Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 27, 2013

Ekspedisi ke Tasik Kenyir

Assalamualaikum,

Yeah, kali ini KBKCrew bersantai2 ke Tasik Kenyir, Terengganu. Setelah bermacam2 dugaan dan halangan yang menimpa, akhirnya trip kali ni menjadi. Ini antara kos yang agak tinggi bagi kami di KBKCrew. Maklumlah, sebelum2 ni aktiviti semua yang bajet2 je. Antara rentetan perjalanan kami di Tasik Kenyir.

Tarikh : 24 - 26 Mei 2013
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Taman Negara Kenyir, Terengganu

Antara rakan yang mengikuti aktiviti kali ini :
1. Pojie
2. Iwan
3. Ipin
4. Napi
5. Rinto
6. Zali
7. Moque
8. Kwn Zali

Jumaat (24/5/13)

Pergerakan bermula pada waktu malam kerana malam lebih sunyi dan tak banyak kereta. Hanya sesekali terdengar bunyi deruan angin pabila membuka tingkap untuk menghembuskan nafas dan asapnya sekali. Cewah, penulisan nak bergaya novel. :p

Kami berhenti di Petronas Al Muktafi Billah Shah jam lebih kurang 7.00 pagi. Kami melalui laluan Jabor untuk ke Kuala Berang.Keadaan di Petronas agak sibuk sedikit dengan kehadiran konvoi Triton yang agak ramai. Siap setting enjin ke ape kat petronas tu. Lebih kurang 1/2 jam berehat, kami meneruskan perjalanan. Pagi yg sejuk, nyaman dgn dikiri kanan pokok-pokok hutan.





Sabtu(25/5/13)

Tiba-tiba pertengahan jalan telah berlaku kemalangan. Salah sebuah Triton terbalik ke dalam paya. Mungkin akibat jalan licin. Kami berhenti sebentar untuk membantu tapi tiada apa yang boleh dibantu kerana sudah ramai yang membantu. So, kami pun teruskan perjalanan. Alhamdulillah, pemandu triton tu selamat.


Sebelum ke rumah Aseng (Azizul-rakan yg menguruskan permit di Kenyir), kami singgah sebentar di Pasar Besar Kuala Berang untuk membeli barang basah. Kalau tak beli atas bot nak makan apa kan. Siap beli barang semua baru gerak ke rumah Aseng yg terletak di kawasan perumahan staf TNB. Maklumlah, org letrik. Lepas kami ambil permit surat semua, kami terus bergerak ke Stesen Janaeletrik Sultan Mahmud, Kenyir. Dua pintu masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi dan Jenagor (ini yg kami masuk). Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong.


Sampai di pintu masuk TNB, kami perlu melaporkan diri dengan polis yg bertugas. Antara maklumat yg dikehendaki adalah maklumat diri, maklumat kenderaan, tarikh masuk dan juga keluar. Ini adalah untuk keselamatan andai ada apa2 yg berlaku. Kereta boleh parking di tempat yg disediakan. Sila bayar ye.. :)

Seterusnya dari parking akan ada lori yang akan pick-up untuk dibawa ke rumah bot. Kereta tidak dibenarkan untuk naik sampai ke empangan. Yeah, nak naik bot..nak naik bot.. rumah bot yg kami sewa agak biasa. bukan agak memang biasa sgt. Kira standart la. Takde tv, takde karaoke, takde astro. Ok la, nak benda tu semua baik tak payah pergi kan. Tapi klu bercuti dgn famili, ada anak kecil, better sewa rumah bot yg ada pakej2 tu, tp mahal lah.


Agak ramai juga kumpulan lain yg akan masuk ke Tasik Kenyir. Meriah lah nanti. Siap semua barang dinaikkan ke rumah bot, kami pun bergerak. Slow je rumah bot ni. Hahaha.. Sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan indah dan mempesonakan. Angin sejuk memukul2 lembut pipi. Fuhh, best wooo.. Tapi tak lama pun, masuk dalam bot bentang tilam terus tidur. Ada yg setting joran. Tak sabar le tu..



Kami base di dalam kawasan Taman Negara Kenyir. Ada la dalam 2-3 rumah bot lagi. Apa lagi, tempat pun dah sampai, kita mancingggggggg... Hahahha... Orang pertama yang berjaya menaikkan ikan di Tasik Kenyir adalah Moq. Bengkek je yg lain. Yelah, mancing tak pandai tapi berjaya naikkan ikan. Nasib la katakan. Lepas je naik seekor, masing2 mula menunjukkan ketereran. Ada yg jampi2, ada yang perasap joran. Siap ada yg terjun dalam tasik panggil ikan. (Ok, semua kat atas tu tipu je..)



Chef kami sepanjang kami disana adalah Napi. Baek punya kari woo. Sedap bak ang. Inilah kerja kami sepanjang hari sampai malam. Mancing, makan, mancing, makan. Telefon simpan dalam beg. Aman je.




Ahad (26/5/13)

Pagi ni kami terus memulakan perjalanan pulang. Tapi tekong kami akan singgah dahulu di Sungai Lasir. Air terjun sebenarnya. Puas mandi di air terjun, terus gerak ke empangan. Alhamdulillah, tamat ekspedisi kami di Tasik Kenyir. Insyallah, jika panjang umur kami akan redah Royal Belum atau Tasik Banding di Gerik, Perak.













Gambar 1 : Lihat Album I
Gambar 2 : Lihat Album II

NOTA :-
  • Barang mentah untuk dimasak perlu beli & bawa sendiri
  • Perlu memasak sendiri untuk makan
  • Pastikan membawa air minum mencukupi
  • Harga bagi sebuah bot = RM 1900 (bot bergantung kepada keperluan jumlah peserta & availability)
  • Permit masuk Taman Negara & etc = RM 15 (anggaran sahaja dan perlu dibayar sebelum masuk ke tasik. Pembayaran akan dibuat oleh pemandu bot. Duit utk bayar perlu diberi kepada pemandu bot awal)
  • Bawa pakaian yang mencukupi
  • Bawa ubat2an
  • Bawa joran sendiri, lampu suluh & etc
  • Tol Pergi Balik (Gombak-RM10) + (Bentung-RM6) + (Jabur – RM42) : RM58
  • Minyak (Pergi + Balik – RM150)

0 comments: