Bismillahirrahmanirrahim,
Aktiviti TERJAH KASI PECAH air terjun diteruskan lagi. Berikut adalah rentetan aktiviti yang telah dijalankan.
Terjah Kasi Pecah di Lata Hammer, Pahang
Tarikh : 25 - 26 Jan 2012 (Rabu)
Masa : 6.30pg
Tempat : Air Terjun Lata Hammer, Bentong, Pahang
Aktiviti ini disertai oleh KBKcrew serta rakan bersama daripada The Media Shoppe (TMS). Antara yang menyertai adalah seperti berikut :
KBKCrew
* Rizal
* Zali
* Amat
* Amir
The Media Shoppe Crew (TMS)
* Akmal
* Aadrian
* Nanim
* Mila
* Nad
* Aini
* Bangun
* Sulthan
Aktiviti terjah bermula pada jam 6.30pg. Sebanyak 3 biji kereta diperuntukkan untk ekspidisi kali ni. Terima kasih kepada PROTON. Ekekeke...Setelah semua berkumpul, kami memulakan perjalanan menghala ke Negeri Pahang Darul Makmur. Melalui lebuhraya karak pada awal pagi memang menyeronokkan. Disebabkan kami semua belum bersarapan, kami singgah sebentar di RnR Genting Sempah untuk bersarapan. Settle sarapan, kami sambung perjalanan. Kesejukan mula terasa apabila kenderaan kami melepasi kawasan RnR Genting Sempah.