Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Feb 16, 2010

XTVT | Mendaki Gunung Ledang ?

Salam semua, kali ni KBK telah berjalan2 ke Sagil, Johor untuk memenuhi kalendar aktiviti KBK 2010. Tempat telah dikenalpasti sebulan awal dari tarikh sebenar. Kali ini, KBK telah ke Gunung Ledang yang terletak berhampiran dengan Pekan Tangkak yakni di Sagil, Johor. Aktiviti ini bermula dari 22 - 24 Jan 2010. Ikuti rentetan perjalanan yang kami sediakan.

Mendaki Gunung Ledang
Tarikh : 22 - 24 Jan 2010
Tempat : Sagil, Johor
Crew : Gmie, Rinto, Amat, Moque


22 Jan 2010

Perjalanan kami bermula hanya pada jam di tangan telah melewati pukul 11.30 mlm. Dengan hanya menaiki kereta waja milik gmie, kami menempuh kepekatan malam menuju ke selatan tanahair. Masing2 dalam kereta melayan perasaan sendiri. Mungkin sedang membayangkan keadaan ketika smpi ditempat yang dituju. Kadang2 terdengar suara rinto menyanyi mengikut rentak lirik lagu dari radio yg dipasang.....

eh, jap..apahal ayat2 kat atas tu semua cam skema? dah cam novel dah ni..xleh jadi neh..bertukar !!!

ok lah, pengembaraan disambung..perjalanan sebenarnya mengambil masa dlm 2 jam jer nak smpi ke destinasi. Tp disebabkan kemungkinan2 perkara diluar dugaan yg akan datang, kami berhenti di hentian rehat dan rawat di Ayer Keroh.

Kami smpi di R&R lebih kurang jam 4.00pg dah..Sambil kami pekena teh tarik, bihun sup, telur separuh masak, kami berborak2 berkenaan isu semasa..ceh, bajet lah kami nak bual isu2 cmni..amik kad UNO main sudah..



23 Jan 2010

Leka main UNO, jam dah pukul 6.00pg..selesai solat subuh, kami terus gerak sbb nak smpi di Tangkak dlm pukul 7.00pg. Masa ni, semua dah bersemangat..semua nak berkaraoke..gile kentang, dlm kereta gmie leh karaoke tuh..hahahaha..smpi di Pekan Tangkak mmg lebih kurang jam 7.00pg. Singgah di 7E kejap, beli barang apa yg patut..

Dalam pada yang sama, kami mendengar radio dan mendapat berita yg menyedihkan yakni Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam td di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Walaupun kami bukan rakyat Johor tapi perasaan sedih masih ada. Kami dapat berita ni bila smpi di Tangkak. Herm..Nak taknak kami teruskan perjalanan gak, tp mungkin xkan mendaki ke gunung ledang. Yelah, alang2 dah smpi Johor kan..

Kami teruskan perjalanan menuju ke Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor. Jalan masuk ke sini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Tp jgn risau, di pintu masuk ada penjaga yg menunggu kepada sesiapa yg ingin memasuki kawasan Taman Hutan Lagenda ni..Disinilah juga tempat untuk pendaki2 yg ingin mendaki ke gunung ledang.

Sebenarnya ada beberapa trail lg untuk mendaki ke gunung ledang. Boleh juga mendaki dari Asahan. Kami cuma masuk ke Taman Hutan Lagenda dan hanya berjalan2 sahaja sambil mendapatkan info tentang Gunung Ledang. Kakitangan di Taman Negara Ledang ni juga baik2 dan peramah. Ok lah. Diorg pun xde bawak org mendaki ari ni sbb mendapat berita kemangkatan sultan johor.

Kalau nak tau, untuk masuk dan mendaki ke Gunung Ledang, beberapa bayaran dikenakan oleh pihak taman negara. Bagi kami, kalau nak mendaki gunung ledang, bawak lah dlm group 10 org..So, tak terbeban sgt ah nak bayar yuran guider..hehehehe..Bermacam2 kemudahan yg disediakan oleh pihak pengurusan taman negara ledang ni..So, xyah lah risau sgt. Kalau nak bawak family pun ok..Disini ada disediakan chalet, dewan makan, tapak khemah utk yg berkhemah, juga pelbagai lagi aktiviti yg menarik.





Mungkin ramai yg dah tau dan mungkin jugak yg tak tau, gunung ledang ni tinggi dia 1,276 meter, juga dikatakan antara gunung yang paling sukar didaki di Malaysia. Paling sukar seh..mahai..

Lepas je kami berjalan2 melihat kawasan taman negara, kami pun keluar..yelah, x jadi nak mendaki kan..kang kalu mendaki jugak, berkemungkinan akan terjadi kejadian2 yg diluar jangka pulak..hehehhe..bukan lah, cuma menghormati.

So, disebabkan aktiviti mendaki ke gunung ledang dibatalkan sehingga tarikh yg sesuai, kami menuju ke satu lg kawasan perkelahan air terjun yg berdekatan yakni Hutan Lipur Gunung Ledang. Bayaran masuk cuma RM1 seorang dan pada sape2 yg bawak kereta cuma RM5 utk satu kereta. Murahkan..Dekat sini kalau nak bawak keluarga piknik sambil mandi sungai amat2lah sesuai.

Disebabkan kami ni masuk untuk bermalam dan berkhemah, kami perlu membayar untuk sewa tapak khemah dan deposit sampah.Sebenarnya Hutan Lipur ni dan Taman Negara Ledang adalah laluan yg sama utk ke Gunung Ledang. Cuma apa yg kami ketahui, sekarang ni, pd pendaki2 yg ingin mendaki gunung ledang, mereka hanya dibenarkan mendaki dr Gate B iaitu masuk melalui Taman Negara Ledang. Hutan Lipur Gunung Ledang adalah Gate A. Kalau semua nak tau, kawasan kaki gunung mulai daripada pintu masuk ke air terjun hingga ke Kolam Puteri adalah terletak di bawah pentadbiran Gunung Ledang Resort, manakala dari kolam itu hingga ke puncak gunung, dikawal selia Taman Negara Johor.

Maka kami semua pun menuju ke Kolam Puteri. dekat sanalah tempat kami akan berkhemah. Suasana pagi disana telah mulai penuh dgn org ramai. Perjalanan ke Kolam Puteri hanya mengambil masa lebih kurang 1-2 jam shj..Trek pun mudah dan senang. Sampai jerk di Kolam Puteri, kami lihat dah ramai pengunjung yg mandi manda. Apa lagi, cari tempat yg sesuai utk pasang khemah. Keadaan cuaca pun baik, tp agak panas lah. Lpas jer siap pasang khemah, mulalah xtvt memasak. Tapi sebelum tu, kena lah bahagi2 kan tugas..So utk menentukan siapa yg akan masak, membasuh dan sebagainya adalah dengan bermain UNO..muahahahha..main UNo dulu..sape kalah kena basuh pinggan dan sebagainya dan yg menang kena masak.



Aktiviti kami ari ni cuma masak, mandi makan jerk..hahahaha..Dekat sini jugak ada sorng brother yg jual burger..so xyah lah risau kalau lapar..herm..syg sungguh, panas tak smpi ke petang. Lebih kurang jam 4.30ptg, langit mendung dan apalagi, hujan lebat membasahkan kawasan khemah kami. Kawasan khemah tu pulak laluan air, habis banjir tp x lah teruk sgt..hehehe..Alhamdulillah, nmpknye hujan tak lama. Kami pun sambung mandi..hehehe..perghh, mmg layan air terjun neh..sejuk jerk..nyaman.nyaman..hehehe..


Menu makan malam agak sedap jugak..Keadaan malam di Kolam Puteri agak sunyi sepi..Cuma adalah terdengar bunyi2 cengkerik malam. Cuma kami jerk yg berkhemah dikawasan ni..lepas makan malam, kami pun memulakan kelas malam dgn subjek mengira (main UNO)..hahahha..Terasa badan letih sgt2, yelah, smlm x tido 1 hari..lebih kurang pukul 11.00 mlm, kami dah berdengkur...hahahha...


24 Jan 2010

Pagi terakhir di Kolam Puteri, sarapan pun simple jerk..ada nasi goreng telur, sup cendawan, ikan masin, sosej goreng ngan kopi panas. Perghh, mmg layan seh..Lps je makan, apo laie, mandi time..masa ni lah kami duk dlm air smpi kecut..ha, dekat sini pun ada ikan2 yg makan kaki tu tau..bukan makan kaki..dia gigit2 kulit2 kaki kita neh..ikan yg kecik2 tu..dekat uptown shah alam ada klu nak cuba..tp kami dpt yg fresh punye..geli kaki bila ikan ni gigit...hahahha...




Org pun dah ramai yg naik ke Kolam Puteri untuk mandi. Keadaan pun jd meriah..x mcm malam td..sunyi jerk..muahahhaa..mmg lah sunyi kan..hehehe..Lebih kurang jam 11.00pg, kami dah siap mengemas nak balik..kutip smua sampah yg ada bwk turun bawah..yelah, nnti x dpt pulak duit sampah..hehehe..duit tu..






Otw balik kami sempat singgah di gerai cendol. Yg menariknye cendol neh, klu tambah x dikenakan bayaran..maksudnye FREE lah..bab2 free neh mmg laju..wakakka..kami smpi di Sg buloh lebih kurang jam 4.00ptg.


Tamat perjalanan mendaki gunung ledang yg tak jadi..hahahha..Insyallah, akan dtg kami akan cuba menakluk puncak gunung ledang neh..klu x dpt takluk gunung ledang pun, dpt puteri2 gunung ledang pun okay..muahahha...adios..

# Sedikit info di Gunung Ledang.

- Permit Masuk - RM 5
- Permit Mendaki - RM 5
- Insuran - RM 2
- Guide (10 pendaki) - RM 140
- Deposit Sampah - RM 20

Bagaimana nak dtg sini?
Pengunjung dari Utara atau Selatan boleh melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar ke susur Plaza Tol Tangkak sebelum ke Gunung Ledang yang terletak 18 kilometer dari Tangkak atau 45 kilometer dari Segamat.

Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam boleh menaiki bas dari Tangkak dengan bayaran RM1.50 dan perkhidmatan teksi dengan tambang antara RM10 hingga RM15.

Hubungi ?
Taman Hutan Lagenda
019-7772057
tamanhutanlagenda@yahoo.com

1 comments:

asGBS_unstOppable said...

mmg best kan panjat gunung ledang?? saya dah kawan² dah 5 tahun x pergi.