Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 26, 2009

Perginya Seorang Sahabat - Firdaus Dauri

Tanggal 24 Disember 2009, seorang rakan daripada kamibudakampung (KBK) telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Allahyarham meninggal akibat kemalangan jalan raya berdekatan bulatan pahang berhadapan Hospital Tawakal.

Firdaus Bin Dauri atau lebih dikenali dengan panggilan Apis @ Danger adalah seorang rakan yang baik dengan sahabat2nya. Beliaulah penghibur kami sekiranya ada camping dimana2. Suka membuat kami ceria dan gembira. Kehilangan beliau ini amat2 dirasakan oleh kami.

Allahyarham Firdaus telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Sg Buloh, Selangor pada hari Jumaat bersamaan 25 Disember 2009 pada jam lebih kurang 10.15 pagi.

Buat keluarga arwah, kami mengucapkan salam takziah dan bersabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.

Kami mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan bertakwa. Amin.

Al-Fatihah.

Dalam Kenangan
Firdaus Bin Dauri (1984 - 2009)

Klik untuk lihat video semasa di Gunung Datuk

2 comments:

Unknown said...

salam...
thanks sbb sudi ingat kat arwah apis...hmm saya punsedih...sbb dah 4tahun kami knl dgn harapan hubungan ni berakhir dengan perkahwinan... saya knl arwah pon masa g camping kat melaka 4tahun lepas...selama 4 tahun arwah jaga saya...always be next to me...dari sebelum keje NAZA sampailah detik terakhir arwah meninggalkan kita...

sehari sebelum arwah meninggal...arwah ajak jumpe..ntah xtaunape...saya tolak...danutk pertama kalinya arwah merajuk...hari arwah ditakdirkan pergi (24/12/2009) arwah ajak kuar sekali lagi dan saya tolak dengan alasan nak g umah atok...arwah merajuk dan cakap "kalo mummy x nk jumpe dady arini....mummy xpayah jumpe sampai bile2..."
saya pun pujuk arwah supaya x merajuk....then saya g tesco utk beli baju skolah adik....arwah anta msg..
"mummy...JANGAN CARI LAKI LAIN EA"
seperti biasa saya bergurau"ALAMAK D...DAH DAPAT SORG PAKWE LA....CANE EA??"
arwah membalas msg "HMM...NI YG NAK CARI MAUT NIH"
xsangka inilah msg terakhir dan petanda terakhir arwah akan meninggalkan kita semua...

daddy....terima kasih atas segalanya...mummy tau percintaan kita sering di uji...mummy cintakan dady...sungguh...setiap malam mummy ditemani 'patrick' pemberian dady....mummy harap dady diletakkan bersama org2 yang terpuji disana nant...insyallah bulan 11 ni mummy akan dapat kerja...tp xtau kat mana...dulu kalo ada dady, d la slalu bg semangat kat mummy utk ajar budak2 ni...utk jadi kompiden...utk jadi anak yg baik..d..doakan mumy dapat harungi segalanya sendirian...

al-fatehah

hmmm....thanks ea kengkawan...
selamat hari raya...

| KBKCrew | said...

Normazni,

Wkmslm, sememangnya kami pun sgt2 terasa kehilangan arwah. Lagi2 bila masuk hutan, mesti teringat kat dia..

Tp apapun, kita semua kena terima apapun takdir yg telah ditentukan. Allah lebih menyayangi dia.

Yg penting jgn putus berdoa dan menyedekahkan al-fatihah buat arwah. Itu sahaja yang mampu kita lakukan untuk arwah kat sana..