Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 21, 2016

BACKPACKING TRIP | HO CHI MINH, VIETNAM (CHU CHI TUNNEL - DAY 3)

HARI KETIGA

Yeah, hari ini macam biasa kami beli sarapan dulu di Malaysian Street sebelum menaiki bas menuju ke Chu Chi Tunnel. Sebelum sampai bas singgah di Handicapped Handcraft untuk melihat hasil kraftangan yang dibuat oleh rakyat Vietnam OKU.


Sampai di kawasan Chu Chi Tunnel, kami dibawa terus melihat sekitar kawasan dan terowong rahsia yang dibuat semasa Perang Vietnam-Amerika dahulu.







Kami juga ditunjuk dengan perangkap-perangkap yang dibuat. Banyak betul perangkap. Selepas itu kami dibawa ke kawasan menembak. Sesiapa yang ingin merasa bagaimana menembak bolehlah menyewa senjata disini. Berehat sebentar dan seterusnya kami dibawa ke pintu masuk terowong. Rasa la merangkak dalam terowong bawah tanah. Dah la gelap sempit pulak tu.











Keluar dari terowong kami dihidangkan dengan ubi kayu dan air teh pandan. Makanan inilah yang dimakan oleh mereka semasa perang. Sama macam kita orang melayu masa tanah melayu dijajah Jepun dulu. Bersyukur kita lahir zaman dah merdeka. Tapi merdekakah kita?




Akhir sekali kami dibawa ke satu tempat untuk menonton tayangan dokumentari keseluruhan yang berlaku ketika Zaman Perang Vietnam-Amerika dulu. Lebih kurang 40 minit tayangan dan kami terus menaiki bas kembali ke bandar.

Malam aktiviti terakhir kami untuk shopping.




HARI KEEMPAT.

Flight kami ke KLIA2 lebih kurang jam 830 pagi. Seawal jam 6pagi kami dah keluar dari hotel terus ke HCM Airport. Selesai trip Ho Chi Minh.

p/s : sayangnya kami tak bersekempatan untuk melihat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Ho Chi Minh. Next time lah datang balik.

0 comments: