Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Feb 20, 2008

Tapak Perkhemahan

Tapak Perkhemahan

Pemilihan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara tyang tidak dapat ditetapkan tanpa mengambil kira beberapa faktor penting. Walaupun anda rasa dan pernah berkhemah anda akan masih mengalami masalah dalam perkara ini. Anad akan dapati amat sukar untuk mendapat satu tapak perkhemahan yang sempurna dalam mana ianya memenuhi segala kehendak-kehendak dari segi tanah datar dan lapang, kedapatan air bersih, banyak bahan-bahan bakar, mudah disampai oleh pihak tertentu dalam kecemasan, laluan yang baik dan mudah keluar untuk membeli bekalan dan sebagainya. Faktor-faktor berikut hendaklah diambil kira:

a. Corak perkhemahan yang terlibat, pengembaraan, berkeno, berbot, berbasikal atau berkenderaan motor.
b. Jangka masa berkhemah, sehari, seminggu dan sebagainya.
c. Bilangan peserta yang terlibat.
d. Alam persekitaran, pergunungan, hutan belantara, persekitaran dan sebagainya.


a. Corak Perkhemahan
Bagi pengembaraan yang berjalan kaki yang mempunyai laluan.seperti trek balak, kampung, trek orang asli dan sebagainya anda mungkin mencari tapak berkhemah yang berhampiran laluan tersebutada baiknya anda mencari tapaknya lebih kurang 100-200 ela dari laluan tersebut ini kerana anda tidak akan diganggu oleh mereka yang mungkin menggunakan laluan tersebut. Bianatang-binatang ternakan juga akan menggunakan laluan tersebut.

Keperluan seperti air dan jika anda menggunakan dapur kayu, juga kayu hendaklah mudah diperolehi. Pilih tapak yang sesuai dari kawasab lapang, tidak semak, tiada pohon-pohon besar dan tanahnya tiada selut atau lembab. Setelah memilih, dirikan khemah. Waktu yang lewat untuk menaikan khemah di mana sahaja anda berada iala pukul lima petang. Khemah hendaklah dinaikkan sebelum gelap atau sebelum membuat apa-apa kerja lain.


b. Bilangan yang terlibat
Apabila anda berkhemah seorangn , tapak yang dipilih tidaklah perlu luas. Keperluan air dan bahan bakar pun tidak perlu banyak. Tetapi keperluan ini akan berlipat ganda apabila anda berkhemah ramai. Ini termasuk khemah yang besar, peralatan yang banyak dan bekalan yang lebih. Oleh yang demikian dengan bilangan yang ramai, maupun jangka masa berkhemah itu singkat tetapi keperluannya berlipat ganda. Perancangan awal adalah perlu sebelum mendirikan khemah agar jumlah peserta yang ramai tidak mendatangkan masalah, bukan sahaja semasa perkhemahan malah selepas perkhemahan.

c. Alam Persekitaran
Walau bagaimana sekalipun persediaan awal diambil atau dirancang, alam persekitaran akan menentukan kejayaan satu-satu perkhemahan. Anda tidak boleh pandang remeh peranan alam persekitaran terhadap aktiviti anda. Peninjauan hendaklah dilakukan sebelum anda keluar berkhemah. Peninjauan ini tidak perlu anda pergi ke tempat tersebut. Peta topo dan maklumat tempatan boleh ditentukan. Memahami keadaan fizikal sesuatu kawasan yang anda pilih untuk berkhemah akan membantu anada menentukan jenis peralatan yang perlu dibawa.

Keadaan sesuatu tempat juga akan menentukan jenis khemah yang akan digunakan. Berkhemah dikawasan pinggir pergunungan atau kawasan tinggi berbeza dari berkhemah di kawasan rendah atau datar. Khemah yang digunakan dikawasan pergunungan mestilah berwarna gelap dan rendah. Ini kerana warna gelap meresap panas matahari dan kerendahan khemah akan mengekal suhu panas yang mana anda perlu disebabkan hawa sejuk. Disamping itu, ada kawasan-kawasan tinggi yang kerap hujan dan ditempat seperti ini anda perlu pastikan khemah anda betul-betul kalis air. Tempat-tempat begini kadang kala susah bekalan air atau bekalan bahan bakar.

Berkhemah di hutan belantara memerlukan khemah jenis berwarna cerah dan tinggi. Kadangkala perlu ada kelambu. Tinggi supaya mendapat pengaliran udara dan cerah agar ia memantul cahaya matahari dan kelambu supaya tidak membenarkan serangga masuk. Disamping itu khemah yang cerah adalah baik dari segi keselamatan, ianya mudah kelihatan dan mungkin mudah untukk diberi bantuan jika berlaku kecemasan. Berkhemah di hutan lebih mudah dari berkhemah di kawasan pergunungan memandangkan anda boleh menggunakan bahan-bahan hutan.

Bagi pengembaraan berkayak di sungai, anda perlu berkhemah berhampiran sungai dan berhampiran dengan kayak anda. Perhatikan kesan air ditebing dengan memerhati kesan paras air lumpur, kayu-kayu mati dan lain-lain bahan yang dihanyutkan oleh air. Di negara kita paras air sungai akan naik dengan mendadak jika hujan turun di hulu. Oleh yang demikian pastikan yang khemah dan kayak anda jauh dari paras air tersebut. Jangan berkhemah di tanah yang berpasir, jika boleh. Ia mudah meresap air dan mudah juga bertakung air. Nai9kkan khemah anda di tanah keras tetapi mudah meresap air bukan tanah liat. Kadangkala tapak seperti ini mungkin jauh dari sungai, tetapi ia selamat, jika boleh bawa keno anda bersama, kalau berat, ikat ditebing sungai dengan tali panjang agar ianya selamat walaupun berlakunya kenaikkan paras air dengan tiba-tiba.

Cara di atas juga hendaklah diamal jika anda berkayak di laut. Kesan atau paras pasang surut dilaut lebih mudah dikenali dengan memerhati bahan-bahan seperti kulit siput dan lain-lain hidupan laut. Pilih tapak yang selamat jauh dari air pasang. Dan jangan berkhemah dibawah pohon-pohon kayu besar terutama pokok kelapa.

Kalau mengambara dengan bot, perkara-perkara di atas perlu di ambil kira. Cuma bezanya di antara berkayak dengan bermotor bot, kalu berkeno anda perlu berhenti mencari tapak perkhemahan bila hari mulai petang, tidak kira di mana anda berada, tapi kalau bermotor bot jika anda tahu ada bandar atau kampung dihadapan – mungkin terlalu jauh untuk berkayak- anda masih lagi boleh berbot ke tempat tersebut. Berkhemah berhampiran kampung akan memudahkan anda dari segi bekalan dan lain-lain kemudahan.

Perkara di atas juga hendaklah di ambil perhatian jika anda mengambara menggunakan basikal dan kenderaan lain. Jika anda mengembara dengan kenderaan bermotor anda mungkin tidak menghadapi masalah tentang tapak perkhemahan kecuali dengan jumlah peserta yang ramai.

d. Jangkamasa Berkhemah
Tapak perkhemahan yang anda pilih untuk bermalam kadangkala tidak sesuai untuk berkhemah lebih dari satu malam. Ini mungkin disebabkan ketiadaan air, bahan bakar, tiada tempat yang sesuai untuk tandas dan sebagainya. Ataupun ianya terlalu dekat dengan kediaman orang yang mana mungkin untuk satu malam anda dibenarkan tetapi untuk hari selanjutnya kebenaran tidak di beri.

Apabila anda berkhemah untuk jangka masa yang lama, anda perlu sediakan beberapa perkara yang mungkin anda tidak perlu adakan untuk berkhemah sehari. Paling utama ialah bekalan air, bukan sahaja untuk minuman, membasuh dan mandi tapi untuk kegunaan lain. Ini bererti anda memerlukan bekalan air yang banyak, oleh itu pilihlah kawasan yang dipilih memenuhi kehendak ini.

Selain dari itu, kemudahan membuang air kecil dan besar perlu diadakan. Anda perlu juga bekalan kayu api yang mencukupi untuk jangka masa yang anda akan berada di situ. Keperluan makanan hendaklah bawa mengikut jangka masa anda berkhemah sekiranya kawasan itu tidak mempunyai kedai.

Pada keseluruhannya apa yang harus di aiambil kira, semasa menaikkan khemah ialah ‘impact’ atau kesannya kepada alam sekitar dan ekologi. Jangan cuba membawa segala kemudahan yang anda nikmati dirumah ke tempat berkhemah. Berkhemahlah dengan sederhana dan jangan tinggal kesan-kesan yang memakan masa bertahun-tahun untuk pulih – seperti menebang pokok, membersih kawasan berlebihan, membakar hutan untuk unggun api, membuang sampah merata dan mengotorkan kawasan dengan najis anda.

<< kembali

0 comments: