Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Nov 9, 2011

5 MINIT | KELIP2, BAKAR IKAN & MANCING DI KUALA SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, amacam raya korban tahun ni, berapa ekor lembu, kijang, kibas, unta yang dikorbankan di tempat korang?

Aktiviti kami disini seperti korang jugak kalau waktu siang pada hari raya neh, pagi g mesjid, lepas tu lapah daging lembu, balik berehat. Cuma malam kami aktif sikit. Jom tengok aktiviti kami malam aidiladha lepas..

Aktiviti I : Melihat Kelip-Kelip di Kuala Selangor.
Jam : 6ptg
Crew : Moq & Zali

Ok, disebabkan ketidakwarasan dalam berfikir mula menerjah otak, x pasal2 ke Kuala Selangor. Aktiviti yang tidak dirancang sememangnya berbaloi2. Menyusur jalan Kg. Melayu Kundang menuju ke susur masuk lebuhraya LATAR. Lebih kurang 25 minit telah sampai ke Kg. Kuantan.

Hanya terdapat lebih kurang 5-6 biji kereta yang parking di luar kawasan menuju ke jeti. Jika dilihat ia seperti kawasan taman lipur. Segala kemudahan umum disediakan untuk pengunjung yang datang. Ada gerai makanan ringan, kedai cenderamata, tandas, bangku2 ditepi sungai serta tapak permainan.


Oct 22, 2011

Raya! Raya! Raya! Selamat Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, apa kabar semua? Harap kalian dalam keadaan yang sihat dan penuh bersemangat dalam meniti kehidupan di dunia ini. Apa tajuk ni? Raya? Dah 2 bulan kot berlalu aidilfitri, nak cerita apa lagi? Eh, sukati lah. Aku ada access tuk masuk blog ni..Cehh!! (berborak dlm ati sendiri).

Walaupun raya dah lama berlalu, tapi aku nak cerita jugak aktiviti sebelum raya kami sebagai budak kampung yang duduk di bandaraya. Eh, Sg Buloh bandar ke? :p

**********

 Seperti tahun2 lepas, sebelum masuknya 1 Syawal, kami mesti akan ke Jalan Masjid India (bukan kat India ye..) atau Chowkit. Sudah semestinya semua tau tempat ni. Popular beb..Ia menjadi kawasan tumpuan untuk mengabiskan duit bila ada perayaan. So, malam tu Moq, Aseng, Sam ngan Rinto pun terjah ke Jalan Masjid India. Misi utama adalah mencari baju melayu moq.


Dari satu kedai ke satu kedai kami terjah untuk mencari baju melayu yang diidamkan. Tapi almaklumlah, esok nak raya baju melayu pun dah kurang warna ngan saiz yang sesuai. Jalan dah penat dah, akhirnya dapat jugak baju melayu yang ok lah. Yeaahh, baju melayu dah dapat. So kami jalan2 lagi. Beser arr, duit dlm poket tgh juta2 neh. Mari kita berbelanja besar2. Pembaziran itu mmg best. Huhhuhu...


Walaupun jam menunjukkan ke angka 3pg, tp orang2 x jugak berkurang. Makin bertambah adalah. Diorang ni tak reti nak balik kampung ke. Lain lah kami ni memang budak kampung. Wah, membeli belah sungguh. Lagi beberapa jam nak sambut aidilfitri, hg barang musti turun punya. Sebab tu lah warga kota neh berbondong2 datang. Haehh~!!






Biskut raya dah ada, baju melayu dah beli, butang baju melayu pun cantek, apa lagi yang tak cukup ye. Herm, dah cukup kot. Jom balik, jap g nak g solat sunat aidilfitri. Yeeayyy, raya...raya...raya...

**********
 KamiBudakKampung mengucapkan 'Salam Aidilfitri Minal Aidil wal Faizin' buat ibubapa, rakan2 seperjuangan yg mengenali kami serta seluruh umat Islam dimuka bumi. Mohon maaf zahir dan batin sepanjang kita berkenalan di alam nyata mahupun di gerbang maya ini. ^_^

Aug 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H / 2011


Selamat berpuasa semua diucapkan dari kami KBK crew. Semoga amalan kita semua di bulan ramadhan untuk tahun 2011 ini diterima hendaknya.

Poser jgn x poser. kome sume dah beso panjang pun.. :)

Jun 8, 2011

XTVT | Ops Sapu Bersih - Paintball

Assalamualaikum semua,

Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria. Ahha, apa yang kami nak kongsi cerita kali ni erk? Jom tengok.

Ops Sapu Bersih - PAINTBALL
4 Jun 2011
Tourbunkers Paintball, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Antara rakan2 yang menghadirkan diri (dah pecah ikut group).

Group 1
1. Aki
2. Rinto
3. Moque
4. Heikal
5. Aadrian
6. Ajip
7. sulthan

Group 2
8.Jai aka abg bomba
9. Amat
10. Ipin
11. Pojie
12. Supi
13. Bangun
14. Wan

Photographer & Videographer
* Nasyrah Latif

Pada minggu lepas je, masih panas neh, kami telah pun mengadakan aktiviti bermain pintball. Apa itu paintball?

Ini adalah definisi kami sendiri. Paint = Cat and ball = bola, so makna paintball adalah catbola. hahahha..Bukanlah, Sebenarnya paintball ni adalah sukan extream yang dah popular di Malaysia. Kira cam main tembak2 lah. Tapi permainan ni kene ada strategi, kalau x mati woo kena tembak. Nak tau sejarah paintball ni, leh baca kat sini ---> |Sejarah Paintball di Malaysia|

Ok, sebelum ke medan perang, kami semua berkumpul di Petronas Saujana Utama. Lepas je cukup semua sekali, kami pun bergerak ke Tourbunkers. Perjalanan amik masa dalam 5 minit je. Dekat je sebenarnya. Sampai je Heikal dah menunggu. Yelah, mane x awal. Sepatutnya pukul 8 dah berkumpul. Ni masing2 hanyut. hahaha.. Pepun kita sarapan dulu sementara menunggu group dari Kelana Jaya.

Memang terrrbaeeeek lah nasi lemak kg congo neh. Sedap seh. Thanks Heikal sbb belikan. Sementara sarapan, group dari Kelana Jaya pun sampai. Settle je semua sarapan, kita dengar taklimat sejarah dan keselamatan dari marshall. Habis je taklimat, semua ambil maker dan pallets masing2.

Disebabkan kami ni ada 2 group je, so main tembak2 je lah. Xde mission2 bagai neh. sapa mati keluar. Apa pun xbleh. hahaha. Kami start main lebih kurang jam 10pg dan tamat jam 230ptg cmtu.





Kami main sampai 5 game. Untuk game yg ke-4, kami bergabung main dalam hutan fight team lain. Mmg mencabar lah main dlm hutan tu, x nampak langsung musuh.hahaha..Jai siap buat penyamaran lagi. Game ni main x habis pun musuh kene tembak sbb ikut masa. Tau2 dah 'game over'. Cehh, bengang je..




Last game kami pecah balik group dah main sampai habis pallets. Time ni mmg hardcore giless, tembak berkali2. Dah kene pun kene tembak lagi. Siap jadi red indian. Lololololololo...hahaha..apapun mmg best la kan. Lepas ni nak main lagi x? ekekeke..



Meh layan video jap ye..



Keputusan Paintball.
Game 1 : Group 1 menang.
Game 2 : Group 2 menang.
Game 3 : Group 2 menang.
Game 4 : KBK vs Team Luar. (x tau sape menang)
Game 5 : No Mercy. Tembak sampai lebam.

Tahniah & terima kasih pada semua yang menghadirkan diri bagi menjayakan aktiviti Paintball-KBK kali ini. ^_^

Untuk melihat gambar lain, boleh singgah di FB kami : KBKCrew - Ops Sapu Bersih -Paintball

May 23, 2011

Event | Himpunan Sejuta Belia 2011

Assalamualaikum semua,

Semestinya semua telah maklum dengan program yang akan berlangsung pada Jumaat dan Ahad ini. Yeahh, program 'HIMPUNAN SEJUTA BELIA' di Putrajaya. Kalau nak diikutkan, program ni dah dilancarkan pada 15 Mei 2011 bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tema tahun ni ialah 'Colours Of Youth'. So apa lagi kawan2 diluar, datanglah beramai2.

Pada sesiapa yang berkelapangan, hadir dan meriahkan program ni. Tak rugilah kalau korang datang ke Putrajaya hari minggu ni. Banyak aktiviti yang telah disediakan untuk pengunjung2 yang datang. Antaranya,

* Memancing Sejuta Belia
* Karnival Sukan Air
* Karnival Jom Makan 1 Malaysia
* Pertandingan Mencipta Logo & Slogan Sekretariat Rakan Muda IPT
* 6th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2011

Insyallah, kami dari crew KBK pun akan singgah disana sebentar untuk memeriahkan majlis yg sememangnya meriah punya. Korang juga boleh mendaftar untuk himpunan sejuta belia di [klik sini]. Setakat ini telah ada 6501 belia yang telah mendaftar.

[Klik pada gambar utk lebih jelas]

Info : Web HariBeliaNegara | Senarai Aktiviti | Pendaftaran Himpunan Sejuta Belia

Mar 8, 2011

RECCE | Sg, Batang Kali

Assalamualaikum semua,

Apa bikin tu? Meh la minum2 kopi dulu. Ok, nak start cerita dah ni. Hari minggu lepas KBK telah ke Batang Kali. Batang Kali? Apekah?? Meh ikuti kami dari awal perjalanan ye..

Mandi Manda Sg Batang Kali
6 Mac 2011
Selangor Darul Ehsan

Antara yang mengikuti :

1. Jai aka abg bomba.
2. Amat
3. Rinto
4. Zali
5. Wan
6. Ipin (upin x follow, ade hal)
7. Pojie
8. Moque

Kami kesana bertujuan untuk me'recce' keadaan Sg. Batang Kali untuk dibuat aktiviti 'Tubbing' ataupun Tubing. Korang pernah dgr x apekah itu Tubing? Ni aku amik pengertian Tubing dr encik google.

"Aktiviti tubing adalah menghanyutkan diri menggunakan pelampung tiub getah. Ini sudah menjadi rekreasi air popular di beberapa destinasi ekopelancongan termasuk Taman Negara."

Sumber : Blog 1 Juta Idea.

Tu dia, menghanyutkan diri ye x..hahha..agak2 best x? Mesti best punya..Ok, kami berkumpul di Thaqwa Corner Rahman Putra jam 1230tghari. Sementara menunggu Amat yg mmg selalu lambat tu, kami spam2 dulu smbil makan aiskrim. Tak sampai berapa minit, Amat, Wan dan Ipin (bkn upin & ipin ye..) pun sampai.

Disebabkan ini adalah aktiviti me'recce' dan last minute punye plan, kami perlu mencari pelampung@tiub tayar. Pusing punya pusing smpilah ke Pekan Rawang, Smua kedai tayar tutup. So, alang2 dah gerak, kami teruskan juga perjalanan ke Sg. Batang Kali. Untuk ke Sg. Batang Kali, laluannya amat mudah. Dari Pekan Rawang, hendaklah melalui jalan ke Serendah dan terus sampai nampak simpang ke Batang Kali/Genting Highlands. Hanya lebih kurang 40minit shj masa perjalanan untuk smpi ke Sg. Batang Kali sekiranya jalan tidak sesak.

Keadaan di sungai tidak berapa ramai orang. Terdapat 2 tempat untuk pengunjung mandi disini. Anda boleh naik keatas atau turun kebawah untuk mandi. Ketika melalui trek hutan untuk turun ke air terjun, terdapat beberapa orang asli yg sedang memotong buloh. Sampai je air terjun, ape lagi manndiiiii~!!!


Jangan risau sekiranya anda lapar atau haus. Terdapat beberapa kedai makan disini. Menu juga biasa seperti di kedai2 mkn di bandaraya. ecceh. hahaha..Dari segi fasiliti lain pula, tandas ada disediakan untuk mereka yg ingin membersihkan diri atau menukar pakaian. Parking kereta pun besar.

Insyallah, akan dtg punya aktiviti kita akan layan TUBING!!!! Yeahhh..
Untuk melihat video boleh check disini ---> Facebook | Video Mandi Sungai Budak Kampung.

Mar 6, 2011

SUKAN | Badminton Session (I)

Sesi Bermain Badminton (Mac I)
6 Mac 2011
Sports Planet Sg Buloh

Assalamualaikum semua,

Apa bikin cuti sabtu ahad neh? Harap semuanya melakukan perkara2 yg berfaedah ye..Kalau xde benda yang berfaedah nak dibuat, meh join KBK neh..hehehe.. Kami baru je balik dari aktiviti mengeluarkan peluh. Main badminton kat Sports Planet Sg. Buloh.

Setiap malam minggu jam 11mlm hingga 1pg, kami akan berada di sana So, pada siapa2 yg free nak join boeh je join, tp sewa court ngan shuttle kita kongsi ye..hehehe.. Sedikit gambar yg sempat dirakam. :)


p/s : minggu depan ade lg tau..jom..jom..