati, Gombak, Selangor juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Bukit Hangus dengan ketinggian 396 meter.

Pergerakan kami bermula pada jam 8.00 pagi dari Sg Buloh. Sampai di kaki Bukit Melawati lebih kurang jam 8.30 pagi. Kalau ada nampak kereta banyak parking tepi2 jalan tu, boleh la cari parking. Tiba2 rasa perut memulas2 tapi diabaikan kerana malas nak patah balik cari toilet.

Jika mengikut info yg dipercayai, laluan kami ini adalah dibahagian Timur (East). Laluan pendek tapi pendakian yg menegak. Kalau yg dah biasa mendaki, cuma ambil masa 1jam 40 minit lebih kurang cmtu. Ok, kita teruskan cerita pendakian.


Dengan membekalkan keazaman dan tekad, serta air 100+ 2 botol. kami memulakan pendakian lebih kurang jam 9.00 pagi. Cuaca kelihatan agak mendung. Maklumlah, musim hujan sekarang ni. Kami berjalan menyusuri satu pembentung air yang besar dan sampai hujung akan nampak laluan untuk pendaki. Disepanjang mendaki, telah ada tanda laluan (cebisan kertas ada gmbr kura-kura) yg dibuat oleh siapa pun kami tak tau tapi itu memang memudahkan kepada pendaki2.



Mula mendaki je dah menegak. Betullah dari info yg dicari. Memang menegak.Sangatlah lelah dan hidung mula nak berkembang mekar. Selamat xde semput woii..Rinto je yg releks smbil main whatsapp. Dari laluan ini, kami nampak jelas berkabus empangan dan KL.






1 jam pertama laluan agak menegak dan perlu berhati2. Tali untuk mendaki telah disediakan bagi kawasan2 tertentu. Pegang tali dgn kemas kalau xnak jatuh kebawah. Selepas itu, laluan agak landai, menurun dan mendaki balik. Sini kawasan dah berbatu2. Kalau ada glove pakai klu xnak tangan rasa bisa2. Maklumlah kawasan berbatu. Ada masa kena jadi macam cicak. :p








Kami sempat berborak dgn 2 orang pendaki, boleh dikatakan veteran jugak, orang lama ni. Sorang abg awie dan sorng lg tak igt lak nama dia. Bro 2 orang ni cuma mendaki dan x naik smpi ke puncak. Masa ni hujan renyai2 baru je berhenti. Lepas bertukar nombor telefon, bro ni pun turun dan kami meneruskan pendakian. 

Ini adalah last checkpoint sblum smpi puncak. Pacak beb.. Kekuatan tangan dan kaki diperlukan disini. Tali yang ada memudahkan pendakian tapi tetap perlu berhati2. Batu agak berlumut dan sudah semestinya licin sbb br lps hujan. Hati-hati dan waspada sentiasa sebab bahagian ni sgt2 DANGER. Kalau boleh istigfar dan berzikir dalam hati.



Rinto mendahului pendakian. Pendakian disini perlu melepaskan pendaki didepan dahulu. Selepas pendaki di hadapan bagi signal naik, barulah naik. Jangan naik sekaligus, nnti tali berayun2. Tak pasal je ke bawah.

HATI-HATI. HATI-HATI dan HATI-HATI!!!

Alhamdulillah, kami selamat sampai dipuncak. Tapi hanya beberapa minit je diatas. Lepas kami tangkap gmbr berdua, kami pun terus turun. Spoil lah, klu x nak duk lama. Tapi perut memulas2 woo. Sepanjang pendakian td, perut ni memulas je. Sampaikan satu tahap tak tahan sangat, nak turun je rasanya. Hahahah..Seyes wo, sakit perut sesangat. Dem!!


Untuk turun tetap guna laluan tadi. So kedudukan badan pun macam kita naik td. Badan kena menghadap ke dinding batuan. Ala, macam korang tgk org wat rock climbing tu, tp menurun. Time ni kene triple hati-hatinya.

Laluan menurun agak sedikit licin. Kami melalui kebun durian orang asli. So dari sini all the way down sampai jumpa perkampungan kecil orang asli dan terus keluar kat perumahan harga juta2 punya. Masa dah smpi perkampungan orang asli trek dan landai.

Kena jalan kaki sikit untuk parking tadi, tukar baju dan kami terus balik. Insyallah, jika panjang umur kami akan naik lagi Bukit Tabur ni ikut laluan West pulak. Bukit Tabur ni ada 14 Check Point. Yg kami naik ni x tau checkpoint yg mana. Hahaha..

P/S : Kalau sakit perut, pergi cari tandas sebelum mendaki mana2 bukit atau gunung ye.. Hahahha... :p

0 comments: