Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 3, 2014

[Musi Triboatton 2014] Day 1 - Terbang ke Palembang.

Ok, kami bergerak sehari awal daripada tarikh yang ditetapkan kerana tiket Airasia pada hari Ahad itu lebih murah berbanding hari Isnin. (kes lambat beli tiket).

Penerbangan ke Kota Palembang dari KLIA2 mengambil masa 1 jam 45 minit. Masa di Palembang adalah lewat 1 jam berbanding di Malaysia. Makanya flight kami jam 8.45pagi waktu Malaysia dan smpi di Airport Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang jam 9.00pagi waktu Indonesia. Yakan.. 

Sarapan sebelum menaiki kapal terbang

Antara borang yg perlu diisi
Sebelum ke Palembang, kami sudah membuat survey di Agoda.com untuk hotel budget. Terdapat beberapa hotel dalam list kami. Antaranya, Hotel Inn, Sofyan Inn, IP Hotel dan Amelia Kost Boarding House. Kami meminta Pak Yus iaitu pemandu teksi Blue Bird untuk ke Hotel Amelia. Disebabkan Hotel Amelia terletak di bandar, bayaran teksi adalah 100ribu RP. Setelah berbincang, kami pun bersetuju. 

Untuk ke bandar, kami menaiki teksi Blue Bird. Wow, Proton Saga FL. Yup, mengikut kata Pak Yus, pemandu teksi tersebut, kebanyakan teksi berwarna biru adalah daripada jenama Proton. Tambang untuk ke bandar hanya 100 ribu RP. Perjalanan ke bandar mengambil masa lebih kurang 1/2jam jika tidak macet. Peramah Pak Yus ni, banyak juga perkara berkenaan Palembang yang diceritakan.


Sampai di Hotel Amelia, kami seperti terkedu seketika. Adakah ini hotel budget? Seperti hotel 4 bintang. Siap ada bellgirl lagi bawa beg kami letak depan kaunter. Biar betul ni. Takpe, tanya dengan receptionist berapa rate 1 malam. Nah, confirm salah hotel Pak Yus bawak kami ni. Bila tengok balik nama hotel dgn yg ada dlm list, mmg confirm salah. Satu Emelia Hotel, yang budget Amelia. Mana mungkin hotel budget rate 1 malam smpi 400ribu RP. Kami pun keluar.

Disebabkan tak tau nak kemana dengan beg lagi, kami terasa seperti pelancong. Memanglah pelancong yakan. Jalan punya jalan ternampak restoran VICO. Ya, Pak Yus ada cerita kalau nak makan Pempek boleh ke kedai itu. Kami pun decide utk makan dulu sblum memikirkan arah tuju kami. Agak ramai orang dalam kedai. Blur je muka kami dalam tu. Tak tau nak order apa. Haahaha...

Datang waitress memang teruk kena tanya. semua dalam menu kami tanya. At the last, kami order Pempek, Sup, Teh O Ais dan Cincau. Yang peliknya air cincau di sini seperti abc. Hahaha, kesian  Rinto. Pempek ni bentuknya seperti fishball dan ia diperbuat drpd ikan dan sagu, dicicah brsama cuka (spt kicap masin). Total makan dalam 85ribu RP. Kami betul2 asing sekali disini. Dengan ringgit yg main ribu2. Hahaha...

Pempek dan Es Cincau
Lepas makan, kami terus masuk ke PIM iaitu Palembang Indah Mall. Orang sini panggil PIM shj. Jalan2 dalam shopping complex ni. Misi seterusnya membeli kartu. Setelah membelek2 dan dipengaruhi oleh cewek yg manis, terus Rinto membeli kartu jenama simPATI dari Telkomsel. Kosnya 80ribu RP sekali dgn kreditnya. Ini yg paling bagus untuk internet dan juga call. Yakan.. Setel beli kartu.




Berbual sebentar dgn cewek manis penjual kartu tersebut, beliau memberitahu terdapat hotel budget berhampiran PIM ini, namanya IP Hotel. Terbaek, ada dalam list. Terus kami keluar mencari IP Hotel. Tidak sampai 10 minit berjalan, ternampak signboard diseberang jalan. Alhamdulillah. Kita check-in dulu. Staf IP Hotel ni memang peramah.


Sebabkan masih awal, kami berehat2 shj didalam bilik sambil menonton Boboiboy. Disini paling famous Upin & Ipin. Bila kami cakap dari Malaysia, terus dibilang ayam goreng.. Hahahha..

Lebih kurang jam 5.00ptg, kami keluar untuk berjalan2 melihat sekitar Kota Palembang. Kami ingin ke Jambatan Ampera atau Benteng. So untuk ke Benteng, kami menaiki 'Ojek'. Untuk 2 orang tambangnya 30ribu RP. Menaiki Ojek dgn tidak memakai helmet seperti jalan2 di kampung walaupun di bandar. Disini hon digunakan dgn perasaan yang waras, tidak seperti di Malaysia. Hahaha..

Ojek dihujung jalan menunggu pelanggan

Menaiki Ojek
Ojek membawa kami melalui jalan2 dan lorong2 perumahan yg kalau digambarkan seperti jalan belakang di Lorong Haji Taib, KL. Nama benteng ni adalah Benteng Kuto Lama. Tapi orang tempatan panggil benteng shj. Baru nak berjalan, tiba2 hujan lebat. Tak lama, dalam 10 minit hujan pun berhenti. Dari benteng, tersergam permandangan indah Jambatan Ampera dgn lampu neon. 

Mengambil angin di Jambatan Ampera
Diseberangnya pula terdapat Kampung Kapitan. Di pinggir Sg Musi kelihatan gerai di dalam bot. Tidak pasti apa yg diniagakan. Terdapat juga mall kecil yg dipanggil Ampera Convention Centre (ACC). Di dalamnya hanya ada 2 restoran iaitu KFC dan juga J.CO. Mungkin masih belum siap sepenuhnya. Waktu malam agak meriah, mungkin disinilah tempat mereka beriadah kerana terdapat kawasan lapang dan pentas. Mungkin juga andai ada acara rasmi atau karnival dsbnya, tempat ini akan digunakan. Kemudahan asas seperti mussola juga disediakan. Kelihatan tandas awam diseberang jalan. Bayaran masuk hanya 1ribu RP kalau tak silap.

Warung Bot
Kami singgah sebentar di salah satu warung menjual bakso di hadapan ACC. Bakso disini berlainan dgn di Malaysia. Selepas berbual sebentar dgn penjual bakso dan ibunya, kami meneruskan aktiviti jalan2 di pinggir Benteng Kuto Besar.

Menikmati Bakso panas

Manual bukan pakai syiling
Tauhu Goreng
Gerai makan
Aktiviti perniagaan kecil-kecilan aktif disini. Pelbagai barangan dijual. Ia seperti Uptown. Selepas habis berjalan, kami pun pulang ke hotel dengan menaiki Ojek. Tetapi kami singgah sebentar makan malam di hadapan hotel. Sedang kami makan datang seorang remaja bermain gitar. Erm, inilah Pengamen mungkin. 



Pengamen bersama gitar kecilnya
Esok pagi kami perlu ke airport berkumpul dgn Uncle N The Gang. So, esok status kami bertukar menjadi warganegara Brunei Darulsalam.

Macet - Kesesakan Lalulintas
Yakan - Iya
Kartu - Simcard
Cewek - Gadis
Dibilang - dikatakan
Ojek - Teksi Motorsikal
Pengamen - Penyanyi Jalanan

[Day 4]-Kehidupan Di Pinggir Sg Musi.
[Day 5]-Ke Sekayu menaiki Jukung.
[Day 6]-Sarapan Pagi Gulai Sekayu.
[Day 7]-Majlis Penutup di Jambatan Ampera.
[Day 8]-Pulang ke Malaysia.


0 comments: