Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 2, 2014

Musi Triboatton 2014

Assalamualaikum,

Pada 23-30 November 2014 yg lepas, kami (Moq & Rinto) telah berpeluang untuk ke Sumatera Selatan bagi mengikuti acara tahunan negara Indonesia iaitu Musi Triboatton 2014. Ini adalah aktiviti pertama kami di luar negara dan melibatkan negara luar. Terima kasih pada Uncle aka En. Ismail dari dR Forest Camp @ Kem Tasik Biru yang memberikan kami peluang bersama-sama dalam team mereka.


Acara lumba bot ini adalah untuk kali yg ke-3 dianjurkan oleh negara Indonesia yang berlangsung di Sumatera Selatan. Ia menggabungkan acara perlumbaan Rafting, Kayak dan Dragon Boat.


Jarak perlumbaan adalah lebih kurang 500km menyusuri sepanjang Sungai Musi hingga ke Kota Palembang. Terdapat 5 peringkat perlumbaan iaitu :

P1 : Tanjung Raya - Tebing Tinggi (35 kilometer)
P2 : Tebing Tinggi - Muara Kelingi (140 kilometer)
P3 : Muara Kelingi - Sekayu (165 kilometer)
P4 : Sekayu - Pengumbuh (108 kilometer)
P5 : Pengumbuh - Palembang (75 kilometer)

Peserta akan mengharungi Sungai Musi melewati empat wilayah kabupaten dan satu bandar, iaitu
1. Kabupaten Empat Lawang
2. Kabupaten Musi Rawas
3. Kabupaten Musi Banyuasin
4. Kabupaten Banyuasin 
dan berakhir di Jambatan Ampera, Kota Palembang.

Untuk perlumbaan kali ini, terdapat 8 negara yang akan bertanding iaitu Iran, Korea Selatan, Malaysia, Brunei, Filipina, Singapura dan Hong Kong, termasuk negara tuan rumah iaitu Indonesia yang menghantar 9 pasukan iaitu Riau, Sumsel 1, Sumsel 2, Aceh, Jabar, Jambi, Jawa Barat, Bangka Belitung dan Sumbar (Sumatera Barat).

[Day 4]-Kehidupan Di Pinggir Sg Musi.
[Day 5]-Ke Sekayu menaiki Jukung.
[Day 6]-Sarapan Pagi Gulai Sekayu.
[Day 7]-Majlis Penutup di Jambatan Ampera.
[Day 8]-Pulang ke Malaysia.

0 comments: