Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 21, 2015

DRAGONBOAT | Musi Triboatton 2015 [Hari Pertama - Lubuk Linggau]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Musi Triboatton 2015 kembali lagi utk tahun ke-4. Masih dengan format yg sama spt tahun lepas tetapi berbeza sedikit drpd negara yg bertanding.

Musi Triboatton 2015 (Rafting - Kayak - Dragon Boat)
Tarikh : 15 - 19 Dis 2015
Tempat : Sumatera Selatan, Indonesia

Wakil Singapore
Belakang : Jalil, Halim, Acan, Acad, En.Md Noor, Uncle
Depan :Rays Sicario, Moque, Fitri, Ayoi


Hanya 5 negara yg masuk bertanding iaitu Malaysia, Singapore, Brunei dan Filipina termasuk tuan rumah Indonesia yg menghantar 9 pasukan (Riau, Sumsel 1, Sumsel 2, Aceh, Jabar, Jambi, Jawa Barat, Bangka Belitung dan Sumbar (Sumatera Barat).

Berkumpul di KLIA2 seawal jam 4pagi bersama rakan2. Flight ke Palembang jam 8.30pagi. 


Sesampai di Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II, kami disambut dgn paluan gendang muzik tradisional serta LO (Dwiki) yg siap sedia menunggu.



Setelah semua peserta sampai, kami menaiki bas terus ke Lubuk Linggau. Duduk 8 jam didalam bas memang sesuatu yg amat2 memenatkan. 




Kesemua peserta menginap di Hotel Burza. Malamnya kami ke untuk majlis perasmian dan makan malam. Kemeriahan mula terasa dgn sambutan yg luarbiasa drpd penduduk tempatan.

Cari signal wifi hotel

Majlis perasmian dan makan malam
Kembali ke hotel untuk taklimat perlumbaan esoknya oleh Uncle dan En.Md Noor. 


0 comments: