Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Jan 8, 2013

SPP | Burger Bakar di Le Lac

Bismillahirrahmanirrahim,

Yeah, apa cerita hari ini?  Semoga semua sihat2 belake. Orait, kali ni kami (Supi, Wan, Moque, Rinto dan Aki) ke Sek13, Shah Alam untuk SPP. Santapan kali ni adalah Burger Bakar. Konpom ramai yang dah pernah makan burger bakar kan. 



Perancangan diatur tidak kurang daripada 5 minit. Dengan adanya aplikasi WhatsApp ia amat memudahkan kami untuk berkomunikasi. Hahahha. Lokasi telah ditemui iaitu di Restoran Le Lac yang terletak di Sek13, Shah Alam. Ape ke pelik namanya. Le Lac. Acane nak nyebutnya tu? Rasanya Le Lac ni macam 'Lek le' dlu atau 'Lelek' atau pun cam releks. Tapi tu semua salah. Daripada maklumat yang diterima, Le Lac tu adalah 'Tasik' dalam bahasa Perancis. 

Errrrrr, tasik???

Mana ada tasik kat sekitar restoran ni. Confiusszeahh... abaikanlah pasal maksud Le Lac tu. Tujuan kami hanya 1 iaitu utk SPP atau Sesi Pecah Perut dan menu utama dalah BURGER BAKAR !!

Yang sebenarnya adalah lagu nyanyian Yuna.. Ehh... o_O

Tak, yang sbnrnya, burger bakar ni adalah Burger Bakar Abg Burn yang femes di Ampang tu. Di Shah Alam ni adalah cawangannya. So, korang2 yg ada sekitar Shah Alam x payah nak penuh2kan Ampang yang mmg sarat tu. Korang datang je sini. Senang, mudah dan pantas.

Cite banyak tarak guna, jom order burger. Banyak sebenarnya pilihan burger bakar ni. Harga pun boleh tahan lah. Ada ke Rinto nak order burger yang 6 tingkat. Ni makan ke hape?


Sebabkan xde sambutan dan sokongan, Rinto ngan Aki order burger kambing ditambah pula ngan side order, Bulatan Bawang. Moque pula amik burger daging dengan tambahan sosej, Supi pun sama burger daging tapi dabel. Yang Wan ni mmg x ikut tema betul. Orang suh makan burger bakar, dia pi order Chicken Chop. Apakah..!!!! 



So far, ok lah burger dia. Daging dia sarat dan tebal. Kenyang la jugak. Alhamdulillah. Air pula kami order teh o ais, lai chi kang suam, nescafe tarik ngan teh ais. Untuk air ni semua biasa je cam kedai2 lain. Tapi untuk Lai Chi Kang, agak kurang sikit. 


Restoran Le Lac ni memang layan. Siap ada live band. Sambil2 dengar live band, korang boleh layan shisha. Nice place for releks beb.. Terai lah dtg.  :)


INFO.
Lokasi - No 45,  Jalan Badminton Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.

0 comments: