Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Sep 30, 2008

Salam Aidilfitri 2008

Yeahh..nmpknye esok semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dengan ini kami di kamibudakkampung ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Sep 9, 2008

bebuka posa @ Klang

Assalammualaikum...
Selamat berpuasa..bosan la bebuka dgn makanan kt pasar paya jaras..
Moh kite tuka selera..Cadangan utk bebuka posa ramai2:-


Venue : De' Selat Ikan Bakar
Pelabuhan Klang
Price : RM29.90 per head
Meal :
  1. Siakap 3 rasa ala Thai istimewa
  2. Sotong goreng tepung
  3. Lala tumis serai
  4. Udang masak pedas
  5. Kerang bakar
  6. Kangkung belacan
  7. Telur dadar
  8. Tomyam ayam
  9. Nasi putih
  10. Sambal belacan & ulam2
  11. Sirap limau / minuman panas
  12. Buah campur
  13. kuih muih @ bubur

Sila confirm kan kehadiran anda semua pada Amad @ Sal...

Sep 1, 2008

Selamat Berpuasa Buat Semua


Salam semua pembaca, disini KBK ingin mengucapkan Salam Ramadhan n Selamat Berpuasa buat semua. Semoga bulan Ramadhan ini memberikan kita semua keberkatan dan keinsafan. :)

Aug 24, 2008

Gunung Nuang - Last episod :)

aku sambung balik...

Semangat untuk mendaki masih ditahap yg maksima..fresh..ekeke..melalui denai yg agak berlumut dan lembab. setelah 1/2 jam berjalan mengikuti satu aliran palong air hingga ke kunci air, kami berehat sebentar..x smpi 2 minit pun..hehee..lg sekali kami melalui kawasan perkhemahan (Kem Lolo), disini org pun dah xde..semua dah naik atas kot.. Kami meneruskan perjalanan..semakin lama trek makin menegak..wahh, nafas dah turun naik neh. Bebudak neh sume dah hilang. tenaga apa yg dipakai aku pun x tau..yg tinggal aku, zali n eyka di belakang...xpe, slow2..ekeke..janji smpi..Dah berapa ramai pendaki yg memotong kami aku pun tak tau..hahaha.. Dlm pukul 12 kot, br aku smpi kat satu tempat yg dipanggil Dataran Pacat..waaaa, ni br tempat rehat..utk smpi ke puncak nuang memerlukan 2 jam lg tuk mendaki..huwaaa..masih jauh rpenye..buka bekalan yg dibuat pg td..( sandwish, sosej). br nak berehat, napie dah ajak naik..perghh, tenaga kambing mne yg dia sesah neh..dlm kul 1245, diorg naik dulu..yg tinggal aku ngan zali..hahaha..kitaorang lg.. Zali gerak aku, la aku tido..tgk jam, astaga..kul 1.30 dah..lama jugak aku tido..zali ajak naik..huhuhu..ikutkan hati, aku nak jerk turun bawah balik..tp memandangkan nak turun pun jauh, baik naik je kan..so kitaorang pun jln la..ada la dlm 1 1/2 jam dah mendaki, nmpk amat, rinto ngan eyka turun..la ni awatnya pulak.. "dah, jom kita turun..tggu napie ngan amir kat dataran pacat..klu korang naik mlm br smpi bwh..trek dia mmg kaw2...", amat bersuara...aku ngan zali dan saling pandang memandangi..adess..nak naik ke turun..pikir2 punye pikir, kitorng pun 4low amat..smpi kat dataran pacat kitorg lepak jap, tgh lepak2, terasa rintik2 hujan..kelam kelibut terus nak turun..time2 neh la kaki aku nak krem..perrghhh!!!
Masa turun neh aku ngan eyka jerk..amat, zali ngan rinto dah hilang kedepan..slow2 kami jln..selang 2 jam lps tu, dgr suara kat belakang aku..hukaloh, napie ngan amir berlari turun..betul lah aku ckp, diorg neh org asli..kan main jauh dah kena tinggal, boleh kejar kami lg tu..diorg potong aku ngan eyka..letih jgn ckp la...x terucap ngn kata2..haahhaha...

Akhirnya, aku ngan eyka pun smpi kat campsite..boleh pulak bebudak neh tgh kopek durian..mne dtg ntah..haha..rpe2 nyer beli kat org asli. apo lg, kenduri durian la..kui..kui..lps mndi badan pun segar..chef utk mkn mlm, sape lg klu x bukan..zali n napie..yeahhh..spt biasa menu adalah berasaskan sosej, nugget, sardin..muakakka.. Aku ngan rinto dah cr port tuk psg hammock..ya, lokasi sudah ditemui..mmg best, lps mkn jerk terus landing dlm hammock..pap..pap..terus tertido. awal giler tido..bebudak lain ape ntah dibuat kat bwh..

keadaan mlm agak sepi..mmg la, dlm hutan kan. Esok pg aku terbangun sbb rse ada cam titik2 air jatuh ke muka..la, hujan ke..selamat la rintik2 jerk..aku, napie ngan rinto bangun..habeh, rinto bangun terus memekak.."bangunnnn!!!bangunnn!!!!". apa pun tak jd dia neh..pg neh lps sarapan, mndi terus gerak turun..bab nak ke parking ni 1 hal lg, nak menempuhi trek mase kami dtg dulu..huhuhu. Kami smpi kat parking dah pukul 2 kot..napie ajak g mndi kat sungai ape ntah, lupo lak den..katanya nak jmpe membe ym smbut birthday kat ctu..hermm, layankan je lah..smpi sg buloh dlm kul 6ptg... Itulah serba sedikit coretan perjalanan kami mase Mendaki Gunung Nuang.. :) peace

Pengenalan

Kamibudakkampung atau KBK Adventure Club telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada awal tahun 2008 ini dengan sokongan daripada ZPC Ent. dan Rimba Bara Ent. KBK bertempat di Kg Paya Jaras, Sg Buloh dan menjadikan ZPC Ent. sebagai tempat untuk berkumpul dan berbincang jika terdapat aktiviti yang mahu dilakukan. KBK melakukan pelbagai aktiviti luar bagi memenuhi aktiviti dimasa lapang serta jika ada yang mahu mengadakan program/ kursus berbentuk motivasi dan rekreasi, boleh menghubungi kami melalui ruang chat dibawah. Kami mengalu-alukan jika ada sebarang komen dari anda.

KBK Flickr





Aug 16, 2008

Gunung Nuang - Part 1

Salam kabare kwn2 semua..Harap semua sihat2 belaka.Ni aku nak update tentang xtvt minggu lepas semasa mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat.

8 Ogos 2008 (Jumaat)

Aku sampai kedai dlm kul 3 ptg. Amat kata nak g beli brg. Last2 kul 5 lebih jgk g beli brg makanan, ni gara2 tidur lewat smlm..so aku, amat n amir g la Econsave...
Yeahh, pasaraya pilihan kami..ekeke..Settle beli brg semua dah pukul 8 mlm..balik umah packing..dlm kul 11 siap, g mkn n terus gerak g Hulu Langat.

9 Ogos 2008 (Sabtu)


Macam2 hal boleh lupa, beras minyak...aduyai..aleh2 lalu depan petronas beli beras 5 kilo..5 kilo beb, nak buat kenduri ke hape kat atas gunung
tu..hahha..minyak je xde lg..but on the way tu ade la kedai runcit yg buka lg dlm kg tu..ni yg pelik neh..dah kul 2 pg, ade lg kedai buka..musykil2..hehehe..xpelah, janji minyak ade..

Dlm kul 2 pg jgk kami smpi di depan pintu masuk ke gunung nuang..igtkan kami jerk yg nak naik pagi tu, tp ade lg 1 group yg nak masuk jgk..xpelah, bg diorg masuk dulu..kami pack2 brg semua, tukar pakaian dlu..kul 2 lebih kami gerak memasuki trek ke kaki gunung nuang.lupo pulak nak bg tau sape kami..hehehe..( amat, rinto, moq, amir, napie, eyka n zali).

Perjalanan br bermula..mula2 jln agak mendatar..dgn beg yg digalas masih tidak memberatkan. Selepas dlm 100m perjalanan, trek mula mencabar, berjalan malam agak tidak meletihkan..


mula2 lah..hehehe..lepas tu naik bukit..turun bukit..naik bukit lg..turun bukit..naik bukit lg sekali...huiii..jenuh2..turun bukit n last sekali bukit yg perlu ditempuh..smpi la kami di kaki gunung nuang yg dipanggil dataran lola. Ada la lebih 10x berenti rehat..ya ampun perjalanannya mmg meletihkan...Beg aku yg besar tu pun dah diamik alih oleh Napie..hehehe..x larat beb..mengah2..smpi kat dataran lola tu dah pukul 4 lebih..

nak subuh dah..kat ctu ade 1 group dr UiTM..

dah bangun dah n siap2 nak masak sarapan..hahaha.. Kami buat camp site dulu tepi trek...buka khemah 1, bentang groundsheet..aku dah x larat..terus tidur..

huhuhu..dlm kul 7 terbangun sbb terasa kecoh pulak..napie ngan amat dah start buat sarapan..menu kita ( nugget, sosej, sandwish sardin n kopi).

Pagi tu kecoh le pulak, minyak lupa bwk, ade dlm kete..adess..kecoh punya kecoh, jiran sebelah khemah kami dtg.." dgr xde minyak, nah minyak"..ngaaaa..akak sebelah bg..po laie, amik je lah..hahaha..malu pulak, rpenye akak tu terdengar perbualan kami..hahaha.. Tp itulah dia sikap saling bantu membantu dlm hutan..

walaupun x kenal tp bila dlm 1 lapangan yg sama, sanggup membantu..terima kasih kak..hehehe..dgr2 rpenye 3 team budak UiTM ni kat ctu..kecoh jugak la kawasan tu..awek2 jgn ckp..diorg berkhemah seberang sungai, so bila nak g mkn kat tempat urusetia, kena lalu depan khemah kami..hahaha..phm2 dah la..ekeke.. Settle sarapan n siap kemas khemah balik, dlm kul 10 kami sudah bersedia nak mendaki..bebudak uitm td dah naik dah..tinggal urusetia dia jerk kat khemah....

aku sambung esok yer...hahahaha....

Jul 27, 2008

Video LaGi???

GamBaR di GeNting HiglaNd

Ahaks...seronoknya kami disini..rugi ler sape yg tak ikut tu..hehehe..walaupun kami hanya 6 org, tetapi bila dah smpi cna, ramai yg menyambut kami..muahaha..layannn... :)











Video Melampau??

Td aku tgh layan search dlm google video, jumpalah satu video neh..macam kenal.hahaha...So sama2 lah kita layan yer..ekeke..


Jul 20, 2008

Pengumuman

Salam ukhwah buat semua..pada bulan depan, kamibudakkampung ingin mendaki Gunung Nuang yg terletak di Ulu Langat. Kepada sesiapa yg ingin "join" kami..sila-silalah membalas kpd kami di bahagian komen dibawah cna.. :)
tq...

Jul 14, 2008

Salam Takziah Buat Cikgu Hazni Sekeluarga

"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya"
(HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)

Salam kepada rakan semua..sebentar td crew kamibudakkampung terdiri drpd moque, zali, rambo dan nerisma telah pergi kerumah seorang yg kami panggil Cikgu Hazni. Ini kerana kami telah mendapat berita tentang pemergian ayah beliau ke rahmatullah petang td pd pukul 2.30 petang. Disebabkan masing2 kerja dan balik td br kami sempat menziarahi jenazah ayah beliau.

Berita ini telah diwar-warkan oleh Jabir, thanks jabir..kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dgn Ustaz Almutangali. Inilah pertama kali berjumpa dgn cikgu dan suaminya setelah dia berpindah ke Lumut.Apa pun, diharap cikgu sekeluarga tabah menghadapinya..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertakwa..aminn..

Jul 13, 2008

Trip ke Genting Highland

Pada 5 Julai 08 yg lepas, kamibudakkampung telah pergi mendaki satu gunung baru yg dipanggil Genting Highlands..hahaha..bukan gunung..tanah tinggi je..hehe..saja je..setelah xtvt yg memenatkan dengan mendaki dan camping, maka kami pun buat keputusan utk ke genting..ini juga bg memenuhkan impian salah seorang sahabat kami yg tidak pernah kesana..yeahh, moq..gegarkan genting highlands..hahaha..Antara crew kami budakkampung yg pergi ialah moq, amat, angah dan amir..hanya 4 org sahaja..

Kami bergerak dari sg buloh pukul 9.30pg menuju ke perhentian LRT gombak...membe moq, khai kata disana ada kaunter tiket..x pun beli kat kl sentral..so kami decide nak ke gombak shj..lebih kurang pukul 10 kami smpi, penuh org dikaunter..tiket palaing awal pukul 1..oooo..ohh no..lmbt tu..so ada la brother teksi ni meng"offer"kan diri utk menghantar kami kesana dgn bayaran RM 15 seorang..nak naik kereta terus keatas, tayar lak botak..so xde pilihan lain..abg teksi ni pun baik dan peramah..

Perjalanan dr gombak ke genting hanya mengambil masa 1 jam sahaja mengikut pemanduan..hehee..jalan kesana agak membahayakan jika bawa laju..hehehe...akhirnya kami smpi di Genting Skyway Ride ( Cable Car). Tiketnya RM 10 seorang utk pergibalik..Perjalanan menaiki cable car ke puncak mengambil masa kira2 1/2 jam..bajet aku je neh..yelah, kan main jauh lg..kata yg terpanjang di asia..hehehe..yeker??Smpi sahaja di puncak kami terus menuju ke kaunter utk membeli tiket masuk..RM 38 seorang utk outdoor theme park..


Permainan yg kami tak boleh lupa.."Space Shot"..ala, yg satu tiang tu jerk..bila turun berdesup peginyer..huhuhuhu...itu jam semua organ2 dalaman tertinggal kat atas masa dia turun..hahaha..game yg paling hampeh kami masuk umah hantu ngan yg dalam pesawat angkasa lepas..hahaha..lawak giler..dlm pukul 12 lebih Burn ngan kamal smpi..lagi meriah kami kat cni dgn kedatangan mereka..apa pun, kamibudakkampung memang seronok disini..Enjoy la dgn gambar yg kami sempat abadikan semasa disana..:)

Budget kami semasa disana (utk seorang) :
  • Teksi - RM 30 (pergibalik)
  • Cable Car - RM 10
  • Tiket Outdoor - Rm 38
  • Makan - RM 20
  • Jumlah keseluruhan : RM 98..

Kesimpulan : gunakan lah pakej yg disediakan dan jgn bangun lambat.....

Jul 12, 2008

Gunung Datuk - Part 3

huiii..dah smpi part 3 cite pasal ke gunung datuk neh..ekeke..mungkin ni episod yg terakhir..lama2 pending cerita neh, lupa pulak nnti..aku smbung balik..kat mne ye berenti ari tu..ooo..smpi kat checkpoint 1 masa zali nak turun..hehehe..tp semangat dia tinggi..kuat..so dia naik balik..so aku lps dia smpi kat point aku, bg dia rehat jap..dalam 10 minit br kami gerak balik mendaki..

Trek seterusnya tidak spt sebelumnya, ada masa mendaki dan kadangkala trek yg mendatar..setelah berhempas pulas mendaki, akhirnya..aku dan zali smpi ke puncak..lebih kurang pukul 12 tghari...bebudak tgh cbuk masak mggi..ramai betul org kat puncak gunung datuk..ada la dlm 20 org..kami lepak jap makan, lepas ramai yg dah turun, br kami naik ke puncak..

Hilang rasa penat mase mendaki..tp utk smpi ke puncak yg paling tinggi, kami perlu menempuhi beberapa tangga besi yg akan membuatkan hati kecut sedikit..keadaan yg berkabus menyekat sedikit pemandangan sekitar puncak gunung..Sememangnya menakjubkan ciptaan tuhan..indah..sungguh indah..bila kabus hilang ditiup angin dan ditelan cahaya matahari..hahaha..ayat novel la pulak..tp mmg betul..klu korang x percaya, korang leh pegi n hayati sendiri keindahannya..

lebih kurang 1 1/2 jam kami di puncak, kami pun berkemas utk turun..turun ke bawah tidaklah memenatkan sgt tetapi kekuatan kaki dan tumit amatlah penting..ini kerana silap langkah, mungkin kaki akan krem..itu akan membuatkan perjalanan turun kebawah mengambil masa yg panjang..Amat, Napie, Amir, Wan dan lain2 semua berlumba turun kebawah..yg tinggal di belakang aku, zali n rinto..ada lg team lain kat belakang..

Masa turun, kami berselisih dengan team yg br nak naik..melihatkan peralatan yg dibawa oleh mereka, aku mengandaikan mereka akam bermalam di puncak..herm...Alhamdulillah, tiada kejadian aneh berlaku sepanjang kami mendaki, cuma mungkin aku yg dalam ilusi sendiri..kerana semasa aku dan zali sudah hendak smpi dibawah, tiba2 ada seseorang yg memanggil nama aku dibelakang..aku toleh kebelakang xde sesiapa..ada la dlm 3x nama aku dipanggil, tp aku tak menyahut pun..hehehe..paham2 dah lah..:)

kami sampi dibawah lebih kurang pukul 5.30 ptg..berehat dulu dipondok rehat yg disediakan di kolam mandi..perghh..penat bukan main lg..hahaha..lepas hlang penat, kami pun setup khemah..pembahagian kerja dilakukan utk kelancaran kerja..ekeke...aku n amat keluar jap beli ayam..hehhe..mlm neh nak buat ayam bakar @ panggang..yumm..yumm..

Keadaan disini amat menyamankan..dr perjalanan turun td..sudah kedengaran bunyi gong dan alat muzik yg lain..rentaknya menenangkan hati dan jiwa..rupa2nya didewan ini ada latihan caklempong..ada kelab mereka dan mereka membuat latihan di dewan itu..herm..itu salah satu promosi bg org ramai yg ingin mendaki, bukan sahaja mereka dapat mendaki tetapi dapat belajar budaya muzik masyarakat N.9...smpi ke malam..selamat khemah kami dekat dgn dewan..so tak la sunyi sgt..

Mlm tu meriah..hahaha..meriah dengan gelagat zali...ekeke...biarlah hanya kami je yg tahu dan ia mmg tersemat dlm ingatan..:)..pagi tu aku antara yg paling awal bangun..gerak danger utk siapkan sarapan..yeahh..srpn pg ni, sandwish sardin, biskut n ayam bakar mlm td..ehehe..Lepas semua dah bersiap..dlm pukul 11 lebih, kami pun gerak balik...satu kereta menghala ke melaka..dan satu lagi menghala ke sg buloh..sebelum tu sempat lepak minum dulu kat warung..kira last touch n go la..hahaha...

so ...misi kamibudakkampung ke Gunung Datuk berjaya..thanks buat semua rakan2..:)

Jun 27, 2008

Gunung Datuk - Part 2

ahha.aku smbung balik..

Sabtu (070608)

kitorang smpi dlm kul 5 lebih dah.nak dekat subuh, bkn nak dekat, dah subuh pun..xkan nak pacak khemah gelap2 nih kan..slmt ada taska..ape taska pula..pondok kecik la senang..chalet pun dah ade..dewan pun ada..beso lak tu..sementara tggu tuan tanah sampi nak register, kito dlu..ZZzzzz..

herm..x leh jd nih..kul 7 dah.gerak semua bebudak bangun..aku dah recce keliling tempat..ada la 1 team pun khemah kat belakang, diorg kata smpi smlm..au igt nak wat sarapan sandwich jerk..tetiba amat bangun, start kereta..terus ajak g srpn kat luar..ape ntah..zali yg elok malas bangun terus bangun jgk start kereta..haduyai, bab mkn dia neh, kalah aku..muahaha...

releks je turun bawah g srpn dulu..aku naik ngan amat, zali kat belakang..smpi simpang jln luar, kitorang belok kanan...tetiba...

rinto : mne zali nak g tu? apahal dia g cna?
moq : ait, apahal tu..mabuk ke hape...
amat : hahahaaha..sah...

hekeleh, mabuk tido lg ko rpenye..hahaha...ade ke org belok kanan, dia belok kiri..dah teghuk dia neh..muakaka..gelak kitorg smpi kedai mkn tu..hahaha..aduyai..

zali : aku nmpk kete ko masuk kiri...
amat : mabuk..mabuk...

wahh..kan main best..nasi lemak rombau..nasi goreng..kuih2..huiii, betul2 camping kitorg neh..makan2..pas mkn patah balik ke gunung datuk..daftar dulu..huiii..ramai jgk yg nak naik pagi neh..amoi maai, huiii..ni yg semangat nak naik..perghh...semangat!!!!
smua dah siap..kitorg naik dulu br pasang khemah..nnti ptg turun br psng khemah..port dah ade..air sorg 2 botol..pisau..ration pun dah ada..apo laie..gerak..

kitorg start naik atas pukul 9..klu ikutkan perjalanan dr bawah hingga ke puncak hanya mengambil masa 2 jam shj..itu standart..tp klu yg x standart..leh jd smpi 3 jam..herm..ok..semangat dah ada, mkn cukup dah pg td..yeahh..datuk, here i come..kui..kui...tp sebelum tu..gmbo dulu..

pd permulaan perjalanan agak landai dan kami berjalan dlm satu barisan yg lurus..bagaikan sedang berbaris masa perhimpunan sekolah hari isnin..part ni mmg semua leh berborak lg..agak2 dah 10 minit berjalan..ahhah..pendakian bermula, mendongak pakcik..aduyai..semangat ade lg 90%...go..go..go..smpi 1 takat, rinto dah potong aku..jap lg amir, amat, napie, wan..tggl aku, zali ngan danger kat belakang..herm..jln sikit berenti...perghh..ni nafas dah cungap2...maai, cam na putus nafas dibuatnya..perghh..kan main bukit dia neh, xde mendatar..mendaki terus..70, 80..70..80 darjah...danger jgn ckp..baju dia dah basah dek peluh..cm mandi pun ade...yg team lambat naik siap potong aku lg..jalan 2 - 3 tapak berenti amik nafas...huiiii....sesak woo...

danger dah potong aku jauh, amat ngan bebudak jgn ckp la..dah jauh dah..smpi satu bukit pacak tu, aku nmpk team cina yg naik awal td berenti rehat..la ni membe yg larat mmg terus naik..x larat, ha jd cam aku..kah..kah...setapak benti..cam org cacat...siap ade yg muntah..pergh..au tgk dorng ni muntah..ngan aku2 sekali nak muntah..zali jgn ckp la, au tgglkan dia jauh dah kat belakang..x tau ape dia buat..mkn lg nasi goreng pg td..kan main sedap lg..kan pancit..

aku??jgn cakp la..ribena dlm beg aku ade 2 botol..ekekke..layan seh...ramai dah naik nih..aku smpi kat checkpoint 1, dah kul 1030pg..kira neh satu je port tuk rehat..ni dah kira tgh2 dah nih..layan borak ngan pendaki yg naik..ada yg dr klang..belia klang..dr puchong..bangi..tu lah dia..bila dlm keadaan cmni..kita perlu ringan mulut org ckp..x boleh sombong2..x elok..

aku igt na tggu zali kat cni..nak naik sama2...tggu punye tggu..x smpi2..asal org yg naik smpi kat tempat rehat tu aku tnye si zali neh..

moq : bang, ade nmpk x budak pakai topi celoreng..
bro 1 : ada..ada kat bwh..
moq : jauh ke lg dia bang..?
bro 1 : jauh jgk la kat bawah tu..tgk cam turun balik..
moq : ait??turun...??

x leh jd neh..aku dah smpi setengah..ko na ktrun zali..jge baik ko..

tutt..tuutt..(ade line pon tu kat tgh hutan neh..)

zali : hello..huhhuhhuh...ha..huhh..huhhh..
moq : wei, mne ko..aku tggu ko kat cni neh..ko dgr suara aku...zaaaallliiiiiiiiiiiiiiiii....ha, dgr tak...?
zali : dengar2...ok.a.aku naik...

yesss..ade ke nak trun ballik..cannot..

adesss..asal nak menulis jerk mata berat..erm..esok la au sambung balik..=)

Jun 26, 2008

Gunung Datuk - Part 1

adess..kan main lama lg aku x update blog neh..huhuhu..almaklumlah, kesemain budakkampung bz..ekeke..xpelah..aku nak update kat pasal mendaki di gunung datuk pd 3 minggu lepas...3 minggu lepas??wahh..lama tuh..hahha..
ok lah..

Jumaat ( 060608) ~no baek nih..ekeke..

Malam tu kami gerak dr sg buloh kul 1pg..dah mlm pg pula ye tak..ahh, forget that..tp amat, rinto ngan wan gerak dulu..kata nak g hntr brg..so aku(moq), zali, napie, amir ngan danger 1 kete lg..leh pulak danger ni suh zali g sg pelong jap, beli rokok, membe dia kirim..aduyai...xpe, x kisah lg..lps tu je trus g isi mnyak..minyak belum naik lg time tu..isi punye isi, ade lak pulak brg tinggal kat kedai..lampu gas yg amat beli tinggal..aduyai..patah balik.aku, danger ngan napie g beli nasi lemak dulu kat bandar baru..buat bekal la katakan..

pastu trus gerak g sg besi..amat kata tunggu ctu..dlm kul 2 br gerak..terus pecut kete ma..talak tunggu punyer...benti dulu kat R&R Seremban..yelah, nasi lomak td wat hape kan..mkn la..lepak kan main lama lg..pastuh zali dah x larat..suh aku drive...meter 120, gegar2 stereng..ape darr..x racing tul..ekeke..

Smpi kat tol pedas/linggi..lepak jap..tgk jam dah kul 3 lebih kot..smpi cni igt nak tggu yunus..tp x smpi2..kitorg trus gerak la..

rinto : moq, ko tau jln tak?
moq : aku tau..dia dekat pekan..jom.ekekke..(padahal main baget jerk..wakaka..)

jalan punye jalan, nmpk la signboard dia.."Gunung Datuk"..yesss!!!betul jln neh..tau2 smpi pekan dia..muahahha..sulah silap ma..patah balik..br betul..rinto nmpk petronas, trus masuk..lepak jap ctu...call2 yunus, x angkat2..last2, kitorg gerak jelah..malas na tggu..mata dah ngantuk..

moq : jom arr gerak..au tau jln nih..tu depan ade signboard lg 500m..
bebudak : jom arrr..tido cna sudah..

po laie, kami pun gerak la..dah nmpk dah signboard dia masuk kiri, aku g trus..ape darr..patah balik...ini sudah masuk kg..haiya, tgk jam sulah pukul 4 lebih..jalan dia punye la msuk dlm..mmg la kan...kampung > hutan > kampung balik > pokok getah...ekeke..yeahh..akhirnya kami smpi kat kaki gunung datuk tu...maai, tekejut aku..dulu xde..skang dah ada...huiii..aku trus mntak torchlight zali, na confirmkan balik, betul ke kami smpi kat gunung datuk atau gunung lain...

huaargghhh...aduyai..mata aku ngantuk..esok smbung yer...>>

Jun 5, 2008

Minyak Ohh Minyak!!!!

Kisah bermula begini...

Aku sebenarnya nk g kelana jaya (KJ)...nk melawat En Amin yg demam.. Dgn penuh semangat, ptg smlm (4 June 08) aku book kete kt abg aku..
Smpi umah kul 8.30mlm, mandi2....aku kuar amik kete...Kat traffic light rahman putra, kt maju ahmad...dah jem...apsal ni??
xpela, aku terus kan gak..maybe xcident...
GILA LAAA!!!....esok minyak naik..betapa bangangnya rakyat sg buloh, beratur pjg2..nk isi minyak penuh2 b4 harga naik esok....mcm kalo isi mlm ni..esok je naik..lusa maintain balik harga lama....

Aku x dpt gerak mane2..minyak kete dah warning...
aku kt area The Store..cmner ni?? Hati tetap nk g KJ...last2..aku sabar cari jln nk parking tepi..aku stuck dlm jem smpi kul 9mlm....aku park kt CIMB..call En Amin..dia ckp KJ pun jem teruk..rakyat sg buloh + KJ pun bangang....(geram aku)....
Last2...Amin ckp x yah g KJ..aku parking kt depan bank rakyat lak..perghh..jem teruk...kete dari arah rahman putra x bleh kuar dr sg buloh..kete dari KL amik masa utk ke rahman putra..jem berlaku dimana-mana shj...

Aku call Ahmad Rizal Bin Basri @ Amad, Kamalrul Bin Azman @ Kamal & Adri Khairil @ Aki...tye dorg ni kt mane..mane tau stuck cam aku gak..Amad & Kamal kt umah, Aki kt USJ.. Aduhh...Aku kuar kete..lepak kt mamak depan KFC..nasib ade tv besar...

Amad call..ckp nk dtg...Fuhhh....aku ckp jgn bwk kete...jem teruk..Aku order teh o ais...tgk tv utk sejuk kan ati....then Amad smpi...lepak2 + cerita2 + minum2..jam dah kul 12.30..jln dah reda..tp nk isi myk lak problem...kete queue pjg kt Mobil rahman putra....Ikut ati aku nk gamble je balik..tapi takut kete mati halfway..Amad tgk kt Shell depan sekolah, x byk kete..
Lega...Amad balik..aku g isi myk...xde makna aku nk isi full tank, aku isi RM20 dgn litter 7.40..GILAAA!!!! pandai naik kan harga pas pilihanraya....kalo x...terlangkup la kooo!!!!.... kt shell aku nmpk Hamzaidi....die mmg nk kejar isi myk harga lama...x sempat...borak skit2...aku blah balikk...

Dikesempatan ini, aku nk ucap trima kasih byk2 kt Amad
(walaupun aku dh msg mlm td said tq)....Trima kasih Mad..ko sanggup dtg, teman kan aku smpi tgh mlm....
Aku syg ko Mad...mmuahh2....hahahahhahahaha...kalo awek ko baca...sure ngamukkk!!!!....

Tapi..mlm td..Amad cite gak la pasal hal die..plan die yg x jadi bulan ni akibat kontroversi..hahaha...serba sedikit plan kami...(doa la kalo jadi kwn2)....masuk skit bad myk yg makin menggila!!..sape harus dipersalahkan???.....ingat gaji aku 5 riban ke sebulan??.....
Dekat kul 1 pg aku smpi umahh..mengantukk..ZZZzzzz....

Jun 1, 2008

WayaNg..wayaNg..

dimano : One Utamo, Damasaro..
wat gapo : g nuntung wayang,karaoke box,huhahuha..
cito huk lagu mano : Indiano Jones
ngan sapo : bro ito, amat, dila, moq

-------------------------------------------









MajLis PerKahwiNan RaMaLia

salam kabare semua..ahaks..buat rakan2 di SMK Gading 2000/2001 (4B-5B), rakan kita ramalia telah selamat menjadi raja sehari..^-^..aku tau pun dr munirah, dia msg aku melalui friendster..bagus kan klu adanya teknologi internet nih..semua maklumat dihujung jari..aku ngan pojie je g umh dia..rahimah yg jd pengapit dia..membe2 lain mase sekolah dulu aku x nmpk pulak..mybe pengantin lupa nak pos kad..hehhe..buat ramalia..

dari team "kamibudakkampung"
mengucapkan

~Selamat Pengantin Baru~
Semoga kekal hingga ke anak cucu..
penulis : moq
photographer : pojie


Photobucket

Photobucket

Photobucket

May 27, 2008

:: AweKs ?? ::

salam semua..
hai...hai..hai..mari ke mari geng...ekeke..curi ayat zali..jgn mare..herm, sebelum menjelangnya hari pendakian kami ke gunung datuk, maka blog ini akan dipenuhi dgn cerita2 yg aku pun saje2 letak agar blog ni tak ketandusan atau kekeringan..muahaha...
Semalam nak cerita ni, ni kisah sahabat kami..pojie@pocie@ajie..uikss..ajie?? muahaha...dia dtg kedai dah kul 11, sbb ada interview kat kilang kopok lekor..mlm2 pun interview, x paham aku..pastuh aku ngan rinto ajak la g minum..korang tau ape dia ckp?? dia ckp "nnti kena tarik telinga"..muakaka..abis la, paham2 dah lah yer..ekeke..

macam2 la..(jgn mare ye pojie)..muahahaha...kena tarik telinga..apa pun tak jadi kalau cmtu...
ok..adios..amigos..salam...

kesimpulan : jgn g interview malam2 buta...

May 23, 2008

:: KiSah SeRam Kaki PaNciNg ::

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak-gelak tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa. Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sebab dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, kemudian tiba-tiba Ajis tersedar. Hehehe… Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet. Patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing. Dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya…

May 22, 2008

:: UEFA milik MU ::



Final UEFA Champions League 2008 telah berakhir di Moscow. Manchester United FC akhirnya menang mengalahkan Chelsea FC dengan sepakan penalti selepas seri 1-1 selepas masa tambahan. Gol MU dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo manakala Chelsea oleh Frank Lampard. Secara keseluruhan permainan mereka agak seimbang.

So bg AMAT n tha geng, jgnlah sedih2 apabila Chelsea kalah..muahahha..suka aku..so bg aku n rinto, kegembiraan terserlah..yeahh..Glory..Glory...ekekke..


[ kedai kami selalu lepak kalau ada bola]


Tunggu EURO 2008 la pulak...

May 21, 2008

:: MengGaNaS KemBaLi ::

Salam..ahaks..wahh..sudah lama blog ini tidak di "update"..Last bulan 12/2007..Sekarang bulan 5/2008..muahahhaa...salahkan zali sebab dia wat web tuk kamibudakkampung.tk, tetapi tak active..reramai pukul dia..pulaukan dia..ekekeke...

Setelah sibuk semuanya termasuk aku..Macamana tak ter"update", yg boleh accsess blog ni aku sorang jerk..tu pun berejam jugak aku nak igt balik username n password blog ni..huhuhu..herm, lepas ini aku nak bg zali atau amat atau rinto tau user tuk blog nih, so diorg boleh lah update apa yg patut dlm ni..nak harap bebudak lain..SAL, lagi lah..muahaha...nama pun budak kampung...ekekeke...

Terlalu banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang 2008 ini dari bulan (Januari - Mei) sekarang ni. Aku nak cerita satu persatu pun boleh berbelit jari aku nak taip kan..so aku simpulkan disini sudah ye tak..So pandai2 lah..yang lepas biarlah lepas..yang baru akan mendatang..

Nantikan KAMI BUDAK KAMPUNG menyerang GUNUNG DATUK!!!!

:: Abseiling di Sg PisanG ::


Tempat : Sg Pisang, Gombak
Tarikh : 12 April 08 (Sabtu)
Team Members : Me, Jem, Rinto, Amat, Zali, Amir, Meor, Dila, Napie, Adik Jem
XTVT : Abseiling



Salam..ahaks..ni adalah 2nd trip kami ke Sg Pisang untuk wat abseiling..Boleh tahan ramai jugak yang ikut..Baget2 nak gerak kul 8 pg..tau2 kul 11 br gerak..jem dah tggu kat mcd Hulu Klang..muahaha..panas hati membe..sorry la bro..


Smpi gombak Bt 12, lepak jap kat kedai makan, aku lapo..huhuhu..teruk2 laparnye..hehe..pas makan br gerak terus g sg pisang..kat umah air(kunci air), part kereta kat ctu, tukar pakaian n gerak..Ada 2 jalan yg boleh sampai ke Sg Pisang, melalui jalan bawah (sungai) dan juga jalan higway.so kami decide nak ikut jalan sungai..


boleh tahan juga la jauhnye jalan sungai nih..n byk jugak jmpe kawasan2 yg telah dimusnahi..muahahha.. ..oleh babi..adess.. Ada la dlm 45 minit berjalan br sampai katy air terjunnya..Smpi je atas, lepak jap n terus pasang tali..


Alhamdulillah, semua peralatan ok..Semua org turun kecuali sorang, duk pasang hammock n bantai tido smpi nak balik...bangun makan, pastuh smbung tido balik..amat..amat..huhuhu.. .. Kitorang gerak balik dlm kul 5 ptg melalui jalan highway...

Feb 20, 2008

Peralatan Berkhemah

Peralatan Perkhemahan

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa.
  • Khemah yang sesuai.
  • Bag galas
  • Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
  • Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
  • Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
  • Botol air, kole dan bekas minuman.
  • Pisau dan pembuka tin
  • Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.
  • Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
  • Kotak pertolongan cemas.
  • Kotak ikhtiar hidup.
  • Tali
  • Ponco atau baju hujan.
  • Parang/kapak kecil.
  • Bekas air tambahan.
  • Selimut atau bag tidur.
Kalau anda tidak membawa messtin anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain dari perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian.

Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan dari tertinggal.

Makanan

Makanan semasa berkhemah hendaklah muda dan cepat disediakan. Tetapi ini tidak bererti makanan semasa berkhemah tidak perlu diambil berat. Makanan semasa berkhemah hendaklah segar, berzat, mudah hadam dan harus mengandungi vitamin dan protain yang secukupnya. Ini perlu kerana anda akan menggunakan tenaga yang banyak, lebih dari yang kebiasaan.

Satu cara yang sesuai ialah dengan penyediaan jadual pemakanan. Dengan adanya jadual ini anda akan dapat menentukan jenis makanan pada setiap waktu. Ini akan menjimatkan masa dan perbelanjaan.

Seperti mana yang tersebut di atas, apa sahaja jenis makanan yang anda pilih, ianya hendaklah mudah dan senang disediakan. Namun begitu makanan haruslah enak di makan dan mesti mengandungi semua zat dan vitamin yang diperlukan.

Perhatian hendaklah diberi kepada membawa makanan tersebut. Makanan basah seperti iakan, daging dan sayur-sayur adalah makanan berzat tetapi tidak tahan lama kalau tidak di sejukkan. Maka satu cara lain untuk membawa makanan seperti ini dengan memilih altenatif yang lain – makanan kering atau makanan segera. Walaupun ianya kering dan segera tetapi kandungan zat dan vitaminnya tidak harus dilalaikan.

Perancangan Makanan

Contoh:
Katakan anda hendak keluar berkhemah pada hujung minggu pada hari sabtu selama tiga hari. Anda akan keluar rumah selepas sarapan pagi, anda jangka akan sampai ke tempat perkhemahan pada waktu petang. Maka anda perlu menyediakan minuman petang dan makan malam di tapak perkhemahan.
Menu contoh di atas akan memberi gambaran sebenar untuk menyediakan keperluan makanan semasa berkhemah. Dengan penyediaan menu seperti ini anda akan dapat menentukan jumlah setiap makanan yang perlu anda sediakan semasa perkhemahan. Cara ini juga kan memastikan anda akan membawa makanan yang secukupnya semasa berkhemah. Anda perlu ingat bahawa makanan yang berlebihan akan menambahkan beban mimikul dan pembaziran.


Cara Membungkus
Semua jenis makanan hendaklah dibungkus dengan baik. Bekas platik yang tidak mudah pecah dan terbuka hendaklah digunakan. Sarung plastik jug aboleh digunakan. Sebagaimana anda sedia maklum bahwa sarung platik amat ‘versetile’ dan jika diguna dengan cara yang betul ianya kan memudahkan perkhemahan anda. Untuk memastikan ianya tidak mendatangkan beban musnahkan plastik dengan cara membakar atau membawanya keluar bersama anda.

Dengan menggunakan plastik anda dapat mengurangkan penggunaan tin dan botol. Tetapi jika anda terpaksa menggunakan keduanya pastikan tin dibakar dan kemekkan sebelum ditanam. Bekas-bekas botol hendaklah ditanam tanpa dibakar atau dipecahkan

Minuman
Minuman hendaklah dibawa dalam bekas yang ringan. Jika boleh jangan gunakan bekas kaca. Kaca berat dan mudah pecah. Kalau anda membawa minuman bancuh gunakan bekas plastiktapi kini semua jenis minuman boleh didapati dalam bentuk sebuk. Jenis ini mudah dibawa, ringan dan mudah disediakan.

Jenis minuman terserah kepada selera anda, tetapi anda perlu ingat apa jua jenis minuman yang anda bawa harus disediakan, mudah dibawa, ringan dan tahan lama tanpa memerlukan peralatan khas. Kurangkan bekas tin dan botol dan air berkabonat.

Pembahagian Makanan.

Apabila berkhemah beramai, pembahgain makanan adalah mustahak. Pastikan setiap ahli atau peserta diberi bahagian yang sama berat. Setiap pekhemah hendaklah membawa makanan yang lenglkap, tidak dari satu jenis. Ini akan memastikan anda masih boleh disediakan jika berlaku apa perkara diluar jangkaan.

Penutup

Perlu ditegaskan disini, bahawa apa yang telah diperkatakan sepanjang nota ini berkenaan perkhemahan adalah merupakan cara yang paling sederhana. Adalah dirasa perlu cara yang serba sederhana ini di amalkan sebelum seseorang itu meningkat pengalaman yang lebih tinggi yang membolehkannya menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat pada masa kini.

Tatacara Perkhemahan

Tatacara Perkhemahan.

1. Berkhemah dalam kumpulan kecil - bilangan besar dengan ketenangan tak selari.

2. Rancangan aktiviti anada untuk mengurangkan sampah – jauhkan botol dan tin.

3. Bawa keluar apa yang anda bawa masuk – ambil bersama anda sampah yang tiada terbakar. Menanam tidak sesuai kerana cuaca dan binatang akan mengeledah.

4. Ikut trek atau laluan yang sedia ada – jangan merentas sesuka hati.

5. Kecilkan pembinaan tapak perkhemahan. – Jangan memusnahkan tumbuhan.

6. Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah orang – hormati pesanan orang.

7. Jangan gunakan sabun atau lain bahan cucian di sungai atau tasik. Ambil air ke khemah anda supaya air yang di pakai meresap ke tanah.

8. Tanamkan najis – pilih tempat yang sesuai, jauh dari air dan kawasan perkhemahan, gali lubang dan pastikan anda kambung dengan tanah.

9. Dapur bergerak adalah lebih baik dari kayu api, kayu kering ada peranannya dalam pusingan alam semula jadi.

10. Kalau menggunakan kayu, pastikan api anda kecil dan jimatkan penggunaan kayu. Pastikan juga pai di padam betul-betul sebelum meninggalkannya.

11. Jaga hidupan dan tumbuhan liar. Awasilah perseimbangan alam kerana anda adalah sebahagian daripadanya.

<< kembali

Tapak Perkhemahan

Tapak Perkhemahan

Pemilihan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara tyang tidak dapat ditetapkan tanpa mengambil kira beberapa faktor penting. Walaupun anda rasa dan pernah berkhemah anda akan masih mengalami masalah dalam perkara ini. Anad akan dapati amat sukar untuk mendapat satu tapak perkhemahan yang sempurna dalam mana ianya memenuhi segala kehendak-kehendak dari segi tanah datar dan lapang, kedapatan air bersih, banyak bahan-bahan bakar, mudah disampai oleh pihak tertentu dalam kecemasan, laluan yang baik dan mudah keluar untuk membeli bekalan dan sebagainya. Faktor-faktor berikut hendaklah diambil kira:

a. Corak perkhemahan yang terlibat, pengembaraan, berkeno, berbot, berbasikal atau berkenderaan motor.
b. Jangka masa berkhemah, sehari, seminggu dan sebagainya.
c. Bilangan peserta yang terlibat.
d. Alam persekitaran, pergunungan, hutan belantara, persekitaran dan sebagainya.


a. Corak Perkhemahan
Bagi pengembaraan yang berjalan kaki yang mempunyai laluan.seperti trek balak, kampung, trek orang asli dan sebagainya anda mungkin mencari tapak berkhemah yang berhampiran laluan tersebutada baiknya anda mencari tapaknya lebih kurang 100-200 ela dari laluan tersebut ini kerana anda tidak akan diganggu oleh mereka yang mungkin menggunakan laluan tersebut. Bianatang-binatang ternakan juga akan menggunakan laluan tersebut.

Keperluan seperti air dan jika anda menggunakan dapur kayu, juga kayu hendaklah mudah diperolehi. Pilih tapak yang sesuai dari kawasab lapang, tidak semak, tiada pohon-pohon besar dan tanahnya tiada selut atau lembab. Setelah memilih, dirikan khemah. Waktu yang lewat untuk menaikan khemah di mana sahaja anda berada iala pukul lima petang. Khemah hendaklah dinaikkan sebelum gelap atau sebelum membuat apa-apa kerja lain.


b. Bilangan yang terlibat
Apabila anda berkhemah seorangn , tapak yang dipilih tidaklah perlu luas. Keperluan air dan bahan bakar pun tidak perlu banyak. Tetapi keperluan ini akan berlipat ganda apabila anda berkhemah ramai. Ini termasuk khemah yang besar, peralatan yang banyak dan bekalan yang lebih. Oleh yang demikian dengan bilangan yang ramai, maupun jangka masa berkhemah itu singkat tetapi keperluannya berlipat ganda. Perancangan awal adalah perlu sebelum mendirikan khemah agar jumlah peserta yang ramai tidak mendatangkan masalah, bukan sahaja semasa perkhemahan malah selepas perkhemahan.

c. Alam Persekitaran
Walau bagaimana sekalipun persediaan awal diambil atau dirancang, alam persekitaran akan menentukan kejayaan satu-satu perkhemahan. Anda tidak boleh pandang remeh peranan alam persekitaran terhadap aktiviti anda. Peninjauan hendaklah dilakukan sebelum anda keluar berkhemah. Peninjauan ini tidak perlu anda pergi ke tempat tersebut. Peta topo dan maklumat tempatan boleh ditentukan. Memahami keadaan fizikal sesuatu kawasan yang anda pilih untuk berkhemah akan membantu anada menentukan jenis peralatan yang perlu dibawa.

Keadaan sesuatu tempat juga akan menentukan jenis khemah yang akan digunakan. Berkhemah dikawasan pinggir pergunungan atau kawasan tinggi berbeza dari berkhemah di kawasan rendah atau datar. Khemah yang digunakan dikawasan pergunungan mestilah berwarna gelap dan rendah. Ini kerana warna gelap meresap panas matahari dan kerendahan khemah akan mengekal suhu panas yang mana anda perlu disebabkan hawa sejuk. Disamping itu, ada kawasan-kawasan tinggi yang kerap hujan dan ditempat seperti ini anda perlu pastikan khemah anda betul-betul kalis air. Tempat-tempat begini kadang kala susah bekalan air atau bekalan bahan bakar.

Berkhemah di hutan belantara memerlukan khemah jenis berwarna cerah dan tinggi. Kadangkala perlu ada kelambu. Tinggi supaya mendapat pengaliran udara dan cerah agar ia memantul cahaya matahari dan kelambu supaya tidak membenarkan serangga masuk. Disamping itu khemah yang cerah adalah baik dari segi keselamatan, ianya mudah kelihatan dan mungkin mudah untukk diberi bantuan jika berlaku kecemasan. Berkhemah di hutan lebih mudah dari berkhemah di kawasan pergunungan memandangkan anda boleh menggunakan bahan-bahan hutan.

Bagi pengembaraan berkayak di sungai, anda perlu berkhemah berhampiran sungai dan berhampiran dengan kayak anda. Perhatikan kesan air ditebing dengan memerhati kesan paras air lumpur, kayu-kayu mati dan lain-lain bahan yang dihanyutkan oleh air. Di negara kita paras air sungai akan naik dengan mendadak jika hujan turun di hulu. Oleh yang demikian pastikan yang khemah dan kayak anda jauh dari paras air tersebut. Jangan berkhemah di tanah yang berpasir, jika boleh. Ia mudah meresap air dan mudah juga bertakung air. Nai9kkan khemah anda di tanah keras tetapi mudah meresap air bukan tanah liat. Kadangkala tapak seperti ini mungkin jauh dari sungai, tetapi ia selamat, jika boleh bawa keno anda bersama, kalau berat, ikat ditebing sungai dengan tali panjang agar ianya selamat walaupun berlakunya kenaikkan paras air dengan tiba-tiba.

Cara di atas juga hendaklah diamal jika anda berkayak di laut. Kesan atau paras pasang surut dilaut lebih mudah dikenali dengan memerhati bahan-bahan seperti kulit siput dan lain-lain hidupan laut. Pilih tapak yang selamat jauh dari air pasang. Dan jangan berkhemah dibawah pohon-pohon kayu besar terutama pokok kelapa.

Kalau mengambara dengan bot, perkara-perkara di atas perlu di ambil kira. Cuma bezanya di antara berkayak dengan bermotor bot, kalu berkeno anda perlu berhenti mencari tapak perkhemahan bila hari mulai petang, tidak kira di mana anda berada, tapi kalau bermotor bot jika anda tahu ada bandar atau kampung dihadapan – mungkin terlalu jauh untuk berkayak- anda masih lagi boleh berbot ke tempat tersebut. Berkhemah berhampiran kampung akan memudahkan anda dari segi bekalan dan lain-lain kemudahan.

Perkara di atas juga hendaklah di ambil perhatian jika anda mengambara menggunakan basikal dan kenderaan lain. Jika anda mengembara dengan kenderaan bermotor anda mungkin tidak menghadapi masalah tentang tapak perkhemahan kecuali dengan jumlah peserta yang ramai.

d. Jangkamasa Berkhemah
Tapak perkhemahan yang anda pilih untuk bermalam kadangkala tidak sesuai untuk berkhemah lebih dari satu malam. Ini mungkin disebabkan ketiadaan air, bahan bakar, tiada tempat yang sesuai untuk tandas dan sebagainya. Ataupun ianya terlalu dekat dengan kediaman orang yang mana mungkin untuk satu malam anda dibenarkan tetapi untuk hari selanjutnya kebenaran tidak di beri.

Apabila anda berkhemah untuk jangka masa yang lama, anda perlu sediakan beberapa perkara yang mungkin anda tidak perlu adakan untuk berkhemah sehari. Paling utama ialah bekalan air, bukan sahaja untuk minuman, membasuh dan mandi tapi untuk kegunaan lain. Ini bererti anda memerlukan bekalan air yang banyak, oleh itu pilihlah kawasan yang dipilih memenuhi kehendak ini.

Selain dari itu, kemudahan membuang air kecil dan besar perlu diadakan. Anda perlu juga bekalan kayu api yang mencukupi untuk jangka masa yang anda akan berada di situ. Keperluan makanan hendaklah bawa mengikut jangka masa anda berkhemah sekiranya kawasan itu tidak mempunyai kedai.

Pada keseluruhannya apa yang harus di aiambil kira, semasa menaikkan khemah ialah ‘impact’ atau kesannya kepada alam sekitar dan ekologi. Jangan cuba membawa segala kemudahan yang anda nikmati dirumah ke tempat berkhemah. Berkhemahlah dengan sederhana dan jangan tinggal kesan-kesan yang memakan masa bertahun-tahun untuk pulih – seperti menebang pokok, membersih kawasan berlebihan, membakar hutan untuk unggun api, membuang sampah merata dan mengotorkan kawasan dengan najis anda.

<< kembali