Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Feb 26, 2012

XTVT | Ops Sapu Bersih II - Open KBK Paintball

Bismillahirrahmanirrahim,

Aktitiviti pembuka tahun 2012 bermula dengan aktiviti paintball. Berikut adalah rentetan aktiviti yang telah dijalankan.

OPS SAPU BERSIH II | OPEN KBK PAINTBALL
Tarikh : 28 Jan 2012 (Sabtu)
Masa : 11.00pg
Tempat : Paintball Park Prevet Zone, Kuang, Sg Buloh, Selangor


Aktiviti ini adalah terbuka dan bukan hanya daripada rakan2 KBK tetapi campur dengan team FLOC iaitu FL Owner Club serta daripada team TMS. Antara yang menghadirkan diri pada aktiviti ini adalah seperti berikut :

1. Moque (KBK)
2. Pojie (KBK)
3. Yusman (KBK)
4. Rinto (KBK)
5. Zali (KBK)
6. Jai (KBK)
7. Aadrian (Team TMS)
8. Bangun (Team TMS)
9. Mijie (Team FLOC)
10. Mijie 1 (Team FLOC)
11. Hasbie (Team FLOC)
12. Aadrian 1
13. Aadrian 2
14. Aadrian 3
15. Jai 1

Seperti biasa sebelum permainan dimulakan, taklimat diberikan oleh marshall yang bertugas iaitu Bob. Untuk kali ini, kami bermain di kawasan hutan. Berbeza sedikit dengan keadaan semasa kami bermain di Tourbunkers. (Entry Lepas)

Harga untuk seorang pemain adalah RM75. Ia merangkumi 500 pallets, chest protector, face mask dan juga sarapan pagi. Perghhh, layan nasi lemak memmg terrbaekk. Permainan dimulakan pada jam 11pg. Terlewat daripada masa yang telah dirancang. Ini disebabkan oleh organizer iaitu Moq yang lewat kerana perlu pergi ke pasar dahulu membawa emaknya. Anak baik neh..yehhaa.

Kumpulan dibahagikan kepada 2. Selepas itu barulah permainan dimulakan. Hanya Moq seorang yang tidak bermain kerana mengalami kecedaraan di lutut akibat terjatuh semasa meredah sungai di Lata Hammer. (Entry Lepas)

Alhamdulillah, aktiviti paintball kali ini tamat dengan jayanya. Terima kasih kepada rakan yang hadir, team TMS dan team FLOC kerana sudi bersama-sama KBK dalam aktiviti paintball ini. Pihak kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa aktiviti dijalankan. Insyallah, berjumpa kita lagi di aktiviti akan datang.

Info : FB Paintball Park Prevet Zone





Jan 5, 2012

SHOUTMix ke Tag-world

Bismillahirrahmanirrahim,

Alorh2, shoutmix dah kono bayar la pulok. Kono lah cari alternatif lain tuk widget chatbox. Yolah, nak bayor2 ni mano lah kamibudakkampung mampu. Hek..hek..hek.. Konolah cari yang free2 ajo. Search punya search terjumpo la satu neh. Herm...ok kot neh. Amik keputusan pakai ni la pulak. Yeahh.. ^_^

Nov 9, 2011

5 MINIT | KELIP2, BAKAR IKAN & MANCING DI KUALA SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, amacam raya korban tahun ni, berapa ekor lembu, kijang, kibas, unta yang dikorbankan di tempat korang?

Aktiviti kami disini seperti korang jugak kalau waktu siang pada hari raya neh, pagi g mesjid, lepas tu lapah daging lembu, balik berehat. Cuma malam kami aktif sikit. Jom tengok aktiviti kami malam aidiladha lepas..

Aktiviti I : Melihat Kelip-Kelip di Kuala Selangor.
Jam : 6ptg
Crew : Moq & Zali

Ok, disebabkan ketidakwarasan dalam berfikir mula menerjah otak, x pasal2 ke Kuala Selangor. Aktiviti yang tidak dirancang sememangnya berbaloi2. Menyusur jalan Kg. Melayu Kundang menuju ke susur masuk lebuhraya LATAR. Lebih kurang 25 minit telah sampai ke Kg. Kuantan.

Hanya terdapat lebih kurang 5-6 biji kereta yang parking di luar kawasan menuju ke jeti. Jika dilihat ia seperti kawasan taman lipur. Segala kemudahan umum disediakan untuk pengunjung yang datang. Ada gerai makanan ringan, kedai cenderamata, tandas, bangku2 ditepi sungai serta tapak permainan.

Kaunter tiket hanya akan dibuka pada jam 7.45mlm hingga 10.30mlm. 1 sampan RM40 dan max 4 org. Terdengar azan dari masjid menunjukkan waktu maghrib telah tiba. Kami bergerak ke masjid dulu.

Lepas je solat maghrib, kami kembali semula ke jeti. Fuhh, tu dia ramai betul yang nak tengok kelip2 neh. Penuh jeti, tu belum yang beratur beli tiket. Disebabkan kami hanya berdua dan kos untuk naik sampan pulak RM40, kami tidak jadi untuk naik. Hanya berlegar2 di sekitar jeti.

Rasanya harga tiket RM40 itu terlalu mahal untuk pengunjung dalam negara. Mungkin untuk pengunjung dari luar negara boleh dikenakan charge sebegitu. Sekadar pandangan sahaja. Dengan pembelian tiket tersebut, ia dibekalkan sekali dengan air mineral. Hermm...

Jangan risau untuk naik sampan ini. Aspek keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan diberikan. Semasa melihat kelip2, dilarang sama sekali menggunakan kamera untuk menangkap gambar kerana cahaya 'flash' akan menganggu kelip2 ini.

Selepas snap 2-3 keping gambar, kami bergerak balik ke Sg. Buloh untuk aktiviti seterusnya.

Tol : RM4
Tiket : RM40
Info : Kelip-Kelip Kg. Kuantan.



**********

Aktiviti II : Bakar Ikan di rumah Amat.
Jam : 10mlm lebih kurang.
Crew : Moq, Zali, Rinto, Shahir, Sharin, Wan, Ipin, Amat, Napie, keluarga amat.

Sebelum aktiviti bakar ikan ni, kami berada di kedai makan sebelah kedai mek (kat paya jaras). Masing2 lapar, tp kedai ni penuh ngan orang, so makanan agak lambat jugak lah. Almaklumlah, ari raya mana ada kedai makan buka ye x.

Lepak2 minum, Sharin ajak pegi mancing kat Kuala Selangor. Ha, bab2 main terjah ni mmg suka betul lah. Lepas minum terus gerak rumah amat. Tau2 pulak perut tengah lapar, ado pulak aktiviti membakar ikan.

Bapak amat balik 30kg ikan talapia hasil menjaring di Puchong. Alhamdulillah, memang rezeki kami sebelum ke Kuala Selangor. So, aktiviti menyiang dan membakar ikan dijalankan. Kena pulak ada menu lemang, kuah kacang ngan sup daging. Fuhh, mengancam beb..

Sila layan gambar tu ye. Hehehe...

**********

Aktiviti III : Mancing di Sg. Kuala Selangor.
Jam : 12mlm lebih kurang.
Crew : Moq, Zali, Rinto, Shahir, Sharin, Wan, Ipin, Amat, Napie.

Perut pun dah kenyang masing2 melantak ikan bakar. Masa untuk menuju ke Kuala Selangor. Menyusuri jalan yang bengkang bengkok dengan hujan yang turun agak lebat
membuatkan Rinto perlu berhati2 ketika memandu.

Destinasi dilencong ke tempat mancing kolam dulu sebab keadaan masih hujan, pulak tu ayah amat dan kawan2nya ada memancing disitu. Untuk mancing di kolam tersebut, charge sebatang joran RM60, ha mancinglah sampai jam 7pg esok. Hehehe...

Tak sampai 15 minit, sekor ikan menyambar umpan. Ntah ikan apa x pasti la pulak. Ini gambarnya.
Lebih kurang 2 jam duduk di kolam tu, hujan pun dah beransur2 berhenti, kami terus bergerak ke jambatan Sg. Kuala Selangor untuk aktiviti mancing.

Ramai jugak yang memancing dari atas jambatan ni. Dinasihatkan kalau nak mancing atas jambatan ni, sila bawak baju sejuk. Soojukkkk weih..

Sharin bawak 4 batang joran. So mari kita memancing ikan. Kot2 la ade rezeki, dapat ikan duyung ke kan. Wallaweeeiii..

Mata pun dah berat, lebih kurang jam 5pg, kami bergerak balik ke Sg. Buloh. Sebelum tu singgah mapley dulu layan roti canai ngan teh tarik. Hasik mancing pagi tu, Sharin dapat 3 ekor ikan.. ^_^

Oct 22, 2011

Raya! Raya! Raya! Selamat Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, apa kabar semua? Harap kalian dalam keadaan yang sihat dan penuh bersemangat dalam meniti kehidupan di dunia ini. Apa tajuk ni? Raya? Dah 2 bulan kot berlalu aidilfitri, nak cerita apa lagi? Eh, sukati lah. Aku ada access tuk masuk blog ni..Cehh!! (berborak dlm ati sendiri).

Walaupun raya dah lama berlalu, tapi aku nak cerita jugak aktiviti sebelum raya kami sebagai budak kampung yang duduk di bandaraya. Eh, Sg Buloh bandar ke? :p

**********

 Seperti tahun2 lepas, sebelum masuknya 1 Syawal, kami mesti akan ke Jalan Masjid India (bukan kat India ye..) atau Chowkit. Sudah semestinya semua tau tempat ni. Popular beb..Ia menjadi kawasan tumpuan untuk mengabiskan duit bila ada perayaan. So, malam tu Moq, Aseng, Sam ngan Rinto pun terjah ke Jalan Masjid India. Misi utama adalah mencari baju melayu moq.


Dari satu kedai ke satu kedai kami terjah untuk mencari baju melayu yang diidamkan. Tapi almaklumlah, esok nak raya baju melayu pun dah kurang warna ngan saiz yang sesuai. Jalan dah penat dah, akhirnya dapat jugak baju melayu yang ok lah. Yeaahh, baju melayu dah dapat. So kami jalan2 lagi. Beser arr, duit dlm poket tgh juta2 neh. Mari kita berbelanja besar2. Pembaziran itu mmg best. Huhhuhu...


Walaupun jam menunjukkan ke angka 3pg, tp orang2 x jugak berkurang. Makin bertambah adalah. Diorang ni tak reti nak balik kampung ke. Lain lah kami ni memang budak kampung. Wah, membeli belah sungguh. Lagi beberapa jam nak sambut aidilfitri, hg barang musti turun punya. Sebab tu lah warga kota neh berbondong2 datang. Haehh~!!






Biskut raya dah ada, baju melayu dah beli, butang baju melayu pun cantek, apa lagi yang tak cukup ye. Herm, dah cukup kot. Jom balik, jap g nak g solat sunat aidilfitri. Yeeayyy, raya...raya...raya...

**********
 KamiBudakKampung mengucapkan 'Salam Aidilfitri Minal Aidil wal Faizin' buat ibubapa, rakan2 seperjuangan yg mengenali kami serta seluruh umat Islam dimuka bumi. Mohon maaf zahir dan batin sepanjang kita berkenalan di alam nyata mahupun di gerbang maya ini. ^_^

Aug 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H / 2011


Selamat berpuasa semua diucapkan dari kami KBK crew. Semoga amalan kita semua di bulan ramadhan untuk tahun 2011 ini diterima hendaknya.

Poser jgn x poser. kome sume dah beso panjang pun.. :)

Jun 8, 2011

XTVT | Ops Sapu Bersih - Paintball

Assalamualaikum semua,

Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria. Ahha, apa yang kami nak kongsi cerita kali ni erk? Jom tengok.

Ops Sapu Bersih - PAINTBALL
4 Jun 2011
Tourbunkers Paintball, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Antara rakan2 yang menghadirkan diri (dah pecah ikut group).

Group 1
1. Aki
2. Rinto
3. Moque
4. Heikal
5. Aadrian
6. Ajip
7. sulthan

Group 2
8.Jai aka abg bomba
9. Amat
10. Ipin
11. Pojie
12. Supi
13. Bangun
14. Wan

Photographer & Videographer
* Nasyrah Latif

Pada minggu lepas je, masih panas neh, kami telah pun mengadakan aktiviti bermain pintball. Apa itu paintball?

Ini adalah definisi kami sendiri. Paint = Cat and ball = bola, so makna paintball adalah catbola. hahahha..Bukanlah, Sebenarnya paintball ni adalah sukan extream yang dah popular di Malaysia. Kira cam main tembak2 lah. Tapi permainan ni kene ada strategi, kalau x mati woo kena tembak. Nak tau sejarah paintball ni, leh baca kat sini ---> |Sejarah Paintball di Malaysia|

Ok, sebelum ke medan perang, kami semua berkumpul di Petronas Saujana Utama. Lepas je cukup semua sekali, kami pun bergerak ke Tourbunkers. Perjalanan amik masa dalam 5 minit je. Dekat je sebenarnya. Sampai je Heikal dah menunggu. Yelah, mane x awal. Sepatutnya pukul 8 dah berkumpul. Ni masing2 hanyut. hahaha.. Pepun kita sarapan dulu sementara menunggu group dari Kelana Jaya.

Memang terrrbaeeeek lah nasi lemak kg congo neh. Sedap seh. Thanks Heikal sbb belikan. Sementara sarapan, group dari Kelana Jaya pun sampai. Settle je semua sarapan, kita dengar taklimat sejarah dan keselamatan dari marshall. Habis je taklimat, semua ambil maker dan pallets masing2.

Disebabkan kami ni ada 2 group je, so main tembak2 je lah. Xde mission2 bagai neh. sapa mati keluar. Apa pun xbleh. hahaha. Kami start main lebih kurang jam 10pg dan tamat jam 230ptg cmtu.





Kami main sampai 5 game. Untuk game yg ke-4, kami bergabung main dalam hutan fight team lain. Mmg mencabar lah main dlm hutan tu, x nampak langsung musuh.hahaha..Jai siap buat penyamaran lagi. Game ni main x habis pun musuh kene tembak sbb ikut masa. Tau2 dah 'game over'. Cehh, bengang je..




Last game kami pecah balik group dah main sampai habis pallets. Time ni mmg hardcore giless, tembak berkali2. Dah kene pun kene tembak lagi. Siap jadi red indian. Lololololololo...hahaha..apapun mmg best la kan. Lepas ni nak main lagi x? ekekeke..



Meh layan video jap ye..



Keputusan Paintball.
Game 1 : Group 1 menang.
Game 2 : Group 2 menang.
Game 3 : Group 2 menang.
Game 4 : KBK vs Team Luar. (x tau sape menang)
Game 5 : No Mercy. Tembak sampai lebam.

Tahniah & terima kasih pada semua yang menghadirkan diri bagi menjayakan aktiviti Paintball-KBK kali ini. ^_^

Untuk melihat gambar lain, boleh singgah di FB kami : KBKCrew - Ops Sapu Bersih -Paintball

Total Pageviews