Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Mar 28, 2016

XTVT | SANTAI DI AIR TERJUN JERANGKANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tarikh : 26 - 27 Mac 2016.
Tempat : Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang.

Aktiviti hujung minggu kali ini kami ke Maran, Pahang menerjah Air Terjun Jerangkang. Perjalanan dari Sungai Buloh menuju ke Masjid Kg. Paya Bungor lebih kurang 3-4jam. 

Ramai juga yang ada tapi ramai yang bersedia untuk masuk ke Air Terjun Bekelah. Terjumpa juga rakan-rakan daripada Team KCFM. Lebih kurang 7pagi kami menaiki lori menuju masuk ke Jerangkang.




Kawasan bawah mempunyai parking dan juga pondok serta tandas. Tapi tandas tidak berfungsi. Permulaan trek menaiki tangga dan seterusnya laluan bertanah yang mendaki sedikit. Boleh juga terus menaiki pajero atau 4x4 terus ke kawasan perkhemahan 1. Hanya 5 minit sahaja.


Sudah ada kumpulan yang memasuki awal dari kami. Agak ramai juga. Kami meneruskan perjalanan mendaki untuk mencari kawasan yang sesuai untuk memasang khemah. Lebih kurang 2jam melalui trek hutan kami sampai satu kawasan yang sangat sesuai untuk pacak khemah. Siap semuanya kami berehat-rehat sambil layan bunyi air terjun.


Alhamdulillah, cuaca baik tidak hujan dan aliran air sungai pun cantik. Apa lagi yang boleh dibuat dalam hutan sebegini,mandi, makan, berbuai atas hammock sambil layan angin dan memancing.







Esoknya lebih kurang jam 11pagi kami bersiap packing barang dan keluar dari kawasan perkhemahan. Lori akan sampai dalam jam 2ptg.




#mohonsampahbawakturunbawah
#bawapelampung
#bawalifejacket

0 comments: