Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Jan 28, 2012

XTVT | Terjah Kasi Pecah di Lata Hammer


Bismillahirrahmanirrahim,

Aktiviti TERJAH KASI PECAH air terjun diteruskan lagi. Berikut adalah rentetan aktiviti yang telah dijalankan.

Terjah Kasi Pecah di Lata Hammer, Pahang
Tarikh : 25 - 26 Jan 2012 (Rabu)
Masa : 6.30pg
Tempat : Air Terjun Lata Hammer, Bentong, Pahang

Aktiviti ini disertai oleh KBKcrew serta rakan bersama daripada The Media Shoppe (TMS). Antara yang menyertai adalah seperti berikut :

KBKCrew
* Rizal
* Zali
* Amat
* Amir

The Media Shoppe Crew (TMS)
* Akmal
* Aadrian
* Nanim 
* Mila
* Nad
* Aini
* Bangun
* Sulthan

Aktiviti terjah bermula pada jam 6.30pg. Sebanyak 3 biji kereta diperuntukkan untk ekspidisi kali ni. Terima kasih kepada PROTON. Ekekeke...Setelah semua berkumpul, kami memulakan perjalanan menghala ke Negeri Pahang Darul Makmur. Melalui lebuhraya karak pada awal pagi memang menyeronokkan. Disebabkan kami semua belum bersarapan, kami singgah sebentar di RnR Genting Sempah untuk bersarapan. Settle sarapan, kami sambung perjalanan. Kesejukan mula terasa apabila kenderaan kami melepasi kawasan RnR Genting Sempah. 








Senang je nak Lata Hammer ni. Melalui lebuhraya Karak, exit Bentong. Cari signboard ke Lembah Perting (Perting Valley). Tapi kami nak masuk ke dalam tu dah sesat bagai. So, tips apabila dah tau sesat, janganlah malu nak bertanya ye. Untuk masuk ke tempat parking kereta di Kem Success Outdoor Solution (SOS) perlu melalui jalan yang agak mencabar. Ini ditambah dengan jalan yg basah akibat hujan. So, kena lah transform kereta jadi 4x4. Wakakaka.... Jahanam weii, terus terkulai lampu F1 kereta Moque.





Sampai je di SOS, kami terus punggah peralatan yang ingin dibawa. Pembahagian peralatan diberikan sama rata kpd rakan2. Sonang kojo ye x. Ok, ini tips yg ke-2, sila jgn bawak beg ala2 nak pegi pavilion atau beg balik kampung. Nanti time treaking jenuh nak pegang barang. Sepatutnya semasa kita treaking, tangan mestilah free, xde pegang apa2 barang.






Ok, siap packing barang kita mulakan perjalanan masuk ke Lata Hammer. Pastikan kereta berkunci dan tiada barang berharga yg ditinggalkan. Cabaran telah bermula. Mula2 sekali kami kena menyeberangi Sungai Perting. Tak lah berapa dalam tapi air deras. Hati2 kawan2. Kerjasama antara kwn2 amatlah penting bagi memastikan semua selamat seberang ke sebelah sana.



 


Kami perlu melalui denai yang sempit sebelum melalui trek hutan yg lebih lebar. Lebih kurang 1 jam perjalanan, kami sampai di Lata Hammer. Kami perlu menuruni lereng bukit yang agak curam sebelum smpi ke air terjun. Jangan risau, ada tali yang telah disediakan oleh siapa kami pun x tau. Terima kasih banyak2 ye. Sampai dibawah, tersergam air terjun dan kolam yang luas. Tiada org lain yang berkhemah. So, maknanya kami je yg ada ni.


Untuk ke tapak perkhemahan, kami perlu melintasi sungai lagi. Dah x sabar nak mandi ni. Hehhee.. Tapi sebelum tu, kena kasi pacak khemah dulu. Terdapat beberapa tempat yang boleh dipacak khemah, ada yang berhampiran dengan kolam dan ada dibahagian atas. Disebabkan kami je yg ada, kami boleh pilih mana2. Hehehhe. Khemah dipasang dibahagian atas atas faktor keselamatan sekiranya air naik dibahagian bawah, cuma dapur shj di bawah.




Perut pun dah lapar. Khemah pun dah siap. Sesi memasak pun dijalankan. Dengan chef2 yang terbaek dari ladang, alhamdulillah makan tengahari pun siap. Memang lazat makan sambil ditemani dgn bunyi air terjun dan unggas2 hutan. Cewaahh. Selesai makan, masing2 buat xtvt sendiri. Zali ngan Amat awal2 dah cari port tuk mancing. Rezeki petang tu, dapatlah ikan tengas weih.. Seronok dapat bersantai atas pasir ye x. Sulthan ngan Bangun seronok main rakit. Aadrian jgn cakaplah, dia buat port sendiri je atas kayu tu. Siap buat astray sendiri. Hehehe..









Yang lain2 apalagi, kasi terjun lah. Sejuk woo air dia. Untuk menghadapi waktu malam nanti, kayu api perlu dicari agar malam nanti akan lebih bermakna dan bersinar. Sulthan memang raja memotong. semua kayu nak dipotong. Hehehhe.




Aktiviti malam kami adalah duduk didepan unggun api sambil nak buat bara bagi xtvt bbq. Fuhh, ini mmg terbaek dari Lata Hammer. Tak sabar nak mengcauk.Mengcauk?? Hehehe.. Menu malam tu ayam bakar, kopi o panas ngan keledek bakar. Perghhh !!!Apabila berada dalam hutan pada waktu malam, terasa masa seperti dah lewat tetapi masih awal sebenarnya. Akibat keterlupaan membawa kad UNO, tiada permainan dilakukan. Hanya bual2 kosong sambil mendengar unggas hutan dan deruan air terjun. Tak pasti pukul berapa kami tido.








Yeaahhh, selamat pagi semua. Hari kedua yakni hari terakhir kami di Lata Hammer. Muka masing2 diwaktu pagi sangat lah meminta pelempang. Lagi2 muka Amat. Muka tak boleh blah..Muakaka.. Sarapan kami memang tak sah kalau xde 'Garlic Bread' yang dimasak oleh Chef Nanim. Terima kasih chef. Lepas sarapan, apa lagi kasi terjun lah. Mandi, makan, mandi makan.. Seronok betul lah.





Semalam dah hari ni punya hasil mancing dapatlah 3 ekor ikan. Mari menggoreng. Yeahh, sedap weih ikan tu. Lepas mandi, kami pun siap2 kemas barang utk balik. Akmal paling pantas, mana beg yang siap, dia bawa ke seberang.


Terbaek bro.. Sebelum tu, jangan lupa amik gambar beramai2 bagi membuktikan KBK telah berada di Lata Hammer. Alhamdulillah, xtvt kali ni berjaya tanpa ada perkara2 yang tidak dingini berlaku. Terima kasih pada kawan di TMS yang bersama2 dengan KBK menjayakan xtvt 'Terjah Kasi Pecah di Lata Hammer'.


Lagi gambar di : Official Page KBKCrew

1 comments:

Abu Naim said...

prerhhh...terbaik woo tempat ni eh.. saya orang pahang pun x pernah g..
if ada trip lagi boleh roger2 jika boleh join.. nama abu 01110756596. thanks bro..