Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Jul 12, 2008

Gunung Datuk - Part 3

huiii..dah smpi part 3 cite pasal ke gunung datuk neh..ekeke..mungkin ni episod yg terakhir..lama2 pending cerita neh, lupa pulak nnti..aku smbung balik..kat mne ye berenti ari tu..ooo..smpi kat checkpoint 1 masa zali nak turun..hehehe..tp semangat dia tinggi..kuat..so dia naik balik..so aku lps dia smpi kat point aku, bg dia rehat jap..dalam 10 minit br kami gerak balik mendaki..

Trek seterusnya tidak spt sebelumnya, ada masa mendaki dan kadangkala trek yg mendatar..setelah berhempas pulas mendaki, akhirnya..aku dan zali smpi ke puncak..lebih kurang pukul 12 tghari...bebudak tgh cbuk masak mggi..ramai betul org kat puncak gunung datuk..ada la dlm 20 org..kami lepak jap makan, lepas ramai yg dah turun, br kami naik ke puncak..

Hilang rasa penat mase mendaki..tp utk smpi ke puncak yg paling tinggi, kami perlu menempuhi beberapa tangga besi yg akan membuatkan hati kecut sedikit..keadaan yg berkabus menyekat sedikit pemandangan sekitar puncak gunung..Sememangnya menakjubkan ciptaan tuhan..indah..sungguh indah..bila kabus hilang ditiup angin dan ditelan cahaya matahari..hahaha..ayat novel la pulak..tp mmg betul..klu korang x percaya, korang leh pegi n hayati sendiri keindahannya..

lebih kurang 1 1/2 jam kami di puncak, kami pun berkemas utk turun..turun ke bawah tidaklah memenatkan sgt tetapi kekuatan kaki dan tumit amatlah penting..ini kerana silap langkah, mungkin kaki akan krem..itu akan membuatkan perjalanan turun kebawah mengambil masa yg panjang..Amat, Napie, Amir, Wan dan lain2 semua berlumba turun kebawah..yg tinggal di belakang aku, zali n rinto..ada lg team lain kat belakang..

Masa turun, kami berselisih dengan team yg br nak naik..melihatkan peralatan yg dibawa oleh mereka, aku mengandaikan mereka akam bermalam di puncak..herm...Alhamdulillah, tiada kejadian aneh berlaku sepanjang kami mendaki, cuma mungkin aku yg dalam ilusi sendiri..kerana semasa aku dan zali sudah hendak smpi dibawah, tiba2 ada seseorang yg memanggil nama aku dibelakang..aku toleh kebelakang xde sesiapa..ada la dlm 3x nama aku dipanggil, tp aku tak menyahut pun..hehehe..paham2 dah lah..:)

kami sampi dibawah lebih kurang pukul 5.30 ptg..berehat dulu dipondok rehat yg disediakan di kolam mandi..perghh..penat bukan main lg..hahaha..lepas hlang penat, kami pun setup khemah..pembahagian kerja dilakukan utk kelancaran kerja..ekeke...aku n amat keluar jap beli ayam..hehhe..mlm neh nak buat ayam bakar @ panggang..yumm..yumm..

Keadaan disini amat menyamankan..dr perjalanan turun td..sudah kedengaran bunyi gong dan alat muzik yg lain..rentaknya menenangkan hati dan jiwa..rupa2nya didewan ini ada latihan caklempong..ada kelab mereka dan mereka membuat latihan di dewan itu..herm..itu salah satu promosi bg org ramai yg ingin mendaki, bukan sahaja mereka dapat mendaki tetapi dapat belajar budaya muzik masyarakat N.9...smpi ke malam..selamat khemah kami dekat dgn dewan..so tak la sunyi sgt..

Mlm tu meriah..hahaha..meriah dengan gelagat zali...ekeke...biarlah hanya kami je yg tahu dan ia mmg tersemat dlm ingatan..:)..pagi tu aku antara yg paling awal bangun..gerak danger utk siapkan sarapan..yeahh..srpn pg ni, sandwish sardin, biskut n ayam bakar mlm td..ehehe..Lepas semua dah bersiap..dlm pukul 11 lebih, kami pun gerak balik...satu kereta menghala ke melaka..dan satu lagi menghala ke sg buloh..sebelum tu sempat lepak minum dulu kat warung..kira last touch n go la..hahaha...

so ...misi kamibudakkampung ke Gunung Datuk berjaya..thanks buat semua rakan2..:)

0 comments: