Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 16, 2014

[Musi Triboatton 2014]Day 3-Bermulanya Perlumbaan Rafting & Kayak.

Bismillahirrahmanirrahim,

Lebih kurang jam 6.00 kami telah bersiap. Pagi ni bangun dengan keadaan yang terketar-terketar. Maklumlah, malam td hujan. Tidur pulak di kaki gunung. Belakang chalet pula kebun teh. Maksudnye apa, maksudnya sejuk weihhh.. Siap mandi dan bersiap terus bawak beg semua naik bas. Hari ini bermulanya perlumbaan untuk Musi Triboatton 2014.

Muka semua semangat pepagi


Sarapan dulu

Mencari anak buah hilang

Apa-apapun, kita sarapan dulu ye. Klasik weih, klasik.. Sarapan dalam keadaan yang sejuk dgn berlatarbelakangkan Gunung Dempo dan bau-bauan daun teh yang segar sjgt mengasyikkan jiwa, cewahh.. (xde bau teh pun walaupun dekat kebun teh).

Bincang strategi ke?

Pak Polisi dan Supir

Lepas sarapan, kami pun bergerak secara konvoi menuju ke Tanjung Raya Empat Lawang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan permandangan yg indah serta keadaan kg berdekatan.

Cak...

Meriah bas kali ni

Gunung Dempo

Perusahaan Batu Bata
Sampai shj di Tanjung Raya Empat Lawang memang mengejutkan. Ramai betul orang. Penduduk sekitar beramai-ramai datang memeriahkan lagi acara pertama  ni. Siap ada persembahan kebudayaan lagi. Untuk perlumbaan pertama adalah acara Rafting sepanjang 35km menuju ke Tebing Tinggi.

Bersedia untuk acara rafting

Peserta acara rafting,

Bersama anak-anak Tanjug Raya.

Sangat-sangat memenatkan. Fizikal dan mental sangatlah teruji. Dengan keadaan yang panas, tiada bekalan air dibawa dan yg paling sadis, kami tiada pengganti. Ini kerana separuh perjalanan, peserta dibenarkan untuk bertukar ganti. Kami terpaksa meneruskan kayuhan untuk smpi ke garisan penamat. Memang koyak mental masing2.

Sungai yang bakal dilalui.

Penamat di Jambatan Kuning


Kepenatan





Berikut adalah pemenang untuk rafting bagi Etape 1:Tanjung Raya - Tebing Tinggi (35 kilometer).

1. Riau (2jam 14minit 29saat)
2. Sumsel 1 (2 jam 14minit 56saat)
3. Sumsel 2 (2 jam 15minit 37saat)
4. Aceh (2 jam 15minit 38saat)
5. Jabar (2 jam 15minit 49saat)
6. Jambi (2 jam 16minit 46saat)
7. Filipina (2 jam 16minit 50saat)
8. ‎Bangka Belitung (2 jam 18minit 15saat)
9. Malaysia (2 jam 19minit 23saat) 
10. Sumbar (2 jam 24minit 26saat)
11. ‎Singapura (2 jam 26minit 54saat)
12. Brunei Darussalam (2 jam 31minit 5saat)
13. Iran (2 jam 38minit 22saat)


Selepas acara Rafting tamat, akan disambung pula dengan acara Kayak. So, boleh agak lah kami menang atau kalah. Tapi apapun, semangat dan pengalaman yang penting. Menang atau kalah belakang cerita. Yakan..

Peserta untuk acara Kayak

Berhempas pulas mengayuh kayak

Bergambar di Jambatan Kuning


Selesai acara petang itu, kami pulang ke hotel yang telah disediakan oleh penganjur. Pada malamanya pula ada majlis makan makan malam dan penyampaian hadiah untuk pemenang bg acara siang tadi. Apa yg menarik dan popular di Empat Lawang ini ialah Durian dan penghasilan Kopinya.

Peserta Hong Kong

Peserta Brunei Darulsalam

Peserta Iran

Penyampaian hadiah


Acara makan beramai-ramai.
Esok siap sedia untuk acara seterusnya iaitu menaiki Teksi Air (SpeedBoat) dari Tebing Tinggi ke Muara Kelingi sejauh 140km. Fuhhh....

Pemenang Etape 1.

Acara Rafting.
1. Riau.
2. Sumsel 1.
3. Sumsel 2.

Acara Kayak.
1. Jawa Barat.
2. Sumsel 1.
3. Riau.

[Day 4]-Kehidupan Di Pinggir Sg Musi.
[Day 5]-Ke Sekayu menaiki Jukung.
[Day 6]-Sarapan Pagi Gulai Sekayu.
[Day 7]-Majlis Penutup di Jambatan Ampera.
[Day 8]-Pulang ke Malaysia.

0 comments: