Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Jan 7, 2013

SPP | BBQ & Steamboat di D' Manggis Cafe


Bismillahirrahmanirrahim,

Pembuka aktiviti kami di KBK untuk tahun baru di 2013. Pada Ahad lepas, kami yg terdiri drpd Moque, Aki, Rinto dan Wan telah membuat satu aktiviti terjahan pertama. Aktiviti ini dipanggil SPP. Ahhah, apa itu SPP. SPP adalah singkatan untuk 'Sesi Pecah Perut'. Yeahhh..

So, lokasi pertama utk SPP adalah di D' Manggis Cafe yang terletak di Kuang, Sg Buloh, Selangor. D' Manggis Cafe ni adalah restoran steambot & bbq. Alah, Senang je nak dtg ke D' Manggis Cafe ni, korang ikut jalan ke Sg Plong & Paya Jaras. Kalau dari Bukit Rahman Putra, sampai simpang 3, masuk kiri menghala ke Kundang. Sampai traffic lite simpang 4 kt kuang tu, sila msuk kiri. Terus jer, kedai tu berada di sebelah kanan.







Kalau ikutkan perancangan, kami nak ke Island BBQ Steamboat yang terletak di Kg Melayu Subang, tp apakan daya fully booked. Terpaksalah ke D' Manggis Cafe ni. Sebelum korang nak dtg, pastikan korang kasi call dulu dan buat reservation. Kalau x, kompom penuh. Lagi2 hari Sabtu ngan Ahad. 

Lebih kurang jam 8.00mlm kami pun sampai di D' Manggis Cafe. Walllaweeii, suasana amat riuh dgn ramai org yg kelaparan termasuk kami ni lah. Jangan risau, korang akan disambut oleh wakil drpd D' Manggis Cafe yang cantik lagi mempersonakan dan akan menunjukkan dimana meja utk korang kasi pecah perut nanti.

Dekat sini korang tak payah tanya nak kuah cane, ada satu jenis je, kuah tomyam. Beb, kuah tomyam dia mmg terbaekk dari ladang gajus. Serius. Tak percaya korang dtg lah. Baru hirup sikit korang akan tersedak kesedapan yang tak terhingga bila kuah tomyam tu melalui kerongkong dan terus masuk ke usus2 perut. Perghhhh...!! Sedap woohhh..




Ok, aktiviti SPP bermula dengan kegilaan dan keganasan apabila mengambil bahan2 utk dimakan. Macam2 ada. Korang boleh pilih nak apa. Ada ayam yg pelbagai perisa, daging pun sama, udang, ketam, sotong, ikan kembung. Sayur-sayuran, aneka fishball, nasi goreng, telur puyuh rebus. Air pun ada 2 jenis iaitu air oren ngan air sirap. Pencuci mulut lak ade aiskrim dan juga buah tembikai ngan oren. Rojak buah pun ada.







Pendek kata, korang dtg sini pastikan perut korang kosong. Kalau boleh jangan makan sampai 3 hari. Pastu baru datang. Kalau tak korang rugi. Hahahha..

D' Manggis Cafe ni no limit time. Duduk lah korang nak duduk berapa lama. Tapi janganlah kedai nak tutup, korng duduk lagi. Tu memang mengharapkan kaki singgah ke perut la.

Juara makan utk SPP di D' Manggis Cafe ni disandang oleh Aki. Perut kecik, makan banyak. Wakakka... Moque awal2 dah surrender. Mungkin saka dia xde, tu yg tak makan banyak tu.


Apapun, ini mmg terbaek. Next SPP tunggguuuuuuuuuuu...

INFO.

Harga : RM25 seorang.
No. Telefon : 0360386844 / 0192331973

NOTA KBK.

1. Pastikan korang duduk bawak kipas atau dibahagian luar sikit,kalau x korang akan berpeluh spt bercucuk tanam.
2. Kalau boleh pakai singlet je atau seluar pendek paras bawah lutut.
3. Kalau nampak aiskrim, amik cepat2. Nanti habis nangis pulak.
4. Jangan berebut2, makanan banyak. Takkan habis punya.
5. Last sekali, makan tu baca doa ye and perangai tu elok2 sikit. :p

1 comments:

Unknown said...

Thanks ur info..mcm best jerk tempat ni..tgh survey2 kwasan..hihi