Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 15, 2014

[Musi Triboatton 2014] Day 2 - Kami Orang Brunei DarulSalam.

Selamat pagi Kota Palembang.

Pagi ni kami bergerak ke airport untuk bersama2 dengan uncle n the team (Uncle aka Cikgu Ismail, En.Md Noor, En.Acad, En. ApiEn. Lan Komando, En. Lan Bomba, DakAbo dan Fitri). Lepas je isi nama dalam borang yg disediakan, dgn rasminya kami adalah warganegara Brunei. :p 

Wakil Brunei Darulsalam


Setiap negara mempunyai L.O (Liaison officer). LO kami Lutfi namanya. Pelajar daripada Politeknik Negeri Sriwijaya. Beliau akan bersama dgn kami setiap masa bagi menjaga kebajikan. Bersama kami juga adalah Pak Bambang. Beliau adalah polis yang akan bersama2 kami sepanjang event berlangsung bagi menjaga keselamatan semua. Ada 2 lagi negara yg bersama2 kami iaitu Filipina dan juga Singapura. Perjalanan kami hari ini adalah menuju ke Pagar Alam yg mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jauhnya ai..

LO - Lutfi sedang beri makan pagi
Sebelum meneruskankan perjalanan, kami semua singgah sebentar di restoran berdekatan untuk minum pagi dan mengambil makanan tengahari. Dapatlah merasa kopi Palembang, dapat juga bergambar bersama staf restoran yg peramah lagi manis, yakan. Pantang diorang ni.

Bas kami sepanjang minggu

Keadaan dalam bas

En. Md Noor sedang bg taklimat

Minum pagi dulu

Makan siang



Lepas shj minum pagi, kami pun bergerak ke Pagar Alam.  Aktiviti dalam bas hanya tidur, bangun, makan dan tidur balik. Itu pun tak sampai2 lagi. Lebih kurang jam 3.30 ptg, kami berhenti di Lahat untuk makan petang. Disini kami disertai oleh 3 orang supporter daripada Universiti Sriwijaya (Yudi,Dila, seorg lg x igt namanya..asyik tidur je dlm bas..) Hahahha..

Stesen minyak
Suasana dalam bas terus berubah lps mereka bersama kami. Lebih ceria dan terasa bersemangat. Yakan.. :p Macam2 yang dibualkan, banyak jugak yg dipersoalkan. Lebih kurang jam 6.00 ptg, kami sampai di Pekan Lahat. Kami berhenti sebentar kerana terdapat rakan yang mahu membeli kartu. 

Awan gelap mula berarak perlahan menandakan hujan bakal membasahi Pekan Lahat. Hari pun sudah semakin gelap. Sempat juga kami membeli Murtabak Manis yg bentuknya spt Apam Balik tetapi sedikit berbeza intinya. Perjalanan diteruskan..

Jalan menuju ke Pagar Alam agak berselekoh. Disebabkan hujan yg sgt lebat, membuatkan supir kami memandu dgn perlahan. Kalau ikutkan initery kami malam ini ada majis perasmian, tp tak sempat. 

Pekena air halia sebelum tidur. Ceh..
Akhirnya, lebih kurang jam 9.00 malam kami sampai di Pagar Alam. Hujan masih belum berhenti. Sejuk banget. Kami bermalam di sini sebelum esok pagi berangkat ke Empat Lawang bagi acara pembukaan.

[Day 4]-Kehidupan Di Pinggir Sg Musi.
[Day 5]-Ke Sekayu menaiki Jukung.
[Day 6]-Sarapan Pagi Gulai Sekayu.
[Day 7]-Majlis Penutup di Jambatan Ampera.
[Day 8]-Pulang ke Malaysia.


0 comments: