Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Oct 22, 2011

Raya! Raya! Raya! Selamat Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, apa kabar semua? Harap kalian dalam keadaan yang sihat dan penuh bersemangat dalam meniti kehidupan di dunia ini. Apa tajuk ni? Raya? Dah 2 bulan kot berlalu aidilfitri, nak cerita apa lagi? Eh, sukati lah. Aku ada access tuk masuk blog ni..Cehh!! (berborak dlm ati sendiri).

Walaupun raya dah lama berlalu, tapi aku nak cerita jugak aktiviti sebelum raya kami sebagai budak kampung yang duduk di bandaraya. Eh, Sg Buloh bandar ke? :p

**********

 Seperti tahun2 lepas, sebelum masuknya 1 Syawal, kami mesti akan ke Jalan Masjid India (bukan kat India ye..) atau Chowkit. Sudah semestinya semua tau tempat ni. Popular beb..Ia menjadi kawasan tumpuan untuk mengabiskan duit bila ada perayaan. So, malam tu Moq, Aseng, Sam ngan Rinto pun terjah ke Jalan Masjid India. Misi utama adalah mencari baju melayu moq.


Dari satu kedai ke satu kedai kami terjah untuk mencari baju melayu yang diidamkan. Tapi almaklumlah, esok nak raya baju melayu pun dah kurang warna ngan saiz yang sesuai. Jalan dah penat dah, akhirnya dapat jugak baju melayu yang ok lah. Yeaahh, baju melayu dah dapat. So kami jalan2 lagi. Beser arr, duit dlm poket tgh juta2 neh. Mari kita berbelanja besar2. Pembaziran itu mmg best. Huhhuhu...


Walaupun jam menunjukkan ke angka 3pg, tp orang2 x jugak berkurang. Makin bertambah adalah. Diorang ni tak reti nak balik kampung ke. Lain lah kami ni memang budak kampung. Wah, membeli belah sungguh. Lagi beberapa jam nak sambut aidilfitri, hg barang musti turun punya. Sebab tu lah warga kota neh berbondong2 datang. Haehh~!!






Biskut raya dah ada, baju melayu dah beli, butang baju melayu pun cantek, apa lagi yang tak cukup ye. Herm, dah cukup kot. Jom balik, jap g nak g solat sunat aidilfitri. Yeeayyy, raya...raya...raya...

**********
 KamiBudakKampung mengucapkan 'Salam Aidilfitri Minal Aidil wal Faizin' buat ibubapa, rakan2 seperjuangan yg mengenali kami serta seluruh umat Islam dimuka bumi. Mohon maaf zahir dan batin sepanjang kita berkenalan di alam nyata mahupun di gerbang maya ini. ^_^