Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Nov 28, 2009

Salam AidilAdha 2009

Salam buat semua rakan di KBKcrew, semalam tanggal 10 Zulhijjah 1430h, kita semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha atau dikenali dengan Hari Raya Korban. Ketika itu juga umat Islam di Mekah semakin tiba ke penghujung dalam mengerjakan ibadah haji.

Apakah yang menjadikan AidilAdha itu lebih meriah?
Sudah pastilah kerana adanya ibadah korban, iaitu menyembelih haiwan ternakan tertentu sebagai suatu tuntutan ibadah kepada Allah. Lazimnya kalau di negara kita, lembu adalah binatang popular untuk dikorbankan.


Wahai Rasulullah,apakah erti korban ini? Jawab Rasulullah…itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim.
Sahabat bertanya lagi, apakah keuntungan korban ini? Tiap2 bulunya merupakan satu hasanah iaitu satu kebaikan…jawab Rasulullah.

Jika dihayati dengan lebih mendalam, kita harus menghayati falsafah disebalik sebuah pengorbanan kerana itu bakal menjadikan peribadi diri kita lebih kuat dan matang. Pengorbanan kita untuk hari ini, sudah tentu akan dibawa untuk hari kemudian. Justeru, sebagai penulis blog KBKcrew ini, pengorbanan masa yang diberikan untuk segala perkongsian maklumat mungkin sedikit sebanyak akan dinilai oleh-Nya.

Aku pasti, korang juga punyai banyak pengalaman tentang pengorbanan yang telah, sedang atau mungkin akan dilakukan. Pengorbanan aku sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Jika pengorbanan itu dikongsikan di sini, sudah pasti kita semua akan mendapat nilaian terbaik untuk diri sendiri.

Apa yang telah kita semua korbankan...?

Berkorban pelajaran demi keluarga?
Berkorban cinta demi keluarga?
Berkorban kerjaya demi diri sendiri?
Berkorban harta dan wang ringgit demi keluarga, sanak saudara atau siapa sahaja?

Apapun, KBK crew disini mengucapkan
Salam AidilAdha buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan-Nya.