Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Apr 19, 2015

Mendaki Bukit Kutu @ Team Backpacker Traveller

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Yazah, kali ni kita ke Bukit Kutu. Patut dah nak taraf jadi gunung dah bukit ni. Hahaha.. Sebab apa aku cakap cmtu, sebab bukit ni tak macam bukit saga, bukit tabur atau bukit membukit. Arghh, lantaklah.. Jom tengok apa yg ada kat Bukit Kutu ni.


Tarikh : 19 April 2015
Hari : Ahad
Tempat : Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Sebelum nak cerita panjang lebar, ni sedikit sejarah pasal Bukit Kutu. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher’s Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Ok, sikit2 cukuplah. Nak tau byk pasal Bukit Kutu, pi la library ka, temuramah org kg ka ya. Ni berbalik pasal cerita kami pulak. KBK bersama dgn rakan2 dari Backpacker Traveller Club (BTC) yo. Kami semua sepakat untuk berkumpul di RNR Rawang dan selepas solat subuh terus konvoi ke Empangan Kuala Kubu Bharu. Disana salah seorang rakan BTC telah menunggu untuk membawa kami ke Puncak kejayaan Bukit Kutu. :p


Melalui Perkampungan Orang Asli Pertak, kami sampai di kaki Bukit Kutu lebih kurang jam 8.00 waktu tempatan ye. Maklumlah, local je pun. Bukan obersi.Ngarut lagi. Ok, biasalah rakyat Malaysia sekarang ni memandang tinggi xtvt2 sukan ni lagi2 dgn adanya menteri belia dan sukan sekarang yg aktif, tinggi, hitam dan hensem. Makanya ramailah pendaki2 yg akan mendaki ke Bukit Kutu pagi tu. Tambah pulak ada geng2 mat tiarap. ;)

Sebelum mendaki kita warm-up dlu kasi badan tak tekejut. Klu tak buat, nanti kang ada la yang krem lah, muntahlah, laparlah dan yg lah2 lg. Hehhe..Lepas baca doa apa lagi, kita jalan. Kami berjalan sehingga penghujung jalan yang ada jambatan besi. Disini Parking kereta agak terhad, jadi perlu susun kereta cantik2, Selain yang mendaki ada juga yang datang bercamping dan berkelah di kawasan sungai ini.



Setelah merentasi sungai ini maka laluan makin sempit dan melalui kawasan hutan. Kita juga akan jumpa sungai kecil jika air tak banyak boleh melangkah sahaja kalau tak kena merentas jugak jika air banyak. Setelah jumpa sungai kecil ini barulah cabaran bermula. Trek mula menaik sehingga 45 darjah. Time ni semput mai dah. Hidung mula kembang semangkuk.





Dilaluan ini anda akan jumpa satu pokok besar yang sangat berakar. Memang banyak akar dan perlu berjalan dan melangkah secara berhati2 untuk mengelakkan kaki terseliuh. Masa ini kami dah berpecah jadi 2 group.  Dan yang pasti aku penulis kat group paling belakang sekali. Maklumlah, last man. Wakakka.. :p






Tak pasti ada berapa checkpoint tapi sampai je kat kawasan batu besar tu ada tulis C5. Nak sampai sini memang ahzab la sket. Tu belum sampai puncak. Hahaha... Batu ini sangat besar dan tinggi sehinggakan kita boleh berteduh kalau hujan. Ok, kami tak boleh rehat lama sebab kena pantau dgn ai..ai captain. Group depan mungkin dah sampai puncak. 


Akhirnya setelah berhempas pulas melawan kementalan dlm jiwa, smpilah jugak kat puncak. Rakan2 yg smpi dlu ada yg tido dah. Jika ikutkan standart masa, utk smpi ke puncak Bukit Kutu ni hanya mengambil masa lebih kurang 3jam tetapi aku amik masa 5jam lebih. Amacam, rekod tak. Tu belum masuk kaki krem berkali2. Sampai nak amik wuduk pun kena krem lagi.Hahaha..haram jad tul.



Kawasan puncak atau tapak banglo ni lapang. Kalau nak camping pun boleh. Tapak banglo lama ini yang tinggal hanyalah Cimney (Cerobong asap yang masih kukuh, tangga dan serpihan dinding). Terdapat juga perigi air. Nak wuduk boleh pakai air dalam perigi ni tapi hati2 lah jangan smpi jatuh pulak.





Kalau dah sampai ke Banglo Lama ini bermakna dah sampai puncak, jadi untuk ke puncak kena panjat batu menggunakan tangga. Puncak batu ini kecik je so berhati2 lah.




Lepas solat zohor,lebih kurang jam 2ptg kami bergerak turun. Tapi aku antara yang last turun bersama dgn Rinto. Alhamdulillah, turun agak senang sedikit. Kaki pun berfungsi dgn baik. Sampai di CP5 dgr suara, rupanya Haha, Pipah, Ja, Pijol ngan Wan. 



Masa ni Rinto dah melulu turun, sakit perut katanya. So tinggal aku (Moq) ngan Wan kat belakang sekali. Jam lebih kurang pukul 5ptg tapi kami masih tak keluar lagi. Rakan2 yang lain pun dah tak nampak. Tinggal aku, Wan ngn Ja. Masa ni Ja dah pewai sgt. Tapi alhamdulillah semangat beliau kuat lagi. 

Lebih kurang jam 7.00ptg kami smpi di batu sungai yg pertama. Nampak kelibat Pipah, Pijol dan Haha. Syukur. Sampai juga. Slps berkumpul dan bersihkan diri, kena pulak nasi ayam dgn air laici, kami pun keluar dari kawasan Bukit Kutu.

dari KBK :
* Moq
* Rinto

Dari BTC :
*Capt
*Haha
*Tok
*Kemal
*Hatim
*Pijol
*Yusri
*Helmie
*Ja
*Faza
*Emma


0 comments: