Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Nov 9, 2011

5 MINIT | KELIP2, BAKAR IKAN & MANCING DI KUALA SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, amacam raya korban tahun ni, berapa ekor lembu, kijang, kibas, unta yang dikorbankan di tempat korang?

Aktiviti kami disini seperti korang jugak kalau waktu siang pada hari raya neh, pagi g mesjid, lepas tu lapah daging lembu, balik berehat. Cuma malam kami aktif sikit. Jom tengok aktiviti kami malam aidiladha lepas..

Aktiviti I : Melihat Kelip-Kelip di Kuala Selangor.
Jam : 6ptg
Crew : Moq & Zali

Ok, disebabkan ketidakwarasan dalam berfikir mula menerjah otak, x pasal2 ke Kuala Selangor. Aktiviti yang tidak dirancang sememangnya berbaloi2. Menyusur jalan Kg. Melayu Kundang menuju ke susur masuk lebuhraya LATAR. Lebih kurang 25 minit telah sampai ke Kg. Kuantan.

Hanya terdapat lebih kurang 5-6 biji kereta yang parking di luar kawasan menuju ke jeti. Jika dilihat ia seperti kawasan taman lipur. Segala kemudahan umum disediakan untuk pengunjung yang datang. Ada gerai makanan ringan, kedai cenderamata, tandas, bangku2 ditepi sungai serta tapak permainan.