Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Feb 20, 2008

Perkara Sebelum Berkhemah

Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Perhatian Sebelum Berkhemah.

1. Perlindungan
Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi perlindungan dari serangga.

2. Keselesaan
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.

3. Kalis Air
Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.

4. Tahan Lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan munasabah.

5. Ukuran
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.

6. Harga
Biasanya khemah memenuhi semua syarat di atas, biasanya lebih mahal dari khemah yang memenuhi satu atau dua syarat, jika membeli khemah yang berharga beratus ringgit dan anda tidak menggunakan sepenuhnya. Ini adalah satu pembaziran.

<<>

0 comments: