Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Feb 20, 2008

Tatacara Perkhemahan

Tatacara Perkhemahan.

1. Berkhemah dalam kumpulan kecil - bilangan besar dengan ketenangan tak selari.

2. Rancangan aktiviti anada untuk mengurangkan sampah – jauhkan botol dan tin.

3. Bawa keluar apa yang anda bawa masuk – ambil bersama anda sampah yang tiada terbakar. Menanam tidak sesuai kerana cuaca dan binatang akan mengeledah.

4. Ikut trek atau laluan yang sedia ada – jangan merentas sesuka hati.

5. Kecilkan pembinaan tapak perkhemahan. – Jangan memusnahkan tumbuhan.

6. Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah orang – hormati pesanan orang.

7. Jangan gunakan sabun atau lain bahan cucian di sungai atau tasik. Ambil air ke khemah anda supaya air yang di pakai meresap ke tanah.

8. Tanamkan najis – pilih tempat yang sesuai, jauh dari air dan kawasan perkhemahan, gali lubang dan pastikan anda kambung dengan tanah.

9. Dapur bergerak adalah lebih baik dari kayu api, kayu kering ada peranannya dalam pusingan alam semula jadi.

10. Kalau menggunakan kayu, pastikan api anda kecil dan jimatkan penggunaan kayu. Pastikan juga pai di padam betul-betul sebelum meninggalkannya.

11. Jaga hidupan dan tumbuhan liar. Awasilah perseimbangan alam kerana anda adalah sebahagian daripadanya.

<< kembali

0 comments: