Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 17, 2015

Trekking di FRIM @ Team Backpacker Traveller

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semangat rakan2 dari Backpacker Traveller Club meresapi kami di KBK. Mana taknya, tiap2 minggu ada je aktiviti yg ingin dilakukan. Untuk minggu ni, kami ke FRIM. 

Tarikh : 17 Mei 2015
Hari : Ahad
Tempat : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor.



Aktiviti treking kali ni diketuai oleh Abam Jemm dan juga Tok. Treking di FRIM adalah latihan panas badan untuk rakan2 bagi mendaki Gunung Irau pada masa akan datang. Kemungkinan pada bulan 9 atau 10 nanti.

Untuk ke FRIM agak mudah, hanya google atau waze je. Senangkan. Insyallah tak sesat punya.Tiket untuk masuk pun murah. Hanya RM1 shj jika parking di luar dan RM5 jika parking di dalam kawasan FRIM.



Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti, kami singgah dulu dekat warung berdekatan untuk sarapan. Ini juga adalah meetpoint bagi semua rakan2 sebelum kami semua start treking.




Permulaan treking melalui denai yg mendatar dan hanya beberapa tempat yang mendaki. Agak santai dan releks. Selepas 1 jam kami keluar dari trek dan berehat sebentar di pondok yg disediakan sebelum ke Canopy Walk.


Ok, trek utk ke Canopy Walk ni boleh tahan. Terus mendaki dan mendaki sehinggalah smpi ke pondok Canopy Walkway. Tapi disebabkan terlalu ramai orang, kami amik keputusan untuk turun melalui trek satu lagi. Lebih kurang dalam 30minit kami sampai di bahagian air sungai.





Berehat sebentar dan selepas itu terus turun ke bawah mengikut palong air dan keluar di 'picnic area'. Meh le layan gambar je.. ;)






0 comments: