Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Apr 6, 2015

BBQ Tanjung Bidara @ Team Backpacker Traveller

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Lama tak buat upacara membakarkan. So, kali ni kami bersama dgn rakan2 dari Backpacker Traveller Club ke Tanjung Bidara, Melaka untuk upacara pembakaran beramai2. Upacara ini agak merbahaya dan perlu dibuat secara teratur. Kalau tak, akan mengakibatkan masing2 muntah, sakit dibahagian perut dan kelemasan.




Jom layan apa yg kami buat disana.

Tarikh : 5 April 2015
Hari : Ahad
Tempat : Tanjung Bidara, Melaka

Kami berkumpul di RNR Seremban jam 9mlm tetapi disebabkan atas sebab2 di luar jangka, kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 10mlm dan sampai di Tanjung Bidara lebih kurang jam 12mlm.



Senang je nak ke Tanjung Bidara ni, dari highway exit tol Simpang Ampat/Alor Gajah. Lagi senang set je GPS ke Tanjung Bidara Beach Resort. Sekarang dah canggih kan. :p

Sampai je pantai terus cari port yang baik punya utk upacara pembakaran. Yelah, untuk upacara2 sebegini memerlukan lokasi yang strategik agar objektif tercapai. Terdapat beberapa pengunjung yg memancing. Tak tau lah ikan apa yg diorg dapat. Ikan duyung tak mungkin. Ikan todak apa ntah lagi. Abaikan pemancing2 ni.




Paling win kat sini, kami bawa sendiri tong untuk pembakaran. Ini akan membuatkan pembakaran lebih teratur dan impak yang lebih mendalam. -_-

So, aktiviti membakar pun dimulakan. Ada ayam, ada kambing,ada sosej, ada jagung, ada macam2 lah. Air Katira terbaekk. Sedap wooo.. Lepas je upacara pembakaran selesai, kami pun memulakan upacara seterusnya iaitu 'Sesi Kenal Mengenal'. Bukan semua rakan2 dalam Backpacker Traveller Club ni kenal, so masa ni lah nak kenal2 kan. Mana le tau ada jodoh. Yakan. ;)










Esok pagi2 lagi dah jumpa duyung duk berendam dalam laut. Mereka memang tegar. Aktiviti pagi ini berendam dalam laut sambil cuci mata. Seronok mereka melihat abang2 askar berenang. Hahaha..






Lebih kurang jam 12tghari, kami semua bersiap dan sebahagian ada yang terus pulang dan sebahagian lagi ke Bandar Melaka. Jalan2 sambil layan kokonet shake atenya. Alhamdulillah, semua selesai dan misi berjaya. 

#StayTogetherBackpackerTraveller

0 comments: