Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Mar 11, 2013

Program KCFM Bersamamu di Rumah Perlindungan Al Nasuha


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar. Minggu lepas KBKCrew telah ke Sri Gombak bagi meraikan anak-anak yatim daripada Rumah Perlindungan Al Nasuha. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh KCFM Network dan ditaja oleh Sinar Printing dan Tengkorak.Net diatas nama Program KCFM Bersamamu. Antara rakan2 kelab yg memberikan kerjasama dalam aktiviti ini selain daripada KBKCrew adalah 

4. Taj Sinar Ent
5. Mesra Impian Catering
6. Bellylicious Cup Cakes


Rumah ini menempatkan  anak-anak yatim dan ibu tunggal dan diketuai oleh Puan Fatimah yg kami pggil Umi. Ada di antara anak-anak ini telah ditinggalkan oleh ibu mereka yang bekerja di tempat yang jauh. Di sebalik wajah penuh ceria, tersimpan duka. Di sebalik senyum tawa, ada kepahitan yang terpancar pada sepasang mata mereka. Hakikatnya, keriangan anak-anak yatim di Rumah Perlindungan Al-Nasuha di Taman Gombak Permai, Pinggiran Batu Caves ini hanya seketika kerana orang tersayang tiada di depan mata.

Program bermula lebih kurang jam 1.30ptg di kawasan padang permainan berhampiran. Apa2 kita makan dlu... Hehehe.. Mestilah kena makan dulu ye tak, kalau tak nanti xde tenaga nak main sukaneka. En. Aiman (KCFM) selaku hos pd ptg itu memulakan xtvt dgn permainan cari gula2 dlm tepung. Pembahagian kumpulan dijalankan antara anak2 ini. Seronok melihat mereka ketawa, gembira bermain. Aktiviti ke-2 pula tiup belon dan akhir sekali Rebut Kerusi.

Cuaca pada hari tersebut agak mendung tapi alhamdulillah, masih belum nak hujan. Aktiviti diteruskan dgn pemberian hadiah kpd anak2 ini. Semua dapat hadiah. Selepas itu sesi penyerahan sumbangan kepada Umi oleh wakil2 kelab dan perseorangan yang hadir. Akhir sekali mestilah sesi bergambar beramai2 untuk kenang-kenangan. Selesai sahaja program tersebut, tak sampai 10 minit, hujan pun turun dengan lebatnya. Alhamdulillah.. Semoga KBKCrew dapat lagi bersama2 dalam menjayakan program sebegini. Insyallah..

Untuk makluman semua, Selain dari wang tunai mereka secara tetap sentiasa memerlukan barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, bahan-bahan perencah makanan, sabun basuh, sabun mandi, shampoo , pampers , kertas tisu dan lain-lain keperluan asas. Andai ada yg ingin membuat sebarang program, jemputan atau sumbangan boleh lah hubungi Umi.

INFO

RUMAH PERLINDUNGAN AL'NASUHA
No.5, Jalan GS 3/3 Gombak Permai
Taman Seri Gombak, Batu Caves 
68100, Selangor.
Telefon : 017-9354323 (Umi) 

Bank : Maybank
Nombor Akaun : 564829000530

Meh layan gambar yg ada. Sumber daripada page FLOC & KCFM.







0 comments: