Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Jun 14, 2015

Camping Bukit Kutu @ Team Backpacker Traveller

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tarikh : 13 - 14 Jun 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Bukit Kutu, Hulu Selangor, Selangor


Selepas xtvt mendaki Bukit Kutu pada bulan April yg lepas, kami ke Bukit Kutu sekali lagi tapi bukan untuk mendaki tapi camping. Inilah camping paling singkat pernah dibuat. 

Tangkap gambar puas2 ye
Idea asal drpd Lynn (BackpackerTravellerClub). Sampai di Bukit Kutu pun dah petang. Setup khemah, mandi manda.





 


Kemas barang semua
Malamnya hujan. Ber'BBQ' dlm hujan gamaknya. Hujan pun tak berhenti2. Ok, masuk part yg mencabar. Disebabkan hujan yg tak berhenti2 dari td, lebih kurang jam 5pg semua kena kejut kemas khemah.

'Kepala air, kepala air!!!'

Takda cakap banyak, gerak kawan2 lain. Kemas barang semua naik ke kereta. Pagi tu siap packing barang masuk kereta semua ke Masjid Kuala Kubu Bharu. 

Sarapan di pekan dan lepas tu terus balik. Amacam, singkatkan. Hahahha..
Aku tak sempat nak mandi sungai, mandi hujan je. :(


Sebenarnya ada sebahagian rakan2 dari #BackpackerTravellerClub yg dtg pagi tu untuk mendaki Bukit Kutu tapi disebabkan hujan, pendakian dibatalkan .

##

1. Jangan sekali2 pasang khemah dekat laluan air.
2. Jika xde pilihan, sila buat penanda  pada batu atau kayu di sungai. (Untuk melihat paras air sungai)

0 comments: