Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Oct 15, 2012

OPS LIMAU BASAH III

Bismillahirrahmanirrahim,

Untuk yg kesekian kalinya KBKCrew menjejakkan kaki di Air Terjun Berkelah yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Makmurkan negeri Pahang ni. Hutan sesaje. Ok, untuk kali ini KBKCrew bersama rakan dari seberang (padahal member 1 ofis kot..) serta beberapa rakan daripada kelab kereta FL OWNER CLUB (FLOC). Jom tengok apa rentetan perjalanan kami.




Tarikh : 13 - 14 Oktober 2012
Hari : Sabtu - Ahad
Tempat : Hutan Air Terjun Berkelah, Pahang

Antara rakan yang mengikuti aktiviti kali ini :
1. Supi
2. Amir
3. Bangun (TMS)
4. Moque
5. Sya (FLOC)
6. Dla (FLOC)
7. Rinto
8. Iwan
9. Amat
10. Metafora
11. Sulthan (TMS)
12. Akmal

Sabtu (13/10/12)

Seperti biasa bila mahu ke Bekelah, kami akan bergerak pada waktu malam. So, sampai pun lebih kurang nak subuh dah. Skip waktu perjalanan, drive punya drive, sampai juga dengan selamat di Kg. Gelugor. Lebih kurang jam 4.00 pagi. Parking tempat biasa beb, depan masjid. Disebabkan masih awal dan perut pun bunyi cengkerik, singgah makan kejap. Kenyang perut suka hati kan. Disebabkan suka hati dan masa pun ada, kita bentang groundsheet dan ZZZzzzzZZZ.


Lepas solat Subuh, kita tunggu abg lori amik. Pagi yg redup tanpa ada tanda2 nak hujan. Terbaikkan. Lepas siap packing dan check barang, kita naik lori sambil ambil mood pagi. Tiba-tiba tengah jalan lori berhenti. Rupanya jambatan roboh. Lori tak boleh masuk smpi dalam. Makanya, jalan kaki lah jawabnya.  Adoyai...




Maka bermulalah kaki mengorak langkah menuju ke puncak air terjun. Sampai checkpoint yg pertama, bila tengok air, alamak..teh ais. Hujan ghopernya kat atas. Kena berhati-hati ni. Walapun air terjun bertukar menjadi teh ais, semangat kami tetap membara untuk sampai ke puncak. 

"Sikit lagi, depan tu je.."

Ayat keramat sepanjang melalui trek atau laluan ke puncak. Apapun santai je. Tak perlu rushing sangat. Bukan tengan maraton pun kan. Sambil jalan, sambil mendaki, sambil melihat keindahan hutan. Indahkan panoramanya. Sampai je kat campsite, apa lagi. Pasang khemah semua. Siap masak,makan, main kad pastu boleh mandi. Itu je pun aktiviti dalam hutan ni. Bukannya kita pergi kursus survival pun kan.



Rupanya panas tak sampai esok pagi. Petang dah mendung lalu hujan sampai ke malam. Hujan berhenti pun sekejap2. Dugaan bila berkhemah ye dak. Yang penting chef terbaik. Malam ada BBQ. Terbaek sungguhh. Siap ada cucuq bawang.


Ahad (13/10/12)

Uiiiii, shijukkkkkkkkkkkkkk.. Hahhahaa.. Ok, bangun pagi chef dah jalankan tugas. Dalam hutan ni, bila masak semua jadi sedap walaupun biasa2 je. Itulah nikmat makanan. Lepas makan, mandi lepas tu siap packing untuk balik.






Dalam perjalanan nak turun, ada beberapa insiden berlaku tapi tak serius. Alhamdulillah, semua yang pergi kali ini menunjukkan semangat yg kuat, tabah dan sabar. Lori sampai dalam jam 2 petang. Dalam lori bukan main lagi masing2. Siap menyanyi2 lagi. Apapun, aktiviti kali ini sukses. Torbaeekkk..





p/s : Ada yang dah taknak ikut sbb kata2 keramat tu. Hahahaha... ;)


0 comments: