Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 27, 2013

Ekspedisi ke Tasik Kenyir

Assalamualaikum,

Yeah, kali ini KBKCrew bersantai2 ke Tasik Kenyir, Terengganu. Setelah bermacam2 dugaan dan halangan yang menimpa, akhirnya trip kali ni menjadi. Ini antara kos yang agak tinggi bagi kami di KBKCrew. Maklumlah, sebelum2 ni aktiviti semua yang bajet2 je. Antara rentetan perjalanan kami di Tasik Kenyir.

Tarikh : 24 - 26 Mei 2013
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Taman Negara Kenyir, Terengganu

Antara rakan yang mengikuti aktiviti kali ini :
1. Pojie
2. Iwan
3. Ipin
4. Napi
5. Rinto
6. Zali
7. Moque
8. Kwn Zali

Jumaat (24/5/13)

Pergerakan bermula pada waktu malam kerana malam lebih sunyi dan tak banyak kereta. Hanya sesekali terdengar bunyi deruan angin pabila membuka tingkap untuk menghembuskan nafas dan asapnya sekali. Cewah, penulisan nak bergaya novel. :p

Kami berhenti di Petronas Al Muktafi Billah Shah jam lebih kurang 7.00 pagi. Kami melalui laluan Jabor untuk ke Kuala Berang.Keadaan di Petronas agak sibuk sedikit dengan kehadiran konvoi Triton yang agak ramai. Siap setting enjin ke ape kat petronas tu. Lebih kurang 1/2 jam berehat, kami meneruskan perjalanan. Pagi yg sejuk, nyaman dgn dikiri kanan pokok-pokok hutan.


Mar 11, 2013

Program KCFM Bersamamu di Rumah Perlindungan Al Nasuha


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar. Minggu lepas KBKCrew telah ke Sri Gombak bagi meraikan anak-anak yatim daripada Rumah Perlindungan Al Nasuha. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh KCFM Network dan ditaja oleh Sinar Printing dan Tengkorak.Net diatas nama Program KCFM Bersamamu. Antara rakan2 kelab yg memberikan kerjasama dalam aktiviti ini selain daripada KBKCrew adalah 

4. Taj Sinar Ent
5. Mesra Impian Catering
6. Bellylicious Cup Cakes

Jan 8, 2013

SPP | Burger Bakar di Le Lac

Bismillahirrahmanirrahim,

Yeah, apa cerita hari ini?  Semoga semua sihat2 belake. Orait, kali ni kami (Supi, Wan, Moque, Rinto dan Aki) ke Sek13, Shah Alam untuk SPP. Santapan kali ni adalah Burger Bakar. Konpom ramai yang dah pernah makan burger bakar kan. 


Jan 7, 2013

SPP | BBQ & Steamboat di D' Manggis Cafe


Bismillahirrahmanirrahim,

Pembuka aktiviti kami di KBK untuk tahun baru di 2013. Pada Ahad lepas, kami yg terdiri drpd Moque, Aki, Rinto dan Wan telah membuat satu aktiviti terjahan pertama. Aktiviti ini dipanggil SPP. Ahhah, apa itu SPP. SPP adalah singkatan untuk 'Sesi Pecah Perut'. Yeahhh..

So, lokasi pertama utk SPP adalah di D' Manggis Cafe yang terletak di Kuang, Sg Buloh, Selangor. D' Manggis Cafe ni adalah restoran steambot & bbq. Alah, Senang je nak dtg ke D' Manggis Cafe ni, korang ikut jalan ke Sg Plong & Paya Jaras. Kalau dari Bukit Rahman Putra, sampai simpang 3, masuk kiri menghala ke Kundang. Sampai traffic lite simpang 4 kt kuang tu, sila msuk kiri. Terus jer, kedai tu berada di sebelah kanan.

Jan 1, 2013

Salam Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua rakan2 yang mengenali kami di KBKCrew. Semoga tahun ini kita semua mendapat apa yang dihajati, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberkati sentiasa.