Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 21, 2016

BACKPACKING TRIP | HO CHI MINH, VIETNAM (DAY 1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ini kali pertama backpack ke Ho Chi Minh atau dikenali dgn nama Saigon City oleh org tempatan. Tiket AA beli tahun lepas lagi masa ada promo. RM180 return. Alhamdulillah, kami berempat (Moq, Rinto, Ja & Xie) berjaya sampai di HCM. Meh layan...

Tarikh : 16 - 19 Mei 2016
Hari : Isnin - Khamis
Tempat : Ho Chi Minh, Vietnam

HARI PERTAMA.

Flight kami (A520) berangkat ke HCM jam 7pagi dan sampai di Tan Son Nhat airport lebih kurang jam 8pg (waktu Vietnam). Keluar je dari airport terus cari bas no 152. Naik bas lagi murah dari teksi kan. Tambang 5000vnd je. Pastikan no 152 sebab bas ini akan berhenti berdekatan dengan Pasar Benh Tan.




Dalam bas semua excited. Maklumlah first-time sampai HCM. Tapi nak turun mana tak tau. Pasar Benh Tan pun tak tau. Belakang ada sorang penumpang. Masing2 pandang muka masing2 suh tanya. Tapi nak speaking tu yang..alahai.. Baru nak buka mulut,

"Excuse me sir...Errr...errr.."
"Saya orang Malaysia"..balas lelaki tu.

Kami pun..Hahahha..masing2 gelak.

Borak-borak bas pun sampai di Pasar Benh Tan. Kami turun dan terus berjalan mencari hotel. Dekat 1 jam mencari hotel. Berpusing cari hotel tak jumpa. Jumpa 1 group dari Malaysia orang Sabah siap tolong kami cari lagi. Pusing punya pusing akhirnya kami pun jumpa hotel. Rupanya hotel kami ni jauh sikit dari kawasan Pasar Benh Tan. Apa yang penting turun je airport terus beli simcard ye. Jangan jadi macam kami huruhara cari jalan nak ke hotel.

gambar dari google picture

Kalau tengok kawasan hotel ni agak menakutkan tapi kata backpack kan. 2 hari kami menginap disitu alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku walapun baru-baru tu ada kes rakyat Malaysia meninggal dalam bilik hotel, tapi bukan hotel yang kami duduk. 

Nak mudah bagi rakyat Malaysia yang datang HCM ni, cari hotel berhampiran Pasar Benh Tan. Kawasan District 1, Jalan Nguyen An Ninh atau lebih dikenali dengan Malaysian Street. Disebabkan kami sampai awal, bilik belum siap. Kami pun letak beg dulu dibahagian receptionist dan terus keluar. Jangan risau tentang beg. Dijaga baik. Staf pun ok. 

Lokasi pertama kami semestinya ke Malaysian Street. Disitu je kalau nak cari makanan halal. Disebabkan masing-masing yakin bahawa Malaysian Street tu dekat dalam 15 minit berjalan akhirnya habis kawasan tu kami pusing. Dekat 1 jam jugak akhirnya kami sampai jugak. *Nangis*  (dlm hati seronok sebab nampak orang Malaysia)



Lepas makan kami pun terus masuk Pasar Benh Tan. Cadang nak survey dulu. Macam-macam ada dalam Pasar Benh Tan ni. Yang perempuan seronok la, macam-macam jenis kain ada. Penat berjalan kami sepakat untuk naik teksi je balik hotel. Jangan risau teksi banyak depan Pasar Benh Tan ni, dan yang penting ada meter. Tak sampai 10 minit kami sampai depan hotel. 

Sebelum tu kami survey dulu trip Mekong Delta dan ChuChi Tunnel. Masa nak check-in bilik ada kekeliruan berlaku. Mereka tak terima duit RM, padahal masa kami sampai dah tanya boleh bayar dalam RM, tup-tup sekarang tak boleh. Mereka terima USD atau VND sahaja. Selamat la cukup duit USD. *Nangis*



Malam tu kami keluar lagi ke Pasar Benh Tan. Hahahha. Shopping time.

Dua-dua berbalut kaki


p/s : Langsung tak ikut itinerary yang dibuat. *Nangis*

0 comments: