Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Feb 22, 2011

JALAN & MAKAN | Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua,

Kali ni KBK ke negeri Terengganu Darul Iman. Ini plan yg x dirancang sebenarnya. Ajakan dr seorg sahabat KBK juga yg bekerja di Empangan Kenyir. Disebabkan itu KBK berada di Kuala Terengganu. Layankan laporan yang telah disediakan.

Jalan2 Kuala Berang + Kuala Terengganu
18 - 19 Feb 2011
Terengganu Darul Iman


18 Feb 2011 - Jumaat

Aku mula bergerak dari Hentian Putra menuju ke Kuala Berang pada hari Jumaat 18 Feb 2011 jam 10mlm dgn menaiki bas Ekspress Tasik Kenyir. Harga tiket hanya RM 40.90. So kalau pergi balik jd lah RM81.80. Dalam bas memang penuh la. Mungkin sbb cuti. Tu yg warga Terengganu yg duk K.L pakat balik beramai2. Bas dia ok, selesa la walaupun jenis seat dia dua2. Bergerak waktu malam ni mmg best sikit sbb kau tidur aje. Aku start naik smpi bas berenti kat Gambang br bangun. Kat R&R Gambang ni, bas berhenti lebih kurang 1/2 jam. Dalam jam 1pg, bas bergerak menyambung perjalanan.

Dalam bas tu juga, aku ditemani oleh seorang pakcik dr K.l. Hasil dari temuduga yang aku jalankan, pakcik ni nak balik kg di Ajil. Dan mengikut katanya lagi, pakcik ni dah berulang alik dari K.L ke Ajil ni sejak pertengahan tahun 2008 lg. Maknanya dah 2 1/2 tahun le. Setiap 2 minggu sekali. Kenapa pakcik tu buat begitu? kerana isteri pakcik tu duk Ajil. Pakcik tu keje MARDI di UPM. Perghhh, tegar tul pakcik neh..kalau aku lah mmg tak aarr..

Ada lah dalam 4-5 kali bas ni berhenti menurunkan penumpang. Hentian aku adalah yg kedua sebelum terakhir sbb last hentian adalah di Tasik Kenyir. Aku sampai di Kuala Berang jam 4pg. Selamat turun depan 7E, kalau x mmg x boleh blah. Telefon Aseng minta dia amik. Yelah, dia jugak yg suh aku dtg sini. Ghopernye, umah dia dekat je. 10 minit jalan kaki sampai. Aseng ni keje ngan TNB duk jaga empangan kenyir tu. Duduk pun kuaters TNB.

Sampai je umah dia, aku duk layan FB dulu bagai br tido...lepas tu...ZZZzzzZZZz!!!


19 Feb 2011 - Sabtu

Lebih kurang jam 10pg, aku ngan aseng pun gerak ke empangan kenyir tempat dia keje. Xde lah jauh sgt pun dr pekan kuala berang tu. Tapi masuk ke hutan jugak lah. Kagum sungguh aku ngan kehebatan empangan kenyir neh. Besar seh. Apa yg aku dapat tau (aseng cecite neh) tasik kenyir neh besar lebih kurang 2 kali ganda besar K.L. Besar tu weih.. Layan mancing mmg best kat tasik ni.

Ada perkhidmatan menyewa bot, tp bukan sebarang bot. Ini bot dipanggil 'Rumah Bot'. Besar la jugak n dia ada beberapa jenis. Dari yg standart smpilah ke mewah. Ceh, xdelah mewah sgt. Setakat letak Astro n benda2 lain. So, jgn risau klu nak tgk Raja Lawak kat tgh2 tasik tu. hhehe.. Sewa dia dalam Rm 1000-Rm1500 satu malam dan ikut jenis bot. Sbb tu kalau nak pergi mancing, better g dlm group 5-10 org. Leh tong2 kan. Cite lg pasal bot ni, jgn risau pasal makanan, sbb org bot akan sekalikan dlm charge sewa. Siap semuanya meh.

Settle je kat empangan ni, kami pun gerak ke pekan balik. Jam pun dah kul 12tghari. Singgah jap kat kedai makan. Tu dia mamu, disebabkan td masa kat empangan ade bro tu tangkap ikan patin baek punye, aku ngan aseng pun ape lgi, makan ikan patin masak tempoyak la..hahaha..


Perjalanan diteruskan ke Pulau Wan Man,Losong, Kuala Terengganu. Apa yg ada kat sini ye. Tulah dia, Taman Tamadun Islam. Terdapat 21 buah monumen Islam yg hebat. Bayaran masuk untuk dewasa RM15 dan utk kanak atas 7 tahun dan warga emas RM8. Murah kan. :) Dapat pasport tau..hehehe..Jom jalan2 ngan kami skang..hehehe..







Settle je tour kawan ni, kami bergerak ke ICT. Aku x igt tempat ni tp dia tepi laut dan dekat ngan airport. Sebenarnya ICT ni bermaksud 'Ikan Celup Tepung'. hahaha..bulan yg kat Klang berlampu2 tu ye. Kalau dah nama dia ikan celup tepung apalagi ye, melantak lah..eh, minum petang. hehhe..Kami order lekor, sotong goreng, ikan kembung salut tepung, cucur ngan air kelapa. Perghhh, layan seh..

Sementara menunggu waktu maghrib, kami ke Bandar Kuala Terengganu jalan2 kat dataran ape ntah namanya. Tepi laut tu. Memang ramai org yang beriadah kat sini. Lepas solat maghrib je, kami gerak ke Kelulut untuk makan malam. Memang best la. Best la ye dak. Di taja oleh staf TNB..ekeke..Kami sampai umh pun dah jam 10mlm. So tamat perjalanan aku ke Terengganu. Esok dah nak balik K.L hahaha..


Thanks to Aseng sbb sudi bawak jalan2 dan menaja tambang, penginapan serta makan sepanjang aku kat sana. :)

Info :
Pengangkutan : Ekspress Tasik Kenyir.

2 comments:

ad|nda said...

Nice pix Moque!! Nampak masjid besau cam real.... best kan?

:: KBKCrew :: said...

tau xpe..mmg best lagi2 percutian ditaja..ekeke.. :)