Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Aug 11, 2009

Berkhemah di Air Terjun Berkelah bersama CrewTMS

Salam semua,

Sudah semestinya tempat yang kami paparkan ini telah ada di entri yang lepas. Kali ni salah seorang daripada KBKcrew telah berpeluang sekali lagi memasuki Hutan Air Terjun Berkelah di Pahang kerana membawa rakan2 sepejabat iaitu daripada TMS merasai pengalaman berkhemah di disana.

Kita ikuti rentetan perjalanan mereka.

Berkhemah di Air Terjun Berkelah, Pahang
Tarikh : 7 - 9 Ogos 2009
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Hutan Air Terjun Berkelah, Pahang
Crew : Moque (penulis), Zali (Cameraman), Bro, Nanim, Intan, Nad

Jumaat (7/8/09)
Aku, intan ngan zali sudah berada di rumah nanim utk membuat persiapan akhir iaitu memeriksa peralatan yg akan dibawa ke sana nnti. Masih menunggu Bro dan Nad yang masih belum sampai. Selepas Nad ngan Bro sampai, kami membahagikan peralatan yang ingin dibawa kedalam beg masing. Jam menunjukkan jam 1.00 pagi.


Sabtu (8/8/09)
Dengan 2 buah kereta kami meredah pagi menuju ke Maran, Pahang Inilah semangat cintakan hutan..Cewaahh..haahha..Perjalanan dr gombak ke Kg Gelugor, Maran mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Itu pun ada singgah kedai2 mana yg buka, sbb kami ketinggalan gula..hahahah..bkn gula je lupe, nugget, hotdog pun sama..ada dlm peti ais umh nanim. Habis petronas ngan 7E kami gegar, semua xde gula..Kebetulan pula mmg gula tgh xde. kira cam krisis gula la jugak..hahaha..

Kami sampi di masjid Kg. Gelugor lebih kurang jam 5 lebih. Aku dah agak, mesti ramai yg dah sampai. Ada beberapa kereta ngan bas dah parking elok je depan masjid. Aku tgk jam ditangan masih awal. Azan subuh pun belum lagi. Nad, Intan, Nanim ngan Zali dah terlentok tidur dlm kereta. Tinggal aku dgn Bro kat luar. Herm..awal lagi, so aku ajak Bro g sarapan dulu. Mungkin kita boleh gerak masuk dlm pukul 7pg.

Wahh, pekena roti telur ngan teh o..Layan seh..Cuma Nad ngan Intan yang tak turun sarapan. Mengantuk kot. Biarlah.. Lepas sarapan, lebih kurang jam 7.00 pagi, kami terus menuju masuk ke Hutan Berkelah. Daripada jalan besar ke kawasan Hutan Berkelah mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Melalui jalan tanah merah. Kita juga boleh memasuki dengan menaiki lori yang disewa. Bayarannya juga agak murah iaitu RM5 seorang utk pergi dan balik. Kami terus bawa masuk kereta jerk.ahaks..


Sampai dikawasan parking hutan berkelah, dah banyak kereta. Mungkin dah ada pendaki yang memasuki kawasan awal pagi td. Ada juga sepasukan renjer hutan yang sedang berkawad. Tak pasti apa yg dilakukan. Mungkin hari tu hari pembersihan hutan beramai2 kot..Bagus lah tu.

Kami bergerak menuju ke camp site pd jam 8.00 pagi. Suasana pagi tu aman dan sejuk. Kami melalui trek bersimen lebih kurang 500m dan slps itu barulah melalui denai2 kecil. Kelihatan disebelah kanan trek adalah laluan air sungai yang kering. Mungkin disini musim kemarau. air tak naik smpi ke sini. Kami berhenti rehat disetiap check point yang telah ditanda oleh aku sendiri. Tanda dlm ingatan jerk..tak buat tanda kat pokok pun. Sbb dalam hutan, kita perlu alert dengan persekitaran. Melainkan malam..siang dengan malam lain woo dalam hutan..


Kami sampai di camp site yang pertama. lebih kurang 1 jam lebih berjalan dr bawah. Waah, sungguh2 menyeronokkan. Ada lebih kurang 6-7 buah kemah telah didirikan disitu. Ada yang tgh bat sarapan, mandi, pasang hammock. Hammock ni cam buaian. ^_^. Kami sempat berbual dgn brother kat situ yg smpi awal.

Bro 1 : kat atas camp site penuh.
Moq : Ye ke bang..adess..cano neh..

B
ro 1 : Kalau nak naik jugak nak tgk keadaan, naik lah,leh letak brg kat sini dulu.
Moq : Cane korang ?



Kami sepakat nak naik terus je. Sbb ada beberapa org dah turun bawah. Terima kasih kat bro tu yg sudi menumpangkan site sementara. Inilah yg dikatakan ukhwah sesama. Tolong menolong walaupn tak kenal. Keadaan semua org pun ok lagi. Takde yang injured . Aku tgk Nanim bersemangat dan lebih bertenaga. Berbeza waktu treaking di FRIM ari tuh. Yeahhh, kau mampu lakukan.

Kami sampai di campsite kedua. Alhamdulillah, ada satu camp site seberang sungai, berdepan dari camp site yg kami tu ada lagi beberapa group yg dah berkhemah. Ada juga teman mlm ni. Maknanya teman berkhemah, bukan group kami jer lah yg ada kat situ. So klu ada berlaku kecemasan ke, senang.. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami pun terus buka peralatan. Moque dan Zali sibuk memasang flysheet utk dapur. Bro, Intan, Nad ngan Nanim pula menyepahkan khemah. hahahha...Jadi jugak diorng ni pasang khemah.


So semuanya dah selesai. Khemah tuk dapur dah siap. Khemah tuk tidur pun dah siap. Masa tuk masak. So chef kami hari tu adalah Nanim. Yeahh..dibantu oleh Nad ngan Intan. hehehhe...pandai diorg masak beb. Menu tghari tu mmg menyelerakan perut yg mmg2 lapar. Ada nasi putih, sardin goreng kering (first time aku mkn lauk neh), telur dadar + air teh o panas..Perghh, layan..burrpp, alhamdulillah..Lepas mkn semua nak landing..muahahha..keadaan agak panas. Cari port nak tido je lagi nih..Mandi nnti ptg2 sikit.

Petang tu aktiviti kami mmg mandi jerk..Panas kan..So berendam je lah..Mandi, lepak, pastu mandi lagi, lepak, makan...hahahaha..Stok makanan mmg banyak kami bawa walaupun ada yg tertinggal. Pendek kata, insyallah tak terputus bekalan makanan.
Siang pun melabuhkan tirainya dan malam pun datang. Kami tak buat apa2 aktiviti pun selain berbual, melihat bintang..Ini disebabkan kecuaian kami sendiri yang terlupa membawa kad UNO. Hahahaha...klu x mmg meriah campsite kami ni. Selamat lah siang td dah cari kayu tuk buat unggun api. tapi x lah besar mana pun. Jiran khemah kami dr petang td asyik main meriam. Diorang buat meriam tu..hahahha..

Tau2 semua dah masuk khemah. Tinggal aku ngan Zali kat luar. Memang lah kat luar sebab diorang tido kat hammock. Aku x pasti aku tido kl bape..tau2 ada org kejut tgh mlm minta teman buang air..hehehhe..Malam tu aku kene hempap. ye beb, kene HEMPAP!!! ini salah satu kejadian dlm hutan yg aku tak leh lupa..hahahaha..biarlah jd rahsia kami.

Ahad (9/8/09)
Awal aku bangun pagi tu, lepas tu Zali..Masak air dulu. tu yang penting. Pastu mama nanim bangun. yeahh, chef sudah bangun..hahahaha..Special pagi tu sarapan kami, ada nasi goreng + garlic bread + sup cendawan + teh o panas. Alhamdulillah, terima kasih pd chef nanim ngan zali.

Lepas je sarapan, apa lagi aktiviti kami..MANDIIIII...yeahhhh...hahahhaa...


Kami berkemas lebih kurang jam 12.00 tghari. Sbb nak keluar sampi di jalan besar dlm jam 2.00 ptg. Selesai berkemas, kami sempat amik gambar beramai2 dulu utk kenangan. Alhamdulillah, sampai di luar lebih kurang jam 2.00 ptg, bersihkan diri terus grak balik ke K.L.


Kos perkhemahan kami disana seorang lebih kurang RM 50 ++. Murah kan. Ini lah yg dipanggil perkhemahan bajet. Hahahahahha...Jumpa lagi..Salam.


0 comments: