Tanggal 24 Disember 2009, seorang rakan daripada kamibudakampung (KBK) telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Allahyarham meninggal akibat kemalangan jalan raya berdekatan bulatan pahang berhadapan Hospital Tawakal.
Firdaus Bin Dauri atau lebih dikenali dengan panggilan Apis @ Danger adalah seorang rakan yang baik dengan sahabat2nya. Beliaulah penghibur kami sekiranya ada camping dimana2. Suka membuat kami ceria dan gembira. Kehilangan beliau ini amat2 dirasakan oleh kami.
Allahyarham Firdaus telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Sg Buloh, Selangor pada hari Jumaat bersamaan 25 Disember 2009 pada jam lebih kurang 10.15 pagi.
Buat keluarga arwah, kami mengucapkan salam takziah dan bersabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.
Kami mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan bertakwa. Amin.

