Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Sep 13, 2009

Berbuka Puasa Bersama Crew KCFM

Salam semua,

Semalam beberapa rakan KBKcrew telah pergi ke Casa Rachado P.D. Takkanlah buat aktiviti tali kot, bulan puasa ni..Tak larat..hehhe.. Kami pergi berbuka puasa anjuran KCFM atau Kampung Chat.FM. Ini salah satu komuniti radio online. Kita ikuti rentetan perjalanan yg disediakan oleh moque. ^_^

Berbuka Puasa Bersama Crew KCFM
Tarikh : 12 September 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Casa Rachado Resort Port Dickson
Crew : Moque (penulis), Rinto (Cameraman), Gmie, Bro, Zali

3.00 petang
Kami bergerak dari Sg. Buloh menuju ke Damansara sebab nak pick-up salah sorang rakan. Nama dia Akula. Salah sorg otai dalam KCFM jugak neh. Keadaan jalan tak berapa sesak. Melalui jalan Sg. Buloh - Subang dan keluar ke Jalan Kota Damansara. Sampai dirumah Akula, tunggu dia jap. Sebab dia sakit perut, so perjalanan kami yang dirancang untuk bergerak ke P.D dalam jam 3.30 petang ditunda hinggalah jam 5.00 petang.

5.00 petang
Kami terus gerak dengan menaiki van yang boleh muat 7 orang dewasa yg sedang kelaparan. Ye, amat2 lapar dan dahaga. terus masuk highway menuju ke selatan. Daripada Kota Damansara, keluar melalui susur masuk ke highway ELITE menuju ke Sg. Besi. Zali memandu dengan agak berhati2 walaupun kadang2 van tersebut dibawa lebih daripada yang sepatutnya..hahahaha..mmg tak patut.

7.15 petang
Kami baru sahaja melepasi Tol Port Dickson. Bajet smpi dlm kul 7 tapi disebabkan jalan yang sesak td, lambat jugak sampainya..Mmg dah nampak berbuka dalam van. Selamat dah beli awal2 air kotak ngan roti. Hai, nasiblah ..hahaha..
Allahummalakasumna Wabikaamanna...selamat sudah puasa hari ni.. Layan hisap rokok dulu..ahaks..

8.00 malam
Labih kurang nak dekat pukul 8 kami sampai di Resort Casa Rachado. Mmg xde jumpa dah rakan2 KCFM yang duduk tuh. Aku, Rinto, Gmie ngan Bro terus amik makanan..Wakakka, pelahap seh..Lapar neh..hehehe.. So far, makanan yang dihidangkan adalah berupa makanan kampung, macam2 ada. Ambillah nak amik berapa banyak pun. Buffet style..hehehe..Zali salah sorang organizer, xpe x mkn. Dia pegi settle brg2 sourvenior.

Kami diberi tag dan juga sourvenior berupa t-shirt yg mempunyai logo rasmi KCFM. Perggh, beruntung sapa yang datang. Thanks to KCFM. Ramai jugak ahli KCFM yang datang. Ada yang tinggal di Johor, Melaka, Selangor dan Kedah, sanggup datang bagi memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ni. Alhamdulillah, sepakat yang membawa berkat.

Aktiviti selepas makan diteruskan dengan kata2 aluan oleh pihak organizer. Juga sesi memperkenalkan diri yang dimulai dengan pengurusan KCFM dan d.j2 dan barulah para jemputan. Selepas itu, pihak KCFM memberitahu pada hadirin berkenaan sejarah KCFM serta agenda2 yang bakal berlaku untuk pembangunan dan penambahbaikan dalam KCFM.


Selepas itu mcm biasa, sesi bergambar beramai2.


Kami yang baru first time dtg memang amik peluang bergambar seluruh resort. Sbb malam, so agak terhad juga. Almaklumlah, malam ye tak. Sesi kami tak habis disitu sahaja. Kami keluar dari resort dan terus menuju ke satu kedai mamak berdekatan dengan Politeknik Port Dickson. Minum2 dulu, berborak. Ada yang main snooker, ada yg berkaraoke.

Kami gerak balik ke Sg Buloh jam 12.00 tgh mlm lebih kurang..

















Thanks to Kampung Chat.FM @ KCFM. Tahun depan buat lagi.




0 comments: