Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Feb 20, 2008

Peralatan Berkhemah

Peralatan Perkhemahan

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa.
  • Khemah yang sesuai.
  • Bag galas
  • Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
  • Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
  • Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
  • Botol air, kole dan bekas minuman.
  • Pisau dan pembuka tin
  • Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.
  • Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
  • Kotak pertolongan cemas.
  • Kotak ikhtiar hidup.
  • Tali
  • Ponco atau baju hujan.
  • Parang/kapak kecil.
  • Bekas air tambahan.
  • Selimut atau bag tidur.
Kalau anda tidak membawa messtin anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain dari perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian.

Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan dari tertinggal.

Makanan

Makanan semasa berkhemah hendaklah muda dan cepat disediakan. Tetapi ini tidak bererti makanan semasa berkhemah tidak perlu diambil berat. Makanan semasa berkhemah hendaklah segar, berzat, mudah hadam dan harus mengandungi vitamin dan protain yang secukupnya. Ini perlu kerana anda akan menggunakan tenaga yang banyak, lebih dari yang kebiasaan.

Satu cara yang sesuai ialah dengan penyediaan jadual pemakanan. Dengan adanya jadual ini anda akan dapat menentukan jenis makanan pada setiap waktu. Ini akan menjimatkan masa dan perbelanjaan.

Seperti mana yang tersebut di atas, apa sahaja jenis makanan yang anda pilih, ianya hendaklah mudah dan senang disediakan. Namun begitu makanan haruslah enak di makan dan mesti mengandungi semua zat dan vitamin yang diperlukan.

Perhatian hendaklah diberi kepada membawa makanan tersebut. Makanan basah seperti iakan, daging dan sayur-sayur adalah makanan berzat tetapi tidak tahan lama kalau tidak di sejukkan. Maka satu cara lain untuk membawa makanan seperti ini dengan memilih altenatif yang lain – makanan kering atau makanan segera. Walaupun ianya kering dan segera tetapi kandungan zat dan vitaminnya tidak harus dilalaikan.

Perancangan Makanan

Contoh:
Katakan anda hendak keluar berkhemah pada hujung minggu pada hari sabtu selama tiga hari. Anda akan keluar rumah selepas sarapan pagi, anda jangka akan sampai ke tempat perkhemahan pada waktu petang. Maka anda perlu menyediakan minuman petang dan makan malam di tapak perkhemahan.
Menu contoh di atas akan memberi gambaran sebenar untuk menyediakan keperluan makanan semasa berkhemah. Dengan penyediaan menu seperti ini anda akan dapat menentukan jumlah setiap makanan yang perlu anda sediakan semasa perkhemahan. Cara ini juga kan memastikan anda akan membawa makanan yang secukupnya semasa berkhemah. Anda perlu ingat bahawa makanan yang berlebihan akan menambahkan beban mimikul dan pembaziran.


Cara Membungkus
Semua jenis makanan hendaklah dibungkus dengan baik. Bekas platik yang tidak mudah pecah dan terbuka hendaklah digunakan. Sarung plastik jug aboleh digunakan. Sebagaimana anda sedia maklum bahwa sarung platik amat ‘versetile’ dan jika diguna dengan cara yang betul ianya kan memudahkan perkhemahan anda. Untuk memastikan ianya tidak mendatangkan beban musnahkan plastik dengan cara membakar atau membawanya keluar bersama anda.

Dengan menggunakan plastik anda dapat mengurangkan penggunaan tin dan botol. Tetapi jika anda terpaksa menggunakan keduanya pastikan tin dibakar dan kemekkan sebelum ditanam. Bekas-bekas botol hendaklah ditanam tanpa dibakar atau dipecahkan

Minuman
Minuman hendaklah dibawa dalam bekas yang ringan. Jika boleh jangan gunakan bekas kaca. Kaca berat dan mudah pecah. Kalau anda membawa minuman bancuh gunakan bekas plastiktapi kini semua jenis minuman boleh didapati dalam bentuk sebuk. Jenis ini mudah dibawa, ringan dan mudah disediakan.

Jenis minuman terserah kepada selera anda, tetapi anda perlu ingat apa jua jenis minuman yang anda bawa harus disediakan, mudah dibawa, ringan dan tahan lama tanpa memerlukan peralatan khas. Kurangkan bekas tin dan botol dan air berkabonat.

Pembahagian Makanan.

Apabila berkhemah beramai, pembahgain makanan adalah mustahak. Pastikan setiap ahli atau peserta diberi bahagian yang sama berat. Setiap pekhemah hendaklah membawa makanan yang lenglkap, tidak dari satu jenis. Ini akan memastikan anda masih boleh disediakan jika berlaku apa perkara diluar jangkaan.

Penutup

Perlu ditegaskan disini, bahawa apa yang telah diperkatakan sepanjang nota ini berkenaan perkhemahan adalah merupakan cara yang paling sederhana. Adalah dirasa perlu cara yang serba sederhana ini di amalkan sebelum seseorang itu meningkat pengalaman yang lebih tinggi yang membolehkannya menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat pada masa kini.

0 comments: